Artikel Komuniti

First Impression Upgrade Dari Bambu Lab A1 ke X2D Selepas 7 Bulan Guna A1

Selepas lebih kurang 7 bulan menggunakan Bambu Lab A1, saya akhirnya upgrade kepada X2D. First impression saya?

  1. Benda Yang Saya Paling Suka: AMS 2 Pro
  2. Dual Nozzle Menarik, Tapi Ada Kompromi
  3. X2D Lebih Advance, Tapi A1 Masih Sangat Praktikal
  4. Kesimpulan
  5. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Selepas lebih kurang 7 bulan menggunakan Bambu Lab A1, saya akhirnya upgrade kepada X2D. First impression saya? Mesin ini memang nampak lebih premium, lebih kemas, ada enclosure, dan lebih sesuai untuk material yang lebih advance.

Tapi secara jujur, perubahan daripada A1 ke X2D tidaklah terasa terlalu drastik untuk workflow harian, terutama kalau kita banyak print material biasa seperti PLA atau PETG.

 

Benda Yang Saya Paling Suka: AMS 2 Pro

Antara benda yang paling buat saya excited sebenarnya ialah AMS 2 Pro.

Berbanding AMS Lite, AMS 2 Pro nampak lebih matang dan lebih praktikal. Antara kelebihan yang saya suka ialah ia boleh bantu dry filament, boleh detect berapa banyak filament yang ada dalam sistem, dan pemasangan dia juga terasa lebih mudah dan kemas berbanding AMS Lite.

Bagi saya, AMS 2 Pro ini mungkin antara upgrade yang paling terasa dalam penggunaan harian, terutama kalau selalu guna banyak filament atau selalu print multi-colour.

 

Dual Nozzle Menarik, Tapi Ada Kompromi

X2D ada dua nozzle, dan atas kertas benda ini memang menarik. Cuma, nozzle kedua tidak boleh tarik filament terus daripada AMS. Jadi kalau nak guna nozzle kedua, kita perlu letak additional filament dekat luar.

Bagi saya, ini sedikit leceh sebab filament jadi exposed, terutama kalau guna material yang mudah serap kelembapan.

 

Selain itu, disebabkan kepala nozzle X2D lebih besar, dalam slicer ada kawasan tertentu pada build plate yang tidak boleh digunakan. Jadi walaupun bed size 256 × 256 mm, kita tak semestinya boleh fully optimize keseluruhan kawasan itu seperti yang dibayangkan.

X2D Lebih Advance, Tapi A1 Masih Sangat Praktikal

X2D memang ada kelebihan dari segi enclosure, material advance dan rupa mesin yang lebih profesional. Tapi dalam masa yang sama, mesin ini juga nampak lebih kompleks untuk repair sendiri berbanding A1.

A1 terasa lebih simple, terbuka dan mudah untuk troubleshoot. X2D pula nampak lebih padat dan advanced, jadi saya sedikit risau kalau berlaku masalah yang perlu repair sendiri.

Kesimpulan

Untuk first impression, saya rasa X2D ialah mesin yang menarik, tapi bukan upgrade yang semua orang wajib buat daripada A1.

Kalau banyak print PLA, PETG dan produk harian, A1 masih sangat berbaloi dan praktikal. Tapi kalau nak explore material advance, enclosure printing, AMS 2 Pro dan dual nozzle, X2D memang ada daya tarikannya.

Cuma bagi saya, upgrade paling terasa setakat ini bukan semata-mata mesin X2D, tapi lebih kepada AMS 2 Pro dan workflow baru yang dia bawa.

 

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 4

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

4 Komen

  1. harthmyth 1 minggu lalu

    Mean extra nozzle tu just boleh pakai untuk filament yang dekat luar AMS ya?

    • inhaf 1 minggu lalu

      iya betul tu, tapi ada baik nya jugak sebenarnya, sebab sesetengah material seperti TPU, dan advance material lain tak boleh guna melalui AMS 2pro pon. So kena lalu luar juga

  2. akifgeekfix 1 minggu lalu

    Tp boleh je kan 2nd nozzle tu guna another AMS2Pro.. for multicolour printing over 4 5 colour.. betul?

Scroll to Top