About Domechy Tentang Domechy
Started by one maker, now built by its community. Dimulakan oleh seorang maker, kini dibina oleh komunitinya.
I started Domechy as a place to keep my own notes and articles about 3D printing, mechanical design and the things I learned from my projects. Saya memulakan Domechy sebagai tempat untuk menyimpan nota dan artikel saya sendiri tentang 3D printing, reka bentuk mekanikal dan perkara yang saya pelajari daripada projek saya.
Since then, members have started sharing their own projects, quick updates from the workbench, 3D models and even full articles, so a growing part of what you find here now comes from them rather than from me. Sejak itu, ahli-ahli mula berkongsi projek mereka sendiri, kemas kini ringkas dari meja kerja, model 3D dan juga artikel penuh, jadi semakin banyak kandungan di sini kini datang daripada mereka, bukan daripada saya seorang.
Who builds Domechy Siapa yang membina Domechy
More of Domechy now comes from its members. Semakin banyak kandungan Domechy kini datang daripada ahlinya.
Domechy grows a little every time a member shares something, which is why it no longer depends on what one person knows. Domechy berkembang sedikit setiap kali seorang ahli berkongsi sesuatu, dan kerana itu ia tidak lagi bergantung pada apa yang diketahui oleh seorang sahaja.
Makers, students, engineers, hobbyists and designers solve useful problems every day, but most of that knowledge used to end up scattered across social media posts, private chats and group threads, or simply stayed in someone’s head. Maker, pelajar, jurutera, penghobi dan pereka menyelesaikan pelbagai masalah berguna setiap hari, namun kebanyakan ilmu itu dahulunya berselerak dalam hantaran media sosial, chat peribadi dan kumpulan perbincangan, atau hanya tersimpan dalam kepala seseorang.
On Domechy it is starting to collect in one place. Members document their builds and keep adding updates, share quick results and questions, upload models for others to print, and some have written full articles in their own words. Di Domechy, ilmu itu mula terkumpul di satu tempat. Ahli mendokumentasikan projek mereka dan terus menambah kemas kini, berkongsi hasil dan soalan ringkas, memuat naik model untuk dicetak oleh orang lain, dan ada yang telah menulis artikel penuh dengan gaya mereka sendiri.
I still write, maintain the platform and run the challenges, but my main job now is to make it easier for everyone else to contribute and to make sure good work gets noticed. Saya masih menulis, menyelenggara platform dan menjalankan cabaran, namun tugas utama saya kini ialah memudahkan orang lain menyumbang dan memastikan hasil kerja yang baik mendapat perhatian.
Schools, colleges and universities Sekolah, kolej dan universiti
Learning institutions want to build this with us. Institusi pendidikan mahu membina perkara ini bersama kami.
A growing number of schools, technical colleges and universities in Malaysia have reached out because they want to work with Domechy. They share the same goal, which is to help students learn by building real things and to give that work a place where other people can find it. Semakin banyak sekolah, kolej teknikal dan universiti di Malaysia telah menghubungi kami kerana mereka mahu bekerjasama dengan Domechy. Mereka berkongsi matlamat yang sama, iaitu membantu pelajar belajar melalui pembinaan sesuatu yang sebenar dan memberikan hasil kerja itu tempat untuk ditemui oleh orang lain.
I am grateful to every teacher, lecturer and student who has contacted us. We are still working out the best ways to do this together, and these are the ideas we are exploring. Saya amat menghargai setiap guru, pensyarah dan pelajar yang telah menghubungi kami. Kami masih mencari cara terbaik untuk melaksanakannya bersama, dan berikut ialah idea yang sedang kami teliti.
Student portfoliosPortfolio pelajar
Projects documented step by step become a record students can show to lecturers, employers and other makers. Projek yang didokumentasikan langkah demi langkah menjadi rekod yang boleh ditunjukkan oleh pelajar kepada pensyarah, majikan dan maker lain.
Practical guidesPanduan praktikal
Teachers and lecturers can share what they teach in the workshop with learners beyond their own classroom. Guru dan pensyarah boleh berkongsi apa yang mereka ajar di bengkel dengan pelajar di luar kelas mereka sendiri.
Real briefsTugasan sebenar
Challenges give students a clear problem, a deadline and a reason to build, document and share. Cabaran memberikan pelajar masalah yang jelas, tarikh akhir dan dorongan untuk membina, mendokumentasi dan berkongsi.
If you represent a school, technical college or university and would like to get involved, email hello@domechy.com. Jika anda mewakili sekolah, kolej teknikal atau universiti dan berminat untuk terlibat, hantarkan e-mel ke hello@domechy.com.
The idea is simple Ideanya mudah
When one of us learns something, the rest of us should be able to find it. Apabila seorang daripada kita mempelajari sesuatu, orang lain sepatutnya boleh menemuinya.
A useful answer should not disappear inside a comment thread a week later, and a good project deserves to be found again long after it was posted. When knowledge, projects and models are kept in one place, Domechy becomes more useful every time somebody contributes. Jawapan yang berguna tidak sepatutnya hilang dalam ruangan komen seminggu kemudian, dan projek yang baik wajar ditemui semula lama selepas ia dikongsi. Apabila ilmu, projek dan model disimpan di satu tempat, Domechy menjadi lebih berguna setiap kali seseorang menyumbang.
Where this is going Ke mana arah Domechy
A home for people who like to build things. Sebuah tempat untuk mereka yang suka membina sesuatu.
Domechy started in Malaysia and Malaysia is still its core community, but it is now open to makers anywhere. When someone wants to learn about 3D printing, find a useful model, see what other makers are building or share their own work, I want Domechy to be one of the first places they think of. Domechy bermula di Malaysia dan Malaysia masih menjadi teras komunitinya, namun kini ia terbuka kepada maker dari mana-mana sahaja. Apabila seseorang mahu belajar tentang 3D printing, mencari model yang berguna, melihat apa yang sedang dibina oleh maker lain atau berkongsi hasil kerja sendiri, saya mahu Domechy menjadi antara tempat pertama yang mereka fikirkan.
The aim is a genuinely useful community, filled with real projects, practical knowledge and people who are willing to help each other improve, and that only works if Domechy belongs to the people who build it. Matlamatnya ialah komuniti yang benar-benar berguna, dipenuhi projek sebenar, ilmu praktikal dan orang yang sanggup membantu satu sama lain menjadi lebih baik, dan ini hanya boleh berlaku jika Domechy menjadi milik mereka yang membinanya.
Join in Sertai kami
If you build things, you are invited. Jika anda suka membina sesuatu, anda dialu-alukan.
Explore what other members are sharing, or create an account and add something of your own. Even one useful post can help somebody. Terokai apa yang sedang dikongsi oleh ahli lain, atau cipta akaun dan kongsi sesuatu daripada anda sendiri. Satu hantaran yang berguna pun mungkin dapat membantu seseorang.
Thank you to every member, teacher, lecturer and student who has shared something here or reached out to help.Terima kasih kepada setiap ahli, guru, pensyarah dan pelajar yang telah berkongsi sesuatu di sini atau menghubungi kami untuk membantu.
Ridzwan Normahazan · Founder, DomechyRidzwan Normahazan · Pengasas, Domechy