News & Reviews

Revopoint POP 4: Adakah Ini Scanner 3D Terbaik Untuk Pemula?

Unboxing, dakwaan Revopoint, dan pengalaman first few days saya sebagai beginner.

BM EN
  1. Apa Yang Ada Dalam Kotak
  2. Apa Yang Ia Dakwa Boleh Buat
  3. Perbandingan Yang Revopoint Bawakan
  4. Saya Juga Tanya Terus Kepada Revopoint
  5. Setup Dan Imbasan Pertama
  6. Cuba Tiga Tracking Mode
  7. Perancangan seterusnya
  8. Dapatkan POP 4 Dengan Diskaun!
  9. Sertai Komuniti Domechy
  10. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Nota: Revopoint hantar POP 4 ni kepada saya secara percuma untuk review. Tiada pembayaran terlibat dalam penghasilan artikel ini.

Ini adalah pandangan awal sahaja. Semua perkara berkenaan kemampuan POP 4 dalam artikel ini adalah dakwaan Revopoint sendiri, bukan penilaian saya lagi. Saya akan uji 3D scanner ini dengan lebih lama dan muat naik beberapa video berkenaan pengalaman saya di masa akan datang. 

Apa Yang Ada Dalam Kotak

Revopoint telah memasukkan lebih banyak barang dalam kit ni berbanding apa yang saya jangkakan. Di dalam kotak POP 4 tersebut, kita akan dapat 3D scanner itu sendiri, carrying bag, mini turntable, calibration board, tripod, kabel USB-C ke USB-C, battery grip dengan kabel power sendiri, beberapa tracking marker high-reflection, dan set magnetic outdoor filter lens.

Semua yang datang dalam kit POP 4, disusun dalam case
Pandangan rapat 3D scanner itu sendiri

 

3D scanner tersebut mempunyai keseimbangan yang baik dalam pegangan. Ia tidak terlalu berat sehingga susah untuk dibawa, dan tidak terlalu ringan untuk membuatkan ia rasa bahan murahan. Battery grip yang disertakan pula merupakan satu sentuhan kecil yang saya suka. Bentuk battery grip tersebut membolehkan ia membawa dua fungsi berbeza, iaitu sebagai pemegang dan membekalkan kuasa kepada 3D scanner berkenaan. Tapi lain pula cerita untuk tripod dan turntable. Kedua-duanya terasa terlalu ringan, sehinggan membuatkan saya risau ia boleh patah kalau tak berhati-hati. Namun begitu, dua perkara ini hanyalah aksesosir tambahan, buat 3D scanner itu sendiri. Jadi secara keseluruhannya, saya rasa ia mempunyai keseimbangan yang baik antara kualiti dan harga yang ditawarkan, namun jangan berharap anda akan dapat set premium keseluruhannya.

Scanner sebelah MacBook, untuk perbandingan saiz

 

Apa Yang Ia Dakwa Boleh Buat

Ini pitch yang Revopoint berikan. Kebanyakan scanner untuk beginner bagus dalam satu perkara sahaja, dan lemah dalam perkara yang lain. Bahan logam berkilat, plastik gelap, barang yang mempunyai lubang yang dalam, kebanyakkan 3D scanner mampu milik sukar untuk menangani perkara-perkara ini. Revopoint mengatakan bahawa POP 4 boleh mengatasi masalah ini dengan lima mod imbasan dalam satu alat, bertukar antara infrared dan blue laser bergantung apa yang anda imbas. Di atas kertas, ini bermaksud satu scanner sahaja dah mencukupi untuk pelbagai skop kerja, tidak perlu dapatkan scanner kedua untuk skop kerja berlainan.

Mereka juga mendakwa ketepatan sehingga 0.03mm, yang kalau betul maksudnya ia boleh menangkap perincian halus, ulir skru, teks kecil, tepian yang tajam, bukan sekadar bentuk umum sesuatu objek. Perkara ini penting kalau anda imbas bahagian yang kecil untuk cetakan, namun perincian ini kurang penting jika melibatkan imbasan besar seperti perabot.

Dari segi kelajuan pula, POP 4 ini boleh mencapai sehingga 105 fps. Dalam bahasa mudah, kurang keperluan seseorang itu berdiri kaku dalam satu pose sambil tunggu scanner imbas secukupnya sesuatu permukaan.

