Artikel Komuniti

Buku Baharu Saya: Jana Pendapatan dengan Skill 3D Printing Business

Selepas melalui proses menulis, menyusun dan memperbaiki kandungan selama beberapa bulan, akhirnya buku baharu saya bertajuk Jana Pendapatan dengan Skill 3D Printing Business sudah siap.

  1. Kenapa Saya Hasilkan Buku Ini?
  2. Apa yang Akan Dipelajari?
  3. Bukan Sekadar Ajar Cara Print
  4. Lengkap dengan Ilustrasi dan Video Pembelajaran
  5. Pilihan Pakej Buku
  6. Basic — RM55
  7. Standard — RM97
  8. Premium — RM143
  9. Siapa yang Sesuai Membaca Buku Ini?
  10. Dapatkan Diskaun 15% di TikTok Shop
  11. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Selepas melalui proses menulis, menyusun dan memperbaiki kandungan selama beberapa bulan, akhirnya buku baharu saya bertajuk Jana Pendapatan dengan Skill 3D Printing Business sudah siap.

Buku ini bukan sekadar menerangkan cara menggunakan mesin 3D printer. Fokus utamanya adalah untuk membantu pembaca memahami keseluruhan proses, daripada mengenali teknologi 3D printing, mereka bentuk produk sendiri, mengatasi kegagalan cetakan sehinggalah menentukan kos dan mula menjual produk.

Kenapa Saya Hasilkan Buku Ini?

Ramai yang membeli 3D printer kerana tertarik melihat pelbagai produk yang boleh dihasilkan. Namun, selepas beberapa bulan, ada yang mula berhenti kerana tidak tahu produk apa hendak dibuat, sering mengalami kegagalan cetakan atau tidak tahu cara menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan.

Sebab itu saya hasilkan buku ini sebagai panduan yang lebih tersusun. Saya mahu pembaca memahami bahawa memiliki mesin sahaja belum mencukupi. Kita juga perlu belajar asas reka bentuk, pemilihan material, pengiraan kos, penetapan harga dan cara membangunkan produk yang mempunyai nilai.

Apa yang Akan Dipelajari?

Buku ini mengandungi 16 bab yang disusun secara berperingkat. Pembaca akan bermula dengan pengenalan kepada dunia 3D printing sebelum pergi kepada topik yang lebih praktikal dan berkaitan dengan perniagaan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah:

  • Potensi sebenar teknologi 3D printing

  • Perkara yang perlu diketahui sebelum membeli mesin

  • Hidden cost yang ramai tidak sedar

  • Pemilihan mesin dan material

  • Asas 3D printing yang wajib difahami

  • Software 3D yang sesuai untuk pemula

  • Cara mereka bentuk produk yang praktikal

  • Cara mencari idea produk yang boleh dijual

  • Test print, kegagalan dan troubleshooting

  • Pengiraan kos produk

  • Cara menetapkan harga jualan

  • Pemasaran dan realiti bisnes 3D printing

Bukan Sekadar Ajar Cara Print

Saya tidak mahu buku ini hanya menunjukkan cara menekan butang “Print”. Pembaca juga perlu memahami kenapa cetakan boleh gagal dan bagaimana hendak mencari puncanya.

Dalam buku ini, saya kongsikan perkara seperti warping, stringing, masalah lekatan pada build plate, layer shift dan support failure. Setiap masalah diterangkan bersama punca serta cadangan penyelesaian yang mudah difahami.

Matlamatnya adalah supaya pembaca tidak terus berputus asa apabila hasil pertama tidak menjadi.

Lengkap dengan Ilustrasi dan Video Pembelajaran

Buku ini dipenuhi dengan ilustrasi berwarna untuk memudahkan pembaca memahami topik yang agak teknikal. Ia sesuai untuk pemula, pelajar dan mereka yang baru mahu meneroka bidang 3D printing.

Bergantung pada pakej yang dipilih, pembaca juga boleh mendapat akses kepada video pembelajaran seperti:

  • Blender 3D

  • Onshape

  • Bambu Studio

  • Adobe Illustrator

  • Rhinoceros 3D

  • Tinkercad

Turut disediakan video panduan setiap bab, kursus asas Bambu Studio, bahan projek dan kandungan tambahan untuk membantu pembaca belajar secara visual.

Pilihan Pakej Buku

Terdapat tiga pilihan pakej mengikut keperluan pembaca:

Basic — RM55

Sesuai untuk pembaca yang mahukan buku fizikal dan akses ke komuniti pembaca.

Standard — RM97

Pilihan paling berbaloi dengan buku fizikal, komuniti premium, spreadsheet pengiraan bisnes, video pembelajaran buku, kursus Bambu Studio dan bonus eBook.

Premium — RM143

Pakej paling lengkap dengan semua kandungan Standard serta kajian kes produk ATUR, pembelajaran enam software 3D, Creator Course Series, fail STL, aset projek dan siri eksklusif proses mereka bentuk produk baharu.

Siapa yang Sesuai Membaca Buku Ini?

Buku ini sesuai untuk:

  • Pemula yang sedang mempertimbangkan untuk membeli 3D printer

  • Pengguna yang sudah mempunyai mesin tetapi masih tidak tahu hendak menghasilkan produk apa

  • Pelajar yang mahu memahami 3D printing dan reka bentuk produk

  • Peniaga kecil yang mahu menghasilkan produk sendiri

  • Mereka yang mahu menjadikan 3D printing sebagai hobi yang boleh menjana pendapatan

Anda tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang reka bentuk atau kejuruteraan untuk bermula. Kandungannya disusun dari asas supaya lebih mudah diikuti.

Dapatkan Diskaun 15% di TikTok Shop

Buku Jana Pendapatan dengan Skill 3D Printing Business kini boleh dibeli melalui TikTok Shop.

Gunakan kod promo:

INHAFMECHY15

Anda akan menerima diskaun 15% untuk pembelian buku atau pakej pilihan anda.

Jika anda mahu belajar menghasilkan produk sendiri dan memahami bagaimana skill 3D printing boleh dikembangkan menjadi satu sumber pendapatan, buku ini boleh menjadi langkah pertama untuk anda bermula dengan lebih jelas dan tersusun.

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 0

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

Scroll to Top