Community

Domechy Bawa Cetakan 3D ke International Future Conference 2026

Domechy telah menjadi penaja dan rakan kerjasama bagi program antarabangsa iaitu program International Future Conference 2026 (IFC 2026).

Baru-baru ini, Domechy telah menjadi salah satu penaja dan rakan kerjasama (supporting partners) bagi program International Future Conference 2026 (IFC 2026).

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kerjasama Sains dan Teknologi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-COMSTECH) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) dan UCSI University dari 28 hingga 29 September 2026 di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM), UIAM Kampus Kuala Lumpur.

Mengangkat tema “Membentuk Masa Depan melalui Ilmu, Inovasi dan Kepimpinan Ketamadunan”, Pengurus Program IFC 2026 dan OIC-COMSTECH, Tuan Adi Irfan, berkata bahawa beliau mahu persidangan ini memberi tumpuan kepada pelbagai perubahan dan cabaran global yang berlaku dengan pantas, termasuk kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, teknologi angkasa, perubahan iklim, peralihan tenaga serta tadbir urus sosioekonomi.

Domechy menaja program IFC 2026 melalui pembuatan pin enamel khas yang dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D bersama penggunaan magnet dan UV resin. Usaha ini adalah untuk memberi alternatif yang lebih kreatif dan mesra-pengguna, di mana pin enamel ini mudah untuk dilekatkan pada bahagian baju atau suit melalui dua bahagian magnet, berbanding pin enamel tradisional yang menggunakan bahagian pin tajam untuk menebuk lubang kecil pada baju dan meninggalkan kesan buruk.

Proses slicing dan produk sebenar pin enamel

Pin enamel IFC 2026 hasil buatan Domechy dipakai oleh para peserta seramai 200 orang serta tetamu kehormat VIP program seperti H.E. Prof. Dr. M. Iqbal Choudhary, Penyelaras Agung OIC-COMSTECH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Presiden UIAM, dan Prof. Dato’ Sri Dr. Osman Bakar, Rektor UIAM.

VVIP dan para peserta memakai pin enamel buatan Domechy

Sumber: University Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Maklum balas tetamu kehormat, para peserta dan beberapa organisasi belia juga positif terhadap pin enamel hasil cetakan 3D ini yang mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada pin enamel tradisional, sekaligus memberi pendedahan terhadap orang ramai tentang potensi teknologi cetakan 3D.

Tetamu kehormat memberi ucapan alu-aluan bersama pin enamel buatan Domechy yang dipakai

Sumber: University Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Domechy mengucapkan jutaan terima kasih pada penganjur kerana memberi kepercayaan dalam mengetengahkan aplikasi teknologi cetakan 3D dalam program antarabangsa IFC 2026.

Sebarang pertanyaan atau tempahan khas pin enamel dan barangan lain, sila hubungi pihak Domechy.

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 1

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

1 Komen

  1. (Amal)an 3 hari lalu

    Terbaik 👍🏽👏🏽

Scroll to Top