Ridzwan Normahazan

1 September 2026

Salam sejahtera semua.

Seperti yang anda mungkin nampak, 3 pemenang telah diumumkan untuk bulan Ogos.
1. Pemenang cabaran bulanan Domechy - Saudara Inhaf / Isyraq
2. Pemenang ahli paling aktif - Saudari Amal
3. Projek Bulan Ini - Saudara Fairus

Terima kasih kepada semua yang memeriahkan komuniti Domechy setakat ini. Jika anda perasan, saya tambah satu kategori pemenang iaitu projek bulan ini.

Saya berbuat sedemikian kerana saya ingin memberi dorongan kepada semua ahli untuk berkongsi projek masing2 di sini. Hasrat saya untuk Domechy, kita bukan sekadar jadikan ia tempat kita buat kemaskini aktiviti harian berkaitan 3D printing, tapi juga menjadi platform untuk berkongsi ilmu dan panduan.

Harapan jangka masa panjang, saya harap setiap projek yang dikongsikan di sini boleh menjadi rujukan kepada masyarakat di masa akan datang, terutamanya dalam Bahasa Melayu.

Jika ada adik-adik di sekolah atau di universiti yang ingin membuat projek inovasi, contohnya

"saya nak buat robot sumo, tapi saya tak tahu la bahan apa yang diperlukan, macam mana nak sambung litar elektronik dia, dan macam mana nak buat kod dia"

maka saya harap dia boleh datang ke Domechy, cari projek yang dikongsikan dan ada dokumentasi lengkap yang boleh dijadikan rujukan.

Mungkin susah untuk dilakukan sekarang, tapi harapan saya suatu hari nanti kita dapat sama-sama mencapai perkara ni. InsyaAllah, saya akan teruskan mencari insentif yang menarik untuk anda semua yang rajin berkongsi di sini, sama ada melalui cabaran bulanan, ahli yang aktif mahupun projek yang menarik.

Doakan aktiviti2 komuniti ini dapat diteruskan lagi bulan ini dan bulan-bulan mendatang.
66 Views Comment 0

Comments

Scroll to Top