Adaptive Feeding Aid
Adaptive Feeding Aid – FEED ME
- 6 downloads
- 13 MB download size
Adaptive Feeding Aid – FEED ME
Tentang projek ini:
Projek ini saya hasilkan khas untuk anak saya bagi membantu keperluan dia semasa makan.
Feeding aid ini menggunakan mekanisme ringkas untuk membantu pergerakan sudu, terutamanya bagi individu yang mempunyai kekuatan tangan atau kawalan pergerakan yang terhad.
Bagaimana ia berfungsi?
Bearing 608: Membantu menstabilkan kedudukan sudu supaya makanan tidak mudah tertumpah semasa pergerakan.
Dua sendi mekanikal: Membolehkan sudu bergerak secara mendatar dan menegak.
Getah: Membantu pergerakan mengangkat sudu pada paksi Z.
Pilihan pemasangan
Saya menghasilkan dua versi:
Versi TMT Wheelchair: Untuk dipasang pada meja kerusi roda TMT.
Versi Apit G: Untuk dipasang pada meja atau permukaan yang sesuai.
Bahan dan komponen
Komponen cetakan 3D: PETG
Bearing: 608ZZ (x3), MR84ZZ (4x *kalau xnak guna spacer dalam file)
Skru M4x30 (x4), M4 nut (x4), M8x45 (x1), M8 nut (x1)
Getah
Electric Tape, (dalam gambar saya guna tape paip)
** Setup sudu:
1. Bengkok kan sudu (seperti dalam gambar)
2. Tapekan tangkai sudu beberapa lilit
3. sumbatkan kedalam bearing (seperti dalam gambar)
4. beberapa lilit tape untuk bearing
5. sumbatkan bearing kedalam (ZROD TO SPOON_FEED ME)
Status projek:
Projek ini masih dalam peringkat prototaip dan dibangunkan berdasarkan keperluan anak saya sendiri. Reka bentuk ini masih boleh ditambah baik dan disesuaikan mengikut keperluan pengguna.
Saya kongsikan projek ini supaya orang lain boleh mencuba, belajar dan menambah baik reka bentuk ini untuk kegunaan assistive technology mereka sendiri.
Saya bina untuk anak saya, dan saya kongsikan supaya ia mungkin dapat membantu orang lain juga.
Nota: Prototaip ini belum disahkan untuk kegunaan umum. Penilaian keselamatan perlu dilakukan sebelum digunakan.
Create a free account or continue as a guest with your email. Daftar akaun percuma atau teruskan sebagai tetamu menggunakan e-mel.
Already a member? Log inPrint notes
Material : PETG
Infill : Gyroid
More free models
Licence
Free for personal use. Not for resale.
This model is released under a personal use licence. You are welcome to print it for yourself, print one as a gift, and modify it for your own use. Photos of your prints are always welcome, on Domechy or anywhere else.
What is not permitted: selling printed copies, uploading the files to other model sites, or including them in a paid product or bundle. If you want to sell prints of this model or use it commercially, that is usually fine by arrangement. Get in touch and we will sort out a licence.
Want to know when a new free model is uploaded?
Subscribe and we will email you whenever a new free model lands on Domechy.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.