Yang saya rasa paling menarik ialah dakwaan kemampuan POP 4 ini di luar bangunan. Cahaya matahari terik biasanya akan merosakkan hasil imbasan, sensor mengesan cahaya yang berlebihan dan data yang keluar tidak dapat digunakan. Revopoint mengatakan bahawa POP 4 boleh menguruskan imbasan dalam keadaan yang hampir dengan cahaya penuh di waktu siang, iaitu sebanyak 100,000 lux, menggunakan magnetic filter lens. Jika dakwaan ini benar, anda boleh imbas bahagian kereta di luar rumah di siang hari tanpa perlu bawa ia ke tempat tertutup.

Dari segi perisian pula, RevoScan 6 kononnya buat dua perkara yang kebanyakan scanner pada harga ini tidak boleh buat. Pertama, AI segmentation, anda tanda target sebelum imbas dan ia akan mengabaikan meja, tangan, dan latar belakang, secara automatik sewaktu proses imbasan. Selalunya kita perlu membersihkan atau membuang bahagian-bahagian tersebut secara manual selepas proses imbasan, yang mana untuk pemula yang belum biasa dengan proses ini, makan masa yang banyak. Kedua, ia boleh export sesuatu yang dipanggil 3D Gaussian Splatting, iaitu satu hasil yang lebih photo-realistic berbanding imbasan 3D biasa. Fungsi ini lebih berguna untuk VR/AR atau untuk mempamerkan hasil imbasan berbanding untuk cetakan 3D.

Skrin utama Revo Scan 6

Perbandingan Yang Revopoint Bawakan

Nombor yang paling banyak mereka sebut ialah outdoor lux rating yang dinyatakan tadi. 100,000 lux adalah angka yang bernilai hampir dua kali ganda berbanding apa yang dilaporkan untuk pesaing seperti Creality Pika, yang berada sekitar 50,000 lux walaupun dengan filter dia sendiri. 

AI segmentation dan 3DGS export pula dua perkara lagi yang mereka tekankan sebagai sesuatu yang kebanyakan pesaing pada harga ini tidak mampu berikan.

Saya Juga Tanya Terus Kepada Revopoint

Memandangkan artikel ini hanyalah berkongsi berkenaan dakwaan daripada Revopoint, saya menghantar beberapa soalan kepada kumpulan Revopoint sebelum menulis artikel ini. Ini adalah beberapa jawapan yang diberikan terhadap soalan-soalan saya.

Berkenaan target produk ini, mereka posisikan POP 4 untuk dua golongan pengguna: pemula akan dapat permulaan yang mudah dalam mempelajari pengimbas 3D melalui workflow yang intuitive dan pelbagai mod imbasan, manakala pengguna yang lebih berpengalaman dapat ketepatan dan fungsi canggih untuk kerja profesional seperti reverse engineering, product design, dan penciptaan kandungan digital. 

Menurut kumpulan Revopoint, POP 4 menggunakan Wi-Fi 6 dengan battery grip yang boleh digunakan sehingga 4 jam. Sekiranya benar, kita boleh menggunakan pengimbas 3D ini benar-benar tanpa wayar yang bersambung ke laptop. Untuk sesetengah proses imbasan, ini merupakan perkara yang sangat penting kerana mengimbas objek besar seperti kereta sambil menarik wayar yang bersambung ke komputer merupakan proses yang menjengkelkan.

Apabila ditanya apa yang mereka ingin tekankan, mereka khusus menyebut lima mod imbasan dan macam mana setiap satu sesuai untuk objek berbeza. AI segmentation untuk kurangkan kerja pembersihan, dan 3DGS modeling untuk sesiapa yang minat game development, animation, atau VR. Untuk kes penggunaan pula, mereka menyenaraikan 3D printing, reverse engineering dan product design, imbas bahagian mekanikal, imbasan luar bangunan, dan pembinaan aset digital untuk game dan VR.

Setup Dan Imbasan Pertama

Sejujurnya, ketika saya baru bermula, saya terlepas satu langkah yang penting. Kerana terlalu teruja untuk menggunakan produk ini, saya terus imbas objek-objek awal tanpa melakukan kalibrasi terlebih dahulu. Namun begitu, saya tidak berjaya mendapatkan hasil imbasan yang baik kerana ia sering hilang penjejakan objek walau apa jua mod penjejakan yang saya guna.

