Bambu Lab A2L review preview featured image showing the large-format A2L 3D printer with AMS Lite
Ridzwan Normahazan

written on 2 June 2026

Bambu Lab A2L Review Preview: A1 Yang Lebih Besar Atau A2 Yang Sebenar?

Bambu Lab telah melancarkan A2L secara rasmi, dan saya rasa orang ramai akan memberikan reaksi yang sangat berbeza berkenaan printer ini.

Untuk penggemar hobi biasa, saya rasa ramai orang akan suka printer ini. Tetapi untuk komuniti 3D printing yang lebih teknikal, saya tidak rasa mereka tidak akan begitu teruja dengan printer ini.

Sebelum saya teruskan, saya nak jelaskan dahulu. Ini bukan full review saya lagi. Bambu Lab telah bersetuju untuk menghantar A2L kepada saya, jadi saya akan dapat menguji printer ini sendiri tidak lama lagi. Buat masa ini, artikel ini berdasarkan spesifikasi rasmi dan early review yang sudah tersedia secara online.

Ini Pada Asasnya A-Series Besar Yang Ramai Nak

Perkara paling jelas tentang A2L ialah saiznya yang besar.

Build volume printer ini ialah 330 × 320 × 325 mm. Itu jauh lebih besar berbanding A1 dan A1 Mini, dan ia meletakkan A2L dalam kategori large-format yang lebih serius. Untuk mereka yang print peralatan cosplay, helmet, prop, functional part yang lebih besar, atau sekadar mahu print lebih banyak objek dalam satu batch, saiz ini mungkin cukup baik bagi mereka.

Ini juga mungkin menjadi salah satu sebab kenapa A2L bakal mendapat jumlah jualan yang baik. Bukan kerana ia printer paling inovatif yang pernah Bambu Lab hasilkan, tetapi kerana ia menjawab permintaan ramai, printer A1 tetapi bersaiz besar.

Tapi Adakah Ini Betul-Betul A2?

Bahagian ni boleh jadi topik perbincangan yang hangat sedikit.

Nama model ini adalah A2L, jadi secara tidak peliklah jika orang ramai akan mengharapkan ia terasa seperti generasi kedua untuk siri A. Tetapi daripada apa yang saya lihat setakat ini, printer ini terasa lebih seperti A1L.

Itu tidak bermaksud ia printer yang tidak baik, kerana A1 sendiri sudah pun merupakan printer yang sangat bagus. Jadi menghasilkan printer A1 dalam versi yang lebih besar bukanlah idea yang buruk.

Tetapi kalau kita bercakap tentang inovasi, saya tidak rasa A2L menunjukkan sebarang penambahbaikan teknikal yang besar berbanding A1. Ia masih bedslinger. Ia masih single-nozzle multicolor. Ia masih menggunakan sistem gaya AMS yang perlu membuang filament semasa pertukaran warna. Kamera juga nampaknya masih lebih kurang pada tahap A1 berdasarkan early review.

Jadi persoalannya bukanlah sama ada A2L ini bagus atau tidak.

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada ia benar-benar terasa seperti generasi baru berbanding model sebelumnya. Berdasarkan beberapa review daripada creator yang sudah dapat menguji model ini, jawapannya mungkin tidak. Reviewer seperti CNC Kitchen, Jesse daripada 3D Printing Nerd, dan Fauxhammer semuanya membawa pendapat yang hampir sama: A2L boleh menghasilkan cetakan yang sangat baik, tetapi ia lebih terasa seperti A1 yang lebih besar berbanding generasi baru sepenuhnya.

Mungkin Ia Adalah Strategi Bisnes

Pada pandangan saya, A2L terasa seperti langkah bisnes yang sangat bijak daripada Bambu Lab. Siri H lebih advanced, tetapi harganya juga jauh lebih mahal. Bukan semua orang perlukan dual-nozzle, CoreXY, enclosure, atau sokongan material yang lebih advanced.

