Sekarang sedang kerja sebagai engineer dekat Jepun, tapi suka buat video 3D printing untuk orang Malaysia. Sambil2 tu cuba bina Domechy ni untuk orang ramai.
Lives in Nishitokyo, Tokyo, Japan
Graduated from Meiji University · Mechanical Engineering
Terima kasih semua yang kongsikan pandangan semalam. Setelah berfikir buat satu tempoh masa yang tak tahu la panjang ke tak (😂), saya buat keputusan tema cabaran kali ini adalah Toys for Kids.
Sebabnya adalah, hadiah cabaran bulan ini merupakan sebiji 3D printer, Creality…Terima kasih semua yang kongsikan pandangan semalam. Setelah berfikir buat satu tempoh masa yang tak tahu la panjang ke tak (😂), saya buat keputusan tema cabaran kali ini adalah Toys for Kids.
Sebabnya adalah, hadiah cabaran bulan ini merupakan sebiji 3D printer, Creality Sparkx i7 Color Combo yang merupakan entry level dan sesuai untuk beginner.
Jadi saya rasa tema yang ringkas tapi menyeronokkan seperti mainan kanak-kanak sangat sesuai dengan hadiah yang ditawarkan.
Dari segi level penyertaan pula, lebih mudah untuk dapatkan level yang konsisten berbanding cabaran-cabaran sebelum ini yang mempunyai jurang lever terlampau tinggi.
Nanti saya akan kemaskini page cabaran untuk letak detail lanjut. Tapi untuk masa sekarang, boleh dah mula fikir projek apa korang nak buat! 😁
Cabaran Pencipta Domechy bulan Oktober. Kongsikan idea anda!
...
Jadi seperti yang sesetengah daripada anda semua tahu, Creality bakal menjadi penaja utama cabaran pencipta Domechy bulan ini. Hadiah yang bakal diterima pemenang adalah sebiji 3D printer daripada Creality.…Cabaran Pencipta Domechy bulan Oktober. Kongsikan idea anda!
...
Jadi seperti yang sesetengah daripada anda semua tahu, Creality bakal menjadi penaja utama cabaran pencipta Domechy bulan ini. Hadiah yang bakal diterima pemenang adalah sebiji 3D printer daripada Creality.
Saya mencadangkan cabaran kali ini dibuka kepada semua orang, bukan kepada pemilik 3D printer semata-mata. Maksudnya, cabaran kali ini boleh dilakukan sama ada menggunakan 3D printer, cardboard, kayu dan bahan-bahan lain.
Tujuan saya mencadangkan format begini adalah untuk memberi peluang kepada seseorang yang belum memiliki 3D printer untuk memenangi 3D printer pertama mereka.
Kalau pertandingan diteruskan seperti sebelum ini, di mana seseorang itu perlu mencetak hasil reka bentuk menggunakan 3D printer terlebih dahulu, maka hanya orang yang sudah pun memiliki 3D printer sahaja yang boleh masuk.
Jadi...
Saya perlukan idea daripada korang.
Tema spesifik apa yang boleh kita lakukan untuk cabaran pencipta Domechy edisi oktober-november ini?
Tahniah kepada 5 finalis dengan undian tertinggi dalam cabaran bulanan Domechy September 2026!
Seperti yang dinyatakan dalam syarat cabaran, 5 finalis telah dipilih melalui proses undian, manakala pemenang akhir pula bakal dipilih oleh juri daripada Bambu Lab dalam kalangan 5…Tahniah kepada 5 finalis dengan undian tertinggi dalam cabaran bulanan Domechy September 2026!
Seperti yang dinyatakan dalam syarat cabaran, 5 finalis telah dipilih melalui proses undian, manakala pemenang akhir pula bakal dipilih oleh juri daripada Bambu Lab dalam kalangan 5 finalis ini.
Saya telah menyampaikan senarai 5 finalis ini kepada wakil Bambu Lab dan sedang menunggu keputusan daripada mereka.
Hadiah untuk 'Project of the Month' dah selamat sampai ke team Domechy.
Ayuh kongsikan dokumentasi projek2 inovasi korang dekat Domechy. Projek paling menarik + lengkap, akan terima hadiah ni.
Kriteria yang saya tengok untuk pilih 'Project of the Month' adalah:
- Projek…Hadiah untuk 'Project of the Month' dah selamat sampai ke team Domechy.
