Challenge Entry · September 2026
RE:JAR — Upcycled Wireless Charging Lamp.
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
RE:JAR ialah sebuah wireless charging dock dan lampu ambient yang dihasilkan dengan memberi fungsi baharu kepada balang kaca makanan terpakai. Idea ini bermula daripada persoalan mudah, selepas isi makanan habis, adakah balang kaca ini perlu dibuang begitu sahaja?
Saya mereka komponen bercetak 3D secara custom mengikut saiz balang untuk membentuk base, housing, mekanisme bahagian atas dan struktur keseluruhan produk. Wireless charger ditempatkan pada bahagian atas dan boleh dilaraskan sudutnya untuk memudahkan penggunaan telefon ketika sedang dicas.
Balang kaca dikekalkan kerana sifatnya yang solid dan mempunyai berat yang membantu kestabilan produk. Sifat transparent kaca juga dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada lampu ambient, cahaya dari bahagian bawah dipancarkan melalui diffuser bercetak 3D di dalam balang dan menghasilkan pantulan cahaya yang lebih menarik.
Projek ini menggabungkan 3D printing, balang kaca terpakai, wireless charging module dan lampu LED untuk menghasilkan satu produk baharu yang praktikal. Daripada mencetak keseluruhan produk dari kosong, saya memilih untuk mereka bentuk berdasarkan objek yang sudah tersedia, sekali gus mengurangkan penggunaan material baharu dan memanjangkan jangka hayat balang tersebut.
Konsep ini juga selari dengan SDG 12: Responsible Consumption and Production, khususnya melalui pendekatan reuse dan upcycling. Bagi saya, Beyond the Print bukan sekadar tentang apa yang boleh dicetak menggunakan 3D printer, tetapi bagaimana 3D printing boleh digunakan untuk memberikan nilai dan fungsi baharu kepada sesuatu yang sudah wujud.

Mantap. Kalau menang jgan lupa bg stl file tuan. 😆
😁boleh adjust nanti