Assalamualaikum semua.
Pemenang cabaran bulanan Domechy telah diumumkan sebentar tadi (korang boleh tengok dekat atas). Anugerah untuk ahli paling aktif akan diumumkan esok, supaya bilangan mata boleh dikira hingga ke akhir bulan.
Saya nak minta jasa baik anda semua untuk kongsikan pandangan apa yang boleh kita tambah baik kepada sistem sedia ada. Alhamdulillah setakat ini ada yang berikan feedback kepada saya berkenaan sistem undian sebelum ini sedikit bermasalah kerana ada yang tidak sedar berkenaan confirmation email. Jadi saya telah cuba menambah baik bahagian tersebut.
Selain daripada itu, saya juga terfikir berkenaan perkara2 berikut:
- pengumuman pemenang patut dibuat pada 1hb bulan seterusnya, supaya semua pemenang diumumkan pada hari yang sama.
- pemenang cabaran bulanan tidak ditentukan daripada undian semata-mata. Markah juri untuk kreativiti juga perlu diambil kira.
Jika ada idea-idea lain, mohon kongsikan supaya aktiviti komuniti kita dapat ditambah baik lagi.
Comments
Please log in to comment.