Ayuh kongsikan dokumentasi projek2 inovasi korang dekat Domechy. Projek paling menarik + lengkap, akan terima hadiah ni.
Kriteria yang saya tengok untuk pilih 'Project of the Month' adalah:
- Projek inovasi / teknologi yang menarik
- ada dokumentasi yang lengkap, cukup untuk jadi rujukan orang lain bina projek yang sama
- ada gambar atau update hasil pembinaan sebenar, bukan sekadar 3D model atau simulation
- projek yang memberikan manfaat
Saya ingin mengumumkan bahawa Creality telah menjadi 'founding partner' Domechy secara rasmi, dan bakal memberikan tajaan kewangan kepada Domechy selama sekurang-kurangnya 6 bulan bermula daripada bulan Oktober ini bagi menampung kos operasi.
Jadi…Alhamdulillah.
Saya ingin mengumumkan bahawa Creality telah menjadi 'founding partner' Domechy secara rasmi, dan bakal memberikan tajaan kewangan kepada Domechy selama sekurang-kurangnya 6 bulan bermula daripada bulan Oktober ini bagi menampung kos operasi.
Jadi nantikan, cabaran-cabaran akan datang bakal menampilkan hadiah berupa 3D printer dan insyaAllah banyak lagi yang saya akan usahakan untuk ahli komuniti semua.
Terima kasih kepada kerjasama anda semua kerana memeriahkan komuniti ini.
Bambu Lab R1 dah launched gais. So boleh buat poster full utk monthly challenge bulan ni.
Walaupun ada masa 2 hari je lagi, jom la join ramai2. buat projek simple2 pun takpe. lagi ramai masuk, lagi senang saya nak cari sponsor hadiah best2 untuk cabaran akan datang 😄
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Saya nak kongsikan yang HariMau3D dah sediakan affiliate link untuk Domechy. Kalau korang beli apa-apa barang dari HariMau3D menggunakan affiliate link di bawah, Domechy akan dapat 6% daripada total pembelian.
Tapi affiliate ni terhad…Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Saya nak kongsikan yang HariMau3D dah sediakan affiliate link untuk Domechy. Kalau korang beli apa-apa barang dari HariMau3D menggunakan affiliate link di bawah, Domechy akan dapat 6% daripada total pembelian.
Tapi affiliate ni terhad kepada pembeli baru sahaja. Kalau korang dah biasa beli barang dekat HariMau3D, then Domechy takkan dapat apa2 komisyen untuk tu.
Apa-apa pun, saya hargai kalau korang boleh gunakan link ni untuk buat sebarang pembelian, supaya dapat bantu saya jana dana untuk maintain Domechy ni di masa akan datang.
Kalau nak tahu, ini adalah lens cleaning paper, tisu khas untuk lap atau bersihkan lens/cermin yang digunakan macam dalam industri laser.
Cahaya laser mempunyai ketumpatan tenaga yang jauh lagi tinggi daripada biasa, jadi setiap cermin dan lens perlu ada spesifikasi khas…Kalau nak tahu, ini adalah lens cleaning paper, tisu khas untuk lap atau bersihkan lens/cermin yang digunakan macam dalam industri laser.
Cahaya laser mempunyai ketumpatan tenaga yang jauh lagi tinggi daripada biasa, jadi setiap cermin dan lens perlu ada spesifikasi khas untuk digunakan dengan cahaya laser tertentu.
Setiap optik ni perlu dijaga dengan baik. Kalau ada debu sikit pun, boleh menyebabkan tenaga yang dibawa oleh cahaya laser tu jatuh dengan ketara, dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan optik tu rosak (retak, terbakar etc.).
Nak bersihkan optik ni, kena ada kain/tisu khas. Kalau gunakan tisu atau kain biasa, even kain lap cermin mata tu pun, boleh menyebabkan calar halus pada optik tersebut lalu tak rosak dan tak boleh digunakan lagi dah.
Assalamualaikum semua 😄 saya nak kongsikan sikit tentang fungsi setiap feature di Domechy ni.
Pertama sekali, korang boleh buat posting status biasa dengan gambar atau tanpa gambar. Basically sama la mcm media sosial lain.
Kedua, cipta projek. Saya perasan ramai tak tahu…Assalamualaikum semua 😄 saya nak kongsikan sikit tentang fungsi setiap feature di Domechy ni.
