Jangan buang lampu solar lama, baiki dan tambah baik
Home and garden Finished 0 updates

Jangan buang lampu solar lama, baiki dan tambah baik

Link copied
cipangoreng cipangoreng Project owner
125 Views Comments 1

Quick build reference

The useful details collected from this project without turning every update into a formal report.

What this project makes

Kenal pasti kerosakan lampu solar murah dan baiki serta tambah baik

Overview

Biasanya lampu solar ni harganya murah dari Rm7-20++. Memang simple cara pasang samada pacak kat atas tanah terus boleh guna.

Cuma kekurangan dia biasanya dia datang dengan bateri cap ayam yang terlalu murah, bms, elektronik yang gred rendah. Kalau nasib baik ianya berfungsi berbulan-bulan, nasib tak baik sebulan dah kong.

Biasanya dia kong sebab bateri murah, short circuit, atau air masuk dalam elektronik. Solar panel dan LED dia biasanya sangat tahan lama dan jarang rosak.

Contoh model ni. Dulu time covid mahal jugak rm29. Tapi tahan bertahun-tahun. Model lampu solar di pasaranan berbeza, tapi biasanya ada tiga komponen asas iaitu solar module auto on bila malam, bateri dan BMS dan solar panel.

Lampu solar dibaraikan

Oleh sebab cover lampu depan dia gam mati terus, terpaksa cabut dan redesign balik cover lampu depan menggunakan material PETG Transparent.

Saya juga menukar bateri, li ion 18650,solar module dan bateri bms. BMS bateri ni penting sebab untuk kawal kemasukan charging dan stop bila dah penuh

Li Ion 18650 BMS, Solar module, bateri 18

Wiring diagram

Wiring BMS dengan Li Ion Battery

 

Solar module yang diguna

 

Untuk pasang BMS pada bateri 18650 perlu spot welding atau guna soldering iron dengan flux yang sesuai. Cuma kalau guna soldering iron hati-hati sebab perlu suhu yang tinggi, dan sekejap saja.

Add caption

WARNING : Hati-hati bila menggunakan bateri li ion atau lipo. Kesilapan polarity dan short akan mengakibatkan kerosakan dan kemudaratan serius.

Cover depan dah didesign balik guna perisian Tinkercad kerana cover asal dah rapuh kena sinaran UV

 

Atas : Cover asal
Bawah : Cover baru diprint dengan material PETG Transparent

Sebab lampu solar ni tak ada reflector, saya ambil aluminium foil dari tin milo dan potong mengikut saiz acuan lampu

Reflector diy lampu dari foil tin milo

Cover depan hanya perlu slide dari depan dan guna gam B6000 di kelilingnya. Puas hati kerana lampu lