Adjustable Sim Racing Pedal Stand
Quick build reference
The useful details collected from this project without turning every update into a formal report.
What this project makes
Saya sedang membangunkan sebuah stand pedal sim racing yang boleh dilaraskan bagi membantu mendapatkan posisi kaki dan postur badan yang lebih selesa ketika bermain.
Overview
Sekarang saya masih menggunakan steering wheel yang dipasang terus pada meja bersama kerusi ergonomik beroda. Masalahnya, apabila pedal diletakkan rata di atas lantai, kedudukan kaki terasa kurang selesa dan tidak menyerupai posisi pemanduan kereta lumba.


Disebabkan itu, stand ini dirancang supaya mempunyai beberapa fungsi utama:
- Sudut pedal boleh dilaraskan mengikut keselesaan.
- Ketinggian pedal boleh dinaikkan atau diturunkan.
- Jarak pedal boleh digerakkan ke hadapan dan ke belakang.
- Boleh digunakan bersama kerusi ergonomik yang mempunyai roda.
- Disambungkan pada dua roda hadapan kerusi supaya kerusi dan pedal tidak bergerak ketika digunakan.
- Boleh dilipat supaya lebih mudah disimpan selepas bermain.
Stand ini juga perlu tahan lasak kerana pedal akan menerima tekanan yang agak kuat, terutamanya ketika menekan brake.
Untuk memastikan projek ini murah dan mudah dibina, saya bercadang menggunakan paip PVC setengah inci sebagai rangka utama. Beberapa bahagian seperti connector khas, pelaras sudut, engsel, pengunci dan penahan roda kerusi akan dihasilkan menggunakan 3D printer. Skru, bolt dan locking pin pula akan digunakan untuk mengunci bahagian yang boleh bergerak.

Progress Hari Ini
Setakat hari ini, saya telah:
- Mengenal pasti masalah utama pada kedudukan pedal dan postur ketika bermain.
- Menentukan fungsi asas yang perlu ada pada produk.
- Menetapkan penggunaan paip PVC dan komponen 3D print sebagai material utama.
- Merancang mekanisme pelarasan sudut, ketinggian dan jarak pedal.
- Merancang sambungan pada dua roda kerusi bagi mengelakkan pergerakan.
- Memasukkan fungsi lipatan supaya stand lebih mudah disimpan.
- Menghasilkan beberapa visual konsep menggunakan AI sebagai rujukan awal.
Buat masa ini, projek masih berada dalam fasa idea dan pembangunan reka bentuk. Beberapa visual janaan AI yang dihasilkan nampak menarik, tetapi mekanismenya masih kurang praktikal dan agak mengarut untuk dibina dalam keadaan sebenar.

Langkah seterusnya ialah menentukan ukuran sebenar, menguji kekuatan paip PVC dan menghasilkan reka bentuk mekanikal yang lebih realistik sebelum prototaip pertama dibina.
Kita tengok bagaimana projek ini berkembang dalam progress update yang seterusnya.
Materials & components list
1 itemMaterials and components listed by the project owner.
| Material / component | Brand / model | Purpose | Quantity |
|---|---|---|---|
| Pipe PVC | Plastic | Main Stracture | 10 |
Project files
CAD files, drawings, code and other assets shared by the project owner.
The project owner has not shared downloadable files yet.
Project updates
0 updatesThe project owner has not shared any progress yet.
Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.
Project discussion
Please log in to comment.
Stylee.
mantap