Pertama sekali, korang boleh buat posting status biasa dengan gambar atau tanpa gambar. Basically sama la mcm media sosial lain.
Kedua, cipta projek. Saya perasan ramai tak tahu fungsi sebenar cipta projek tu. Cipta projek ni adalah ruang dokumentasi, untuk korang share dokumentasi projek korang supaya boleh dijadikan rujukan orang lain yang nak buat projek yang sama. Dalam dokumentasi tu korang boleh share senarai bahan yang digunakan, share file2 berkaitan macam 3D model, dan boleh sharw update secara berkala.
Ketiga, cipta artikel. Di sini korang boleh share penghantaran yang panjang tentang satu topik. Contohnya korang nak share pengetahuan korang tentang macam mana nak selesaikan masalah print failure tertentu.
Akhir sekali, 3D model. Ni kalau korang nak share 3D model korang secara percuma ala2 MakerWorld. Nanti kalau user dah ramai maybe kita boleh tambah premium model untuk korang jual model 3D jugak. Tapi tu nanti la
..
Saya harap dengan penjelasan ni, korang makin faham fungsi setiap feature yang ada. Saya harap library projek di sini boleh jadi pusat rujukan masyarakat untuk belajar macam mana nak buat projek yang kita buat.
Sebelum ni hadiah ahli paling aktif tu saya berikan 10kg untuk satu pemenang.
Untuk bulan ni, HariMau3D akan sponsor 20kg untuk kategori ahli aktif sahaja, sebab kita dah ada…HADIAH NAK BAHAGI MACAM MANA
.......
Assalamualaikum semua. Nak tanya pendapat korang.
Sebelum ni hadiah ahli paling aktif tu saya berikan 10kg untuk satu pemenang.
Untuk bulan ni, HariMau3D akan sponsor 20kg untuk kategori ahli aktif sahaja, sebab kita dah ada hadiah lain untuk Project of The Month.
Saya fikir untuk bulan ni, instead of bagi semua 20kg dekat seorang pemenang, maybe saya nak berikan 5kg kepada 4 orang pemenang. Jadi 4 orang dengan point tertinggi akan dapat hadiah filament free tu.
Saje nak share. Kalau korang nak guna Shapr3D pro version macam yang saya gunakan untuk buat 3D model ni, korang boleh dapat diskaun kalau gunakan kod RIDZWAN10 masa langgan.
Korang boleh gunakan kod ni sekali je tau, so kalau nak langgan setahun terus baru berbaloi. Kos…Saje nak share. Kalau korang nak guna Shapr3D pro version macam yang saya gunakan untuk buat 3D model ni, korang boleh dapat diskaun kalau gunakan kod RIDZWAN10 masa langgan.
Korang boleh gunakan kod ni sekali je tau, so kalau nak langgan setahun terus baru berbaloi. Kos untuk langgan Shapr3D pro version setahun dalam USD299, so kalau guna kod ni boleh jimat 10% (USD29.9 atau RM120+)
Saya nak tanya idea korang. Sekarang ni rata-rata ahli komuniti Domechy adalah pengguna 3D printer. Make sense la sebab majoriti yang register sebab nak join monthly challenge (perlukan 3D printer) atau yang tertarik dengan reward untuk ahli aktif.
Tapi saya perlukan cadangan…Saya nak tanya idea korang. Sekarang ni rata-rata ahli komuniti Domechy adalah pengguna 3D printer. Make sense la sebab majoriti yang register sebab nak join monthly challenge (perlukan 3D printer) atau yang tertarik dengan reward untuk ahli aktif.
Tapi saya perlukan cadangan korang, macam mana kita nak tarik lebih ramai ahli komuniti yang bukan pengguna 3D printer.
Kalau kita ada ramai ahli yang takde 3D printer, korang yang ada 3D printer tu nanti boleh iklankan servis 3D printing korang dekat mereka. Sekarang ni kalau korang iklankan servis 3D printing korang dekat sini pun tak berfungsi sangat, sebab rata2 ahli komuniti dekat sini tak perlukan servis tu.
Jadi, kalau ada cadangan yang baik boleh kongsikan!
SUNLU bersetuju untuk sponsor hadiah Project of The Month bulan ini, iaitu satu unit FilaDryer S4 Pro.
Buat dokumentasi projek yang kreatif dan lengkap untuk jadi rujukan, insyaAllah berpeluang menang hadiah ni. Ini bukan hadiah…Lagi berita baik untuk komuniti Domechy.
