Terima kasih semua yang kongsikan pandangan semalam. Setelah berfikir buat satu tempoh masa yang tak tahu la panjang ke tak (😂), saya buat keputusan tema cabaran kali ini adalah Toys for Kids.
Sebabnya adalah, hadiah cabaran bulan ini merupakan sebiji 3D printer, Creality Sparkx i7 Color Combo yang merupakan entry level dan sesuai untuk beginner.
Jadi saya rasa tema yang ringkas tapi menyeronokkan seperti mainan kanak-kanak sangat sesuai dengan hadiah yang ditawarkan.
Dari segi level penyertaan pula, lebih mudah untuk dapatkan level yang konsisten berbanding cabaran-cabaran sebelum ini yang mempunyai jurang lever terlampau tinggi.
Nanti saya akan kemaskini page cabaran untuk letak detail lanjut. Tapi untuk masa sekarang, boleh dah mula fikir projek apa korang nak buat! 😁
Comments
mantap!! tapi risau pulak nak join. ramai otai sini!
👆komen seorang otai!
Please log in to comment.