Ramai pengguna sebenarnya hanya mahukan ini:

  • Printer yang lebih besar.
  • Setup yang mudah.
  • Kualiti cetakan yang bagus.
  • Workflow Bambu.
  • Sokongan AMS.
  • Harga yang lebih rahmah.

Jadi di sinilah A2L boleh menyerlah.

Daripada cuba menghasilkan sesuatu yang benar-benar baru, Bambu Lab nampaknya sedang mengisi ruang kosong yang jelas dalam barisan produk mereka. Mereka sudah ada siri A yang lebih kecil. Mereka sudah ada siri H yang lebih advanced. A2L berada di tengah-tengah, tetapi masih lebih dekat kepada siri A.

Dari sudut bisnes, ini mereka akan rasa sedikit kecewa.

Masalah Large Bedslinger

Satu perkara yang saya nak uji sendiri nanti ialah limitasi bedslinger.

A2L ialah large Cartesian bedslinger, maksudnya bed masih bergerak ke depan dan ke belakang semasa printing. Pada printer kecil, ini biasanya tidak menjadi masalah besar. Tetapi apabila printer semakin besar dan objek yang dicetak semakin tinggi, pergerakan ini boleh menjadi lebih ketara.

Early review sudah menyebut tentang vibration dan kestabilan tall print sebagai perkara yang perlu diperhatikan.

Bambu telah menambah beberapa penyelesaian, termasuk frame support, vibration compensation, dan beberapa perubahan reka bentuk lain untuk mengurangkan isu ini. Berdasarkan early review, kualiti cetakan masih nampak sangat baik.

Tetapi physics is still physics. Jika kita print part yang tinggi dan kurus, dan bed bergerak ke depan dan ke belakang, objek yang sedang dicetak itu sendiri masih boleh bergoyang. CoreXY secara semula jadi ada kelebihan di sini kerana objek yang dicetak tidak bergerak.

Jadi saya tidak rasa ini dealbreaker. Tetapi ini sesuatu yang pembeli perlu faham.

A2L mungkin large bedslinger yang sangat bagus. Tetapi ia masih large bedslinger.

Multicolor Masih Gaya Lama Bambu

Perkara lain yang mungkin mengecewakan sesetengah orang ialah sistem multicolor.

A2L masih menggunakan satu nozzle sahaja. Maksudnya apabila printer menukar warna, ia perlu membuang filament lama dahulu sebelum mencetak warna baru. Sistem ini berfungsi. Bambu juga sudah menjadikannya sangat mesra pengguna. Tetapi ini bukan cara paling efisien untuk multicolor printing.

Beberapa early review mencadangkan A2L mungkin sedikit lebih laju atau sedikit lebih efisien berbanding A1 semasa pertukaran warna. Itu bagus. Tetapi ia masih bukan peningkatan pada tahap toolchanger atau multi-toolhead system.

Ini mungkin salah satu sebab kenapa komuniti teknikal tidak begitu teruja.

Pasaran sekarang sudah mula bergerak ke arah sistem multicolor dengan waste yang lebih rendah. Jadi apabila Bambu melancarkan printer baru yang masih bergantung kepada sistem single-nozzle purge yang sama, ia terasa agak konservatif.

Sekali lagi, bukan buruk.

Cuma tidak begitu mengujakan.

Cutting Module Lebih Masuk Akal Di Sini

Satu bahagian yang saya rasa menarik ialah sokongan cutting dan plotting.

Pada siri H yang lebih mahal, menggunakan printer 3D high-end sebagai cutter atau plotter boleh terasa sedikit seperti gimmick. Tetapi pada A2L, saya rasa ia lebih masuk akal.

Printer ini lebih besar, lebih mampu milik, dan lebih ditujukan kepada pengguna kreatif. Jadi jika seseorang mahu print cosplay prop dan kemudian potong decal atau vinyl sticker menggunakan mesin yang sama, itu sebenarnya berguna.