SUNLU bersetuju untuk sponsor hadiah Project of The Month bulan ini, iaitu satu unit FilaDryer S4 Pro.
Buat dokumentasi projek yang kreatif dan lengkap untuk jadi rujukan, insyaAllah berpeluang menang hadiah ni. Ini bukan hadiah untuk Cabaran Bulanan atau Ahli Paling Aktif ya.
Semoga boleh jadi pembakar semangat untuk kita semua kongsikan dokumentasi projek yang boleh menjadi rujukan masyarakat.
Okayyyy hadiah untuk Cabaran Bulanan Domechy edisi September dah diumumkan!!
(Walaupun ramai yang dah tahu 😆)
Pemenang untuk cabaran bulan ni akan dapat produk terbaru Bambu Lab, iaitu R1 !
Nanti bila pemenang diumumkan, produk ni mungkin tak masuk Malaysia lagi jadi…Okayyyy hadiah untuk Cabaran Bulanan Domechy edisi September dah diumumkan!!
(Walaupun ramai yang dah tahu 😆)
Pemenang untuk cabaran bulan ni akan dapat produk terbaru Bambu Lab, iaitu R1 !
Nanti bila pemenang diumumkan, produk ni mungkin tak masuk Malaysia lagi jadi korang berpeluang untuk jadi orang pertama di Malaysia untuk memiliki Bambu Lab R1 🔥
Jangan lepaskan peluang ni, saya nantikan penyertaan daripada anda!
p/s: bulan ni undian akan menentukan top 5 finalist sahaja. Daripada 5 finalist ni, juri daripada Bambu Lab akan pilih penyertaan terbaik untuk jadi pemenang.
Seperti yang anda mungkin nampak, 3 pemenang telah diumumkan untuk bulan Ogos.
1. Pemenang cabaran bulanan Domechy - Saudara Inhaf / Isyraq
2. Pemenang ahli paling aktif - Saudari Amal
3. Projek Bulan Ini - Saudara Fairus
Terima kasih kepada semua…Salam sejahtera semua.
Seperti yang anda mungkin nampak, 3 pemenang telah diumumkan untuk bulan Ogos.
1. Pemenang cabaran bulanan Domechy - Saudara Inhaf / Isyraq
2. Pemenang ahli paling aktif - Saudari Amal
3. Projek Bulan Ini - Saudara Fairus
Terima kasih kepada semua yang memeriahkan komuniti Domechy setakat ini. Jika anda perasan, saya tambah satu kategori pemenang iaitu projek bulan ini.
Saya berbuat sedemikian kerana saya ingin memberi dorongan kepada semua ahli untuk berkongsi projek masing2 di sini. Hasrat saya untuk Domechy, kita bukan sekadar jadikan ia tempat kita buat kemaskini aktiviti harian berkaitan 3D printing, tapi juga menjadi platform untuk berkongsi ilmu dan panduan.
Harapan jangka masa panjang, saya harap setiap projek yang dikongsikan di sini boleh menjadi rujukan kepada masyarakat di masa akan datang, terutamanya dalam Bahasa Melayu.
Jika ada adik-adik di sekolah atau di universiti yang ingin membuat projek inovasi, contohnya
"saya nak buat robot sumo, tapi saya tak tahu la bahan apa yang diperlukan, macam mana nak sambung litar elektronik dia, dan macam mana nak buat kod dia"
maka saya harap dia boleh datang ke Domechy, cari projek yang dikongsikan dan ada dokumentasi lengkap yang boleh dijadikan rujukan.
Mungkin susah untuk dilakukan sekarang, tapi harapan saya suatu hari nanti kita dapat sama-sama mencapai perkara ni. InsyaAllah, saya akan teruskan mencari insentif yang menarik untuk anda semua yang rajin berkongsi di sini, sama ada melalui cabaran bulanan, ahli yang aktif mahupun projek yang menarik.
Doakan aktiviti2 komuniti ini dapat diteruskan lagi bulan ini dan bulan-bulan mendatang.
Pemenang cabaran bulanan Domechy telah diumumkan sebentar tadi (korang boleh tengok dekat atas). Anugerah untuk ahli paling aktif akan diumumkan esok, supaya bilangan mata boleh dikira hingga ke akhir bulan.
Saya nak minta jasa baik anda semua untuk…Assalamualaikum semua.
