Adaptive Feeding Aid – FEED ME
Tentang projek ini:
Projek ini saya hasilkan khas untuk anak saya bagi membantu keperluan dia semasa makan.
Feeding aid ini menggunakan mekanisme ringkas untuk membantu pergerakan sudu, terutamanya bagi individu yang mempunyai kekuatan tangan…Adaptive Feeding Aid – FEED ME
Tentang projek ini:
Projek ini saya hasilkan khas untuk anak saya bagi membantu keperluan dia semasa makan.
Feeding aid ini menggunakan mekanisme ringkas untuk membantu pergerakan sudu, terutamanya bagi individu yang mempunyai kekuatan tangan atau kawalan pergerakan yang terhad.
Bagaimana ia berfungsi?
Bearing 608: Membantu menstabilkan kedudukan sudu supaya makanan tidak mudah tertumpah semasa pergerakan.
Dua sendi mekanikal: Membolehkan sudu bergerak secara mendatar dan menegak.
Getah: Membantu pergerakan mengangkat sudu pada paksi Z.
Pilihan pemasangan
Saya menghasilkan dua versi:
Versi TMT Wheelchair: Untuk dipasang pada meja kerusi roda TMT.
Versi Apit G: Untuk dipasang pada meja atau permukaan yang sesuai.
Bahan dan komponen
Komponen cetakan 3D: PETG
Bearing: 608ZZ (x3), MR84ZZ (4x *kalau xnak guna spacer dalam file)
Skru M4x30 (x4), M4 nut (x4), M8x45 (x1), M8 nut (x1)
Getah
Status projek
Projek ini masih dalam peringkat prototaip dan dibangunkan berdasarkan keperluan anak saya sendiri. Reka bentuk ini masih boleh ditambah baik dan disesuaikan mengikut keperluan pengguna.
Saya kongsikan projek ini supaya orang lain boleh mencuba, belajar dan menambah baik reka bentuk ini untuk kegunaan assistive technology mereka sendiri.
Saya bina untuk anak saya, dan saya kongsikan supaya ia mungkin dapat membantu orang lain juga.
Nota: Prototaip ini belum disahkan untuk kegunaan umum. Penilaian keselamatan perlu dilakukan sebelum digunakan.