Challenge Entry · September 2026
Hotwheels Electronic Finishing Line
Voting status
Voting for the September 2026 Challenge has closed.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Dalam projek ini, 3D printer diguna untuk menghasilkan track utama yang mempunyai built – in sensor & led. Penutup elektronik juga dihasilkan menggunakan 3D printer. Projek ini saya namakan sebagai TRIMATRA TrackSense Vision.
Dalam projek ini saya menggunakan arduino yang digabungkan dengan sensor yang bertanggungjawab untuk mengesan kereta & lampu led sebagai indikator yang menunjukkan pemenang perlumbaan.
Saya menghasilkan sendiri design 3D model dengan menggunakan TinkerCAD yang mana bagi saya platform TinkerCAD telah banyak membantu saya belajar asas dalam penghasilan produk. Saya juga mengutamakan “3D printer friendly design” dengan mengetengahkan strategi rekabentuk 3D yang mengelakkan terus daripada penggunaan support untuk menjimatkan filament & printing time.
Untuk coding pula, saya menggunakan hasil coding dengan bantuan AI melalui puluhan fasa code-testing bagi menghasilkan software yang bersesuaian dengan objektif utama saya dalam penghasilan projek ini.
Akhir sekali, terhasil lah projek elektronik hotwheels finishing line seperti yang dapat anda lihat melalui video di TikTok saya di sini (https://vt.tiktok.com/ZSbJEPhvU/)
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from September 2026
RONA KACA
by Ajiqnosky
View entry →The Rehal
by myquranhub
View entry →TAP - Tak Ingat No Parent? Tap Je
by yuslab
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.