Ini juga selari dengan arah marketing “Creative Playground. Extra Large.”

Jadi walaupun A2L mungkin bukan inovasi besar dalam 3D printing itu sendiri, sudut creative tool ini boleh menjadikan mesin ini lebih menarik kepada casual maker.

Untuk Siapa Printer Ini?

Saya rasa A2L mungkin sesuai untuk orang yang suka idea A1, tetapi mahukan ruang print yang lebih besar.

Jika anda kebanyakannya print PLA, PETG, dan TPU, printer ini masuk akal. Jika anda print cosplay part, prop, mainan besar, barang rumah, display piece, atau functional print yang mudah, printer ini juga masuk akal.

Tetapi jika anda mahu print engineering material seperti ABS, ASA, nylon, atau carbon-filled material secara serius, ini mungkin bukan mesin yang sesuai. Ia open-frame, suhu bed ada limitasi, dan ia bukan direka untuk menggantikan enclosed CoreXY printer.

Jika matlamat utama anda ialah multicolor printing yang efisien dengan waste yang minimum, ini juga mungkin bukan pilihan paling menarik.

Tetapi jika matlamat anda hanyalah untuk dapatkan printer Bambu yang besar, mudah digunakan, dan lebih murah berbanding siri H, maka A2L mungkin akan menjadi pilihan yang sangat menarik.

Pandangan Awal Saya

Pandangan awal saya mudah.

A2L tidak kelihatan seperti Bambu Lab cuba mengejutkan industri dengan teknologi baru. Ia lebih kelihatan seperti Bambu Lab membuat produk yang sangat terancang untuk mengisi ruang kosong dalam pasaran.

Mungkin masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan penuh, tetapi mungkin itu sudah cukup. Ramai hobbyist tidak begitu kisah sama ada printer itu inovatif atau tidak. Mereka lebih kisah sama ada printer itu boleh print dengan baik, mudah digunakan, dan mempunyai build volume yang cukup untuk projek mereka. Dari sudut itu, saya rasa ramai pengguna akan sangat berpuas hati dengan A2L.

Tetapi untuk komuniti teknikal, reaksinya mungkin berbeza. Ada orang yang mengharapkan generasi kedua siri A yang lebih serius. Mungkin multicolor yang lebih baik. Mungkin AMS Lite baru. Mungkin motion system yang lebih advanced. Mungkin sesuatu yang lebih terasa seperti “A2” sebenar.

Sebaliknya, apa yang kita dapat kelihatan seperti A1 yang lebih besar dan lebih diperhalusi. Itu bukan produk yang buruk, tetapi mungkin bukan produk yang paling mengujakan.

Jadi buat masa ini, kesimpulan awal saya ialah:

Bambu Lab A2L kelihatan seperti langkah bisnes yang bijak, bukan langkah inovasi yang besar. Tetapi langkah bisnes yang bijak masih boleh menjadi produk yang sangat berjaya.

Saya akan menguji printer ini sendiri apabila unit tersebut sampai nanti, dan kita akan lihat sama ada pengalaman sebenar menggunakan A2L akan mengubah pandangan awal saya.

Nota: Artikel ini ialah review preview berdasarkan maklumat rasmi daripada Bambu Lab dan early hands-on review daripada creator lain. Saya masih belum menguji A2L sendiri, tetapi Bambu Lab telah bersetuju untuk menghantar unit kepada saya tidak lama lagi. Selepas saya terima dan uji printer ini, saya akan terbitkan review hands-on yang sebenar berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Note: This article is a review preview based on Bambu Lab’s official information and early hands-on reviews from other creators. I have not tested the A2L myself yet, but Bambu Lab has agreed to send me a unit soon. Once I receive and test it, I will publish a proper hands-on review based on my own experience.

Looking to buy a 3D printer, filament, or accessories in Malaysia?

Check out our curated list of 3D printing shops here!

Scroll to Top