Snapmaker akhirnya melancarkan platform model 3D mereka sendiri. Ia dinamakan Snapmaker Space, boleh dilayari di models.snapmaker.com, dan buat masa ini masih dalam closed beta untuk pemilik U1. Bersama platform ini ada sistem mata dan beberapa pertandingan, jadi sekarang ada ganjaran jika anda berkongsi model anda di sana.
Prusa ada Printables, Bambu Lab ada MakerWorld, dan Creality ada Creality Cloud. Snapmaker merupakan satu-satunya jenama besar yang belum mempunyai platform seperti ini, yang bermakna pemilik U1 yang mencari model multi-colour terpaksa pergi ke platform jenama lain, kemudian melakukan sendiri setup warna dan material untuk model tersebut.
Apa Yang Anda Dapat
Model di platform ini datang bersama print profile yang sudah disediakan khas untuk U1. Apabila anda buka satu halaman model, profile tersebut akan memaparkan masa cetakan, jumlah filament, saiz nozzle, bilangan plate, dan pecahan berapa gram setiap warna yang diperlukan. Sebagai contoh, satu model katak pokok Jawa di platform ini memaparkan 17.1 jam, 233 g filament, nozzle 0.4 mm dan empat plate, kemudian memecahkan penggunaan bahan kepada 23 g, 72 g, 46 g, 32 g, 55 g dan 4 g mengikut warna.
Selepas itu, anda boleh muat turun file 3MF, muat turun original file, atau terus tekan Open in Snapmaker Orca dan hantar terus ke printer.

Full Spectrum juga berfungsi terus dari platform ini, dan Snapmaker menyatakan koleksi model Full Spectrum mereka sedang bertambah. Model jenis ini membolehkan U1 menghasilkan lebih banyak warna berbanding empat warna yang anda gunakan, jadi dengan model yang sudah disediakan, anda tidak perlu setup sendiri proses percampuran warna tersebut.
Platform ini boleh diakses melalui web, dalam Snapmaker Orca, dan dalam Snapmaker App. Senarai favourite, like dan print history anda akan disync merentasi ketiga-tiganya.
Snapmaker menyatakan koleksi mereka sekarang melebihi 1,000 model multi-colour dan multi-material. Daripada mengisi platform dengan model test buatan sendiri, mereka membawa masuk designer yang sedia ada menerbitkan karya di MakerWorld dan Printables, jadi bahagian featured dipenuhi hasil kerja yang siap dan kemas, bukan sekadar bracket dan calibration cube.
Apa Yang Anda Dapat Kalau Kongsikan Model Anda
Snapmaker Space menyediakan sistem mata dengan peraturan yang telah berkuat kuasa. Anda bakal mendapat sehingga 20 mata apabila melengkapkan maklumat profile anda, sehingga 50 mata apabila berkongsi model, dan sehingga 15 mata apabila berkongsi print profile. Bagi Model Creation Rewards dan Print Profile Rewards pula, tiada had masa dan tiada had jumlah mata yang boleh dikumpulkan. Mata ini boleh digunakan di Points Store platform tersebut, dan Snapmaker menyatakan program penuh untuk creator akan diumumkan di laman web rasmi serta channel komuniti mereka.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran kewangan melalui pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan Beyond One Material ditutup untuk penyertaan pada 25 Ogos dengan 47 penyertaan, dan struktur hadiahnya ialah satu grand prize berupa gift card Snapmaker bernilai 600 USD, dua hadiah kedua bernilai 400 USD, dan lapan hadiah ketiga bernilai 200 USD. Proses penilaian berjalan sehingga 7 September dan pemenang akan diumumkan pada 8 September, jadi belum ada sesiapa yang menerima hadiah setakat ini. 47 penyertaan untuk 11 hadiah merupakan nisbah yang agak baik sekiranya anda ada karya yang sesuai dengan tema.

Pertandingan yang sedang berjalan sekarang ialah Cosplay & Costume Model Design Contest sehingga 8 Oktober, dengan hadiah sebuah U1 dan VIP pass ke LA Comic Con. Snapmaker menerima karya yang sudah pernah diterbitkan di platform lain, jadi menyertai pertandingan ini tidak bermakna anda perlu menarik keluar karya anda dari platform lain.
Bolehkah Kita Jual Hasil Cetakan Dari Platform Ini?
Setiap model di platform ini mempunyai lesen, dan Snapmaker menyediakan sembilan pilihan lesen, bermula dari CC0 sehinggalah set Creative Commons dan dua lesen milik mereka sendiri. Setiap satu membenarkan perkara yang berbeza, dan ada antaranya yang langsung tidak membenarkan kita menjual barang yang kita cetak.
Jadi kalau kita mencetak untuk dijual, baca dahulu kotak lesen pada halaman model tersebut. Kami ada menulis satu panduan penuh berkenaan apa yang dibenarkan oleh setiap lesen, merangkumi Snapmaker Space, MakerWorld, Printables, Thingiverse dan Cults3D.
Cara Dapat Akses
Akses diberikan secara berperingkat kepada pemilik U1. Snapmaker meluaskan closed beta pada 25 Ogos, bermula dengan lebih kurang 1,000 pengguna sebelum berkembang ke open beta. Mereka juga menyatakan tempoh beta ini berkemungkinan mengambil masa beberapa bulan berbanding beberapa minggu, sementara mereka memperbaiki platform berdasarkan maklum balas pengguna.
Satu kempen pelancaran dijadualkan sekitar 26 dan 27 September, dan ketika itulah rollout yang lebih luas serta butiran penuh program creator dijangka diumumkan.
Sumber
- Model featured di Snapmaker Space
- Snapmaker Space is ready for a bigger Closed Beta, forum Snapmaker
- We Built a Model Site for U1. Come Break It., blog Snapmaker
Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru
Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.
Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.