Selepas itu baru saya teringat, itulah fungsi papan kalibrasi yang disertakan dalam kotak tadi. Jadi saya mula semula dengan proses kalibrasi mengikut langkah-langkah yang disertakan dalam perisian RevoScan 6. Proses tersebut sangat mudah, kita perlu ikut sahaja apa yang disuruh sampai habis proses kalibrasi. Selepas tamat membuat kalibrasi, barulah saya dapat hasil imbasan yang baik.

Cuba Tiga Tracking Mode

RevoScan 6 memberikan beberapa cara untuk menjejaki objek semasa anda membuat imbasan, dan setakat ni saya telah mencuba tiga mod: feature, marker, dan color. Ada satu lagi, global marker, tapi saya tak ada objek yang sesuai untuk itu lagi.

Feature tracking berfungsi sesuai untuk digunakan pada objek dengan bentuk geometrik yang jelas, macam figura yang ada banyak banyak sisi dan perincian halus untuk scanner jejak.

Imbasan figura helang menggunakan feature tracking

 

Marker tracking pula untuk kes sebaliknya, objek licin yang tidak banyak sisi untuk scanner jejak, seperti kettlebell. Untuk mod ini, saya memerlukan sticker tracking jauh lebih banyak daripada yang saya jangka. Sejujurnya, proses untuk tampal semua sticker marker tu ambil masa lebih lama daripada proses imbasan itu sendiri. Tetapi ia berjaya, dan saya dapat imbasan yang boleh digunakan daripada situ.

Kettlebell dipenuhi dengan tracker marker untuk imbasan

Proses untuk mencantumkan hasil imbasan dalam RevoScan 6 adalah lebih senang daripada apa yang saya jangkakan. Tak banyak yang satu tahu ketika saya menggunakan perisian ini buat pertama kali, tapi setelah saya bermain-main dengannya buat seketika, saya berjaya untuk menggabungkan hasil imbasan dengan agak mudah. Untuk objek dengan ciri jelas macam figura tadi, perisian ini dapat gabung beberapa imbasan dari sudut berbeza secara automatik. Untuk objek yang lebih licin macam kettlebell, anda kena gabung secara manual, tapi proses ini juga cukup mudah bagi pemula.

Hasil gabungan beberapa imbasan berbeza

 

Color tracking merupakan kegemaran saya setakat ini, walaupun ia cuma berfungsi pada objek dengan perbezaan warna yang jelas. Setakat ini, ini adalah mod penjejakan yang paling konsisten memberikan saya hasil imbasan yang berjaya.

Proses imbasan menggunakan mod jejakan color

 

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa ini adalah kali pertama saya menggunakan 3D scanner seperti ini. Jadi pandangan saya berkenaan pilihan mod dan sebagainya mungkin berubah sekiranya saya menggunakannya dengan lebih lama selepas ini.

Perancangan seterusnya

Ini hanyalah artikel pandangan awal sahaja, bukan pandangan akhir saya lagi. Dalam beberapa minggu akan datang, saya akan cuba menggunakan POP 4 dengan lebih mendalam, dan menguji setiap dakwaan berkenaan apa yang produk ini boleh lakukan. Setelah itu, saya akan kongsikan lagi pandangan saya dan keputusan daripada ujian tersebut sama ada melalui artikel seperti ini ataupun melalui video di media sosial saya.

Dapatkan POP 4 Dengan Diskaun!

Kalau anda berminat untuk mendapatkan produk ini, Revopoint memberikan saya kod untuk pembaca di sini. Guna REVOPRRIDZ semasa checkout untuk diskaun sekurang-kurangnya 7%:

Mereka juga ada dua komuniti aktif kalau anda nak tengok perbincangan pengguna lain, iaitu Official Community dan POP Community.

Sertai Komuniti Domechy

Sambil tunggu full review, jom jadi sebahagian daripada komuniti Domechy. Kongsi projek anda sendiri, bincang masalah bersama maker lain, dan sertai cabaran bulanan untuk menangi hadiah yang menarik. Daftar akaun percuma dan sertai sekarang.

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 0

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

Scroll to Top