Pemenang cabaran bulanan Domechy telah diumumkan sebentar tadi (korang boleh tengok dekat atas). Anugerah untuk ahli paling aktif akan diumumkan esok, supaya bilangan mata boleh dikira hingga ke akhir bulan.
Saya nak minta jasa baik anda semua untuk kongsikan pandangan apa yang boleh kita tambah baik kepada sistem sedia ada. Alhamdulillah setakat ini ada yang berikan feedback kepada saya berkenaan sistem undian sebelum ini sedikit bermasalah kerana ada yang tidak sedar berkenaan confirmation email. Jadi saya telah cuba menambah baik bahagian tersebut.
Selain daripada itu, saya juga terfikir berkenaan perkara2 berikut:
- pengumuman pemenang patut dibuat pada 1hb bulan seterusnya, supaya semua pemenang diumumkan pada hari yang sama.
- pemenang cabaran bulanan tidak ditentukan daripada undian semata-mata. Markah juri untuk kreativiti juga perlu diambil kira.
Jika ada idea-idea lain, mohon kongsikan supaya aktiviti komuniti kita dapat ditambah baik lagi.
Contoh 3D modeling dalam industri. Ni contoh design yang simple, tapi ambil masa jugak nak siap.
Dalam design, part melukis atau buat model 3D tu cuma sebahagian kecil saja. Yang ambil masa lebih panjang adalah proses kajian, perancangan dan pemilihan bahan.
Keputusan…Contoh 3D modeling dalam industri. Ni contoh design yang simple, tapi ambil masa jugak nak siap.
Dalam design, part melukis atau buat model 3D tu cuma sebahagian kecil saja. Yang ambil masa lebih panjang adalah proses kajian, perancangan dan pemilihan bahan.
Keputusan macam saiz spindle berapa, ratio pulley banyak mana, faktor apa yang nak difikirkan untuk pastikan pulley yang dipilih tu takde backlash, berapa torque motor yang diperlukan untuk aplikasi dan sebagainya.
Tapi bila dah dapat buat keputusan semua tu, kejap je siap proses lukisan atau 3D modeling ni. Waktu tu rasa best macam siapkan puzzle sebab berjaya selesaikan masalah yang ada.
..
Tapi sebenarnya tak betul2 selesai lagi. Nanti waktu proses manufacturing, proses assembly semua akan ada masalah lain pulak haha
saya ubah sikit raut wajah dekat module ni untuk robot tu nanti. Sebelum ni ada mata je, tapi rasa kurang sampai dia punya emosi. Jadi saya tambah mulut sekali.
Kalau korang perasan, dekat sesetengah post ada label 'soalan', dan korang akan dapat notification 'seseorang perlukan bantuan anda'.
Saya buat feature ni sebab nak galakkan kita saling membantu dalam Domechy ni untuk jawab soalan terutamanya dalam 3D printing. Kalau ada…Kalau korang perasan, dekat sesetengah post ada label 'soalan', dan korang akan dapat notification 'seseorang perlukan bantuan anda'.
Saya buat feature ni sebab nak galakkan kita saling membantu dalam Domechy ni untuk jawab soalan terutamanya dalam 3D printing. Kalau ada orang dapat failure ke, atau tak faham apa2, kita boleh saling berbincang dekat sini.
Biasa orang tanya soalan dalam facebook group, tapi lepas beberapa hari, soalan tu dah tenggelam dalam soalan2 lain. Jadi saya nak cuba selesaikan masalah tu dengan simpan segala pos berbentuk soalan ni dalam satu database domechy, so bila kita ada cukup banyak soalan, nanti saya boleh kumpulkan dalam satu page.
Bila ada ahli baru nak tanya soalan, mungkin sistem boleh bantu dan tunjuk perbincangan2 lama yang berkaitan dengan soalan yang sama.
Jadi kalau korang nampak ada orang tanya soalan dalam ni, jom la kita sama2 berbincang dalam tu. Dan kalau korang ada masalah, mari la sama2 tanya dalam ni.
Korang tahu tak, korang boleh add Domechy ke homescreen macam app?
Buat masa ni saya belum buat app untuk Domechy lagi sebab tak cukup ramai pengguna aktif lagi.
Tapi buat masa ni, korang boleh gunakan Domechy sebagai PWA, yang behaviour dia lebih kurang app jugak.…Korang tahu tak, korang boleh add Domechy ke homescreen macam app?
