Featured image for Bambu Lab A2L teaser article showing the teaser envelope card and a silhouette of a 3D printer in the background
Ridzwan Normahazan

written on 28 May 2026

Bambu Lab A2L: Pratonton Model Terbaru Bambu Lab

Bambu Lab baru sahaja memuat naik satu teaser beberapa minit lepas. June 1st, 4 PM CEST. Sesuatu akan diumumkan, dan berdasarkan teaser tersebut, nampaknya ia sesuatu yang besar.

Produk ini dipanggil A2L. Bambu Lab masih belum mengesahkan spesifikasi penuh lagi, jadi buat masa ini, ini hanyalah spekulasi berdasarkan teaser tersebut sahaja.

Bambu Lab A2L teaser
Pratonton yang dimuat naik Bambu Lab

Huruf “L” Kemungkinan Besar Bermaksud Large

Teaser tersebut menyebut “Creative Playground. Extra Large.” Pada kad dalam imej itu juga tertulis “It’s a BIG one.” Jika digabungkan dengan nama A2L, huruf “L” kemungkinan besar merujuk kepada Large. Mungkin kita sedang melihat printer dengan build volume yang lebih besar berbanding siri A standard, tetapi setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi.

Siapakah Target Market A2L?

Nama A2 memberi gambaran bahawa model ini mungkin berada di atas A1 dan A1 Mini dalam barisan printer bedslinger Bambu. Jika betul, A2L mungkin menjadi versi large format untuk generasi tersebut.

Setakat ini, siri A boleh dianggap sebagai barisan Bambu yang lebih mesra pengguna baru berbanding siri lain. Jadi jika A2L mengikuti arah yang sama, ini mungkin sebuah large format printer untuk beginner atau casual user yang mahukan build volume lebih besar tanpa perlu masuk ke siri yang lebih advanced. Ayat “Creative Playground. Extra Large.” juga agak menyokong idea tersebut.

Jika Bambu dapat mengekalkan harga yang agresif, large format bedslinger yang disasarkan kepada beginner boleh menjadi pesaing yang serius kepada pilihan lain di pasaran.

Teaser ini masih belum mengesahkan produk penuh, tetapi mesejnya agak jelas: Bambu Lab mahu orang ramai fikir tentang sesuatu yang besar. Kita akan tahu jawapannya pada June 1st.

Nota: Artikel ini hanya berdasarkan imej teaser dan caption yang dikeluarkan oleh Bambu Lab pada waktu artikel ini ditulis. Spesifikasi sebenar A2L, build volume, fungsi, harga, dan posisi produk masih belum disahkan secara rasmi. Sebarang tafsiran dalam artikel ini harus dianggap sebagai spekulasi sehingga Bambu Lab mendedahkan maklumat penuh pada June 1st.

Scroll to Top