Getting Started

Cara dan tips pemilihan printer bagi beginner

Cara dan tips pemilihan printer bagi beginner

Hi semua! Ada ke yang dekat sini masih sedang survey printer? Tak tahu nak pilih mana? Meh saya bagi tips sikit.

Tentukan Budget Anda

Jangan terikut ikut beli mesin mahal kalau baru nak mencuba.

Kategori Bajet Bawah RM1,000 : Sangat bagus untuk mula belajar selok-belok 3D printing tanpa risiko modal besar.

Kategori Pertengahan (RM1,000 – RM2,000+): Dapatkan mesin yang lebih stabil, laju, dan ada fungsi moden (auto calibration).

Nota: Jangan lupa asingkan sedikit bajet untuk beli filament

2. Adakah Anda Suka “Tinker” (Ubahsuai) atau Mahu “Plug & Play”?

Jenis “Tinker” (Contoh: Model lama/bajet): Anda kena pasang sendiri dari A sampai Z, belajar ketatkan skru, dan set manual bed leveling. Bagus untuk faham mekanikal mesin, tapi perlukan kesabaran tinggi.

Jenis “Plug & Play” (Contoh: Model moden masa kini): Buka kotak, pasang beberapa bahagian utama, tekan skrin, dan terus boleh print. Sangat disyorkan untuk pemula yang tak mahu pening kepala.

3. Saiz Tapak Printing (Print Volume)

Fikirkan apa yang anda nak print.

Kalau sekadar nak print mainan kecil, aksesori meja, atau model pasu comel, saiz kecil (seperti 180mm x 180mm) sudah cukup memadai.

Kalau nak buat bahagian cosplay atau objek besar, cari saiz standard sekurang kurangnya 220mm x 220mm ke atas.

4. Ciri ciri Moden yang Memudahkan Hidup Newbie

Auto Bed Leveling (ALB): Ciri paling wajib ada! Mesin akan laraskan kerataan tapak secara automatik. Jimat masa dan selamatkan anda daripada frust meneliti kertas A4 untuk leveling.

Power Loss Recovery: Printer yang boleh sambung printing sendiri kalau tiba tiba rumah blackout atau terpadam suis.

Filament Runout Sensor: Mesin akan pause sendiri kalau habis filament, tak ada lah nanti print angin! (ghost print)

Antara cadangan printer untuk newbie :

Bambu Lab A1 Series 3D Printers

  • Model: Bambu Lab A1 Mini atau Bambu Lab A1

Kenapa sesuai untuk newbie:

Konsep plug & play – kotak, pasang beberapa skru, terus boleh print tanpa perlu setting rumit.

Printing yang sangat pantas berbanding printer tradisional.

Mempunyai Sistem auto calibration dan auto bed leveling yang sangat canggih (kurang risiko failed print).

Ada pilihan untuk upgrade sistem cetak pelbagai warna (multi color dengan AMS Lite).

Kekurangan: Saiz tapak untuk A1 Mini agak kecil (sesuai untuk projek sederhana/kecil).

ENDER-3 V3 SE FDM PRINTER | DigiKey Electronics

  • Model: Creality Ender 3 V3 SE atau Ender 3 V3 KE

Kenapa sesuai untuk newbie:

Harga lebih mampu milik dan mesra dompet pemula.

Siri “Ender” mempunyai komuniti pengguna yang sangat besar di Malaysia—kalau ada masalah rosak atau nak tanya tips, senang sangat nak dapatkan bantuan.

Versi V3 SE/KE sudah jauh lebih moden berbanding model lama (sudah ada auto bed leveling dan printing lebih laju).

Kekurangan: Perlukan sedikit penyelenggaraan manual berbanding jenama seperti Bambu Lab.

Anycubic Kobra 2

  • Model: Anycubic Kobra 2 (atau versi terkini dalam siri Kobra)

 Kenapa sesuai untuk newbie:

Menawarkan kelajuan tinggi pada tanda harga yang kompetitif.

Pemasangan awal yang sangat cepat dan mudah difahami oleh orang baru.

Akhir sekali, jangan malu bertanya dalam komuniti Domechy sebelum beli. Ramai sedia bantu beri pendapat jujur tentang mesin mana yang berbaloi dengan duit anda! Kalau ada rakan yang lebih berpengalaman dan profesional membaca, boleh bagi juga pandangan, cadangan atau ada apa apa kesilapan, boleh beritahu saya.

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 0

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

Scroll to Top