Artikel Komuniti

3D Print Helper by iNHAF: Addon Blender Untuk Mudahkan Workflow 3D Printing

Addon Blender ringkas untuk bantu pengguna 3D printing semak saiz model, susun ikut build plate sebenar, dan export STL dalam mm dengan lebih mudah.

  1. Masalah Dalam Workflow Biasa
  2. Apa Itu 3D Print Helper by iNHAF?
  3. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Bagi pengguna Blender yang selalu buat model untuk 3D printing, antara masalah yang paling biasa berlaku ialah salah skala bila model masuk ke slicer.

Noti daripada slicer

Dalam Blender, model mungkin nampak normal. Tapi bila import ke Bambu Studio atau slicer lain, saiz model boleh jadi terlalu kecil, terlalu besar, atau tidak ikut ukuran millimeter yang kita mahukan.

Masalah ini nampak kecil, tapi kalau selalu buat kerja 3D printing, ia boleh jadi benda yang membuang masa. Kita perlu semak unit, scale model, susun kedudukan atas build plate, pastikan model tidak terapung, dan export STL dengan setting yang betul.

Masalah Dalam Workflow Biasa

Dalam workflow biasa, pengguna Blender perlu buat banyak perkara secara manual sebelum model boleh dihantar ke slicer.

Antara kerja yang biasa dibuat ialah:

  • set scene kepada unit millimeter
  • semak saiz model
  • pastikan model berada atas permukaan plate
  • susun model ikut kawasan printer bed
  • semak sama ada model muat atau tidak
  • export STL dalam skala yang betul
  • pilih object tertentu sahaja untuk export

Kalau hanya buat satu model, mungkin tidak terasa sangat. Tapi bila banyak model atau banyak versi design, proses ini boleh jadi lambat dan mudah tersalah.

Lengkap dengan visual plate

Apa Itu 3D Print Helper by iNHAF?

3D Print Helper by iNHAF ialah addon Blender yang dibina untuk memudahkan proses persediaan model sebelum masuk ke slicer.

Addon ini bukan pengganti slicer. Sebaliknya, ia membantu pengguna buat semakan awal terus dalam Blender supaya model lebih bersedia sebelum export ke STL.

Dengan addon ini, pengguna boleh set scene kepada mm, jana build plate ikut saiz printer sebenar, semak saiz model, pastikan model berada atas plate, dan export STL dalam unit millimeter.

Addon ini masih dalam proses pembikinan dan belum lagi fully optimized. Buat masa sekarang, saya masih menguji fungsi, workflow dan kesesuaian addon ini untuk kegunaan sebenar dalam Blender.

Jika ramai yang berminat, saya akan cuba usahakan untuk kemaskan lagi addon ini supaya lebih stabil, mudah digunakan dan sesuai untuk workflow 3D printing harian.

Saya juga sangat alu-alukan sebarang idea tambahan, pandangan atau cadangan daripada pengguna Blender dan komuniti 3D printing supaya addon ini boleh diperbaiki dengan lebih baik pada versi seterusnya.

 
 
 

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 2

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

2 Komen

  1. MeistaX 1 minggu lalu

    menarik! ada rancangan untuk tambah preset printer-printer marhaen?

    • inhaf 1 minggu lalu

      di sebabkan banyak sangat jenis printer, so akan ada option custom bed saiz, manualy masuk ukuran

Scroll to Top