Buat masa ni saya belum buat app untuk Domechy lagi sebab tak cukup ramai pengguna aktif lagi.
Tapi buat masa ni, korang boleh gunakan Domechy sebagai PWA, yang behaviour dia lebih kurang app jugak.
Cara dia, bila korang bukak Domechy melalui browser korang, tekan 3 dots tu dan tekan share.
Lepas tu korang tekan add to homescreen. Nanti korang ada nampak icon Domechy mcm app dekat homescreen, mudah sikit nak akses 😁😁
Terima kasih ahli Domechy yang sudi join dan memeriahkan laman ni dengan perkongsian korang 😄
Kalau ada idea macam mana kita nak memeriahkan lagi laman ni dan jadikan dia lebih berbentuk tempat komuniti, boleh kongsikan idea korang 🙌
Jumlah kita tak ramai lagi. Tontonan…Terima kasih ahli Domechy yang sudi join dan memeriahkan laman ni dengan perkongsian korang 😄
Kalau ada idea macam mana kita nak memeriahkan lagi laman ni dan jadikan dia lebih berbentuk tempat komuniti, boleh kongsikan idea korang 🙌
Jumlah kita tak ramai lagi. Tontonan setiap post pun tak tinggi mana. Tapi saya harap kita boleh tarik perlahan2 lebih ramai ahli komuniti ni supaya nanti kita ada ramai pihak yang berkongsi sumber rujukan projek reka bentuk, 3D printing dan inovasi untuk bantu masyarakat.
Kepada ahli2 yang baru daftar akaun di domechy dan baca status ni, jemput memeriahkan website ni dengan post korang.
tak perlu risau nak post menda serius2. post gambar random 3D print pun boleh, post idea projek nak buat apa lepas ni pun boleh.
dan kalau boleh, minta…Kepada ahli2 yang baru daftar akaun di domechy dan baca status ni, jemput memeriahkan website ni dengan post korang.
tak perlu risau nak post menda serius2. post gambar random 3D print pun boleh, post idea projek nak buat apa lepas ni pun boleh.
dan kalau boleh, minta perkenalkan website ni kepada kawan2. InsyaAllah, lebih ramai pengguna, lebih mudah saya yakinkan sponsor untuk sediakan hadiah2 menarik di masa akan datang.
Berita gembira! 🎉 Kolaborasi Domechy & HariMau3D kini bermula.
Mulai bulan ini, ahli Domechy yang aktif berpeluang memenangi filament percuma setiap bulan, ditaja oleh HariMau3D (Boleh check website diorang, diorang ada buat filament made in Malaysia!)
Caranya mudah saja.…Berita gembira! 🎉 Kolaborasi Domechy & HariMau3D kini bermula.
Mulai bulan ini, ahli Domechy yang aktif berpeluang memenangi filament percuma setiap bulan, ditaja oleh HariMau3D (Boleh check website diorang, diorang ada buat filament made in Malaysia!)
Caranya mudah saja. Korang shaje je apa2 aktiviti di sini. Status simple macam saya tengah buat ni pun boleh. Atau kalau share projek, artikel atau model 3D, dapat lagi banyak mata.
Matlamat kami adalah untuk jadikan Domechy tempat maker Malaysia bukan sekadar membaca, tetapi juga berkongsi ilmu, idea dan hasil kerja sesama sendiri.
Terima kasih HariMau3D kerana bersama-sama menyokong komuniti maker Malaysia.
Antara beberapa ekspresi wajah berbeza bergantung kepada sudut modul tu dipegang.
Jadi nanti bila kita set dia berdiri tegak, boleh pilih muka neutral. Kemudian bila tolak sikit, modul tu detect sudut berubah, lalu dia ubah ekspresi wajah
Ini contoh kalau buat hantaran biasa, tak masukkan ke dalam kemas kini projek. Kalau perasan, dekat atas status ni tak ada folder sebarang projek.
kalau kemas kini diletakkan ke dalam projek, akan muncul folder untuk menunjukkan hantaran tersebut merupakan kemas kini kepada…Ini contoh kalau buat hantaran biasa, tak masukkan ke dalam kemas kini projek. Kalau perasan, dekat atas status ni tak ada folder sebarang projek.
kalau kemas kini diletakkan ke dalam projek, akan muncul folder untuk menunjukkan hantaran tersebut merupakan kemas kini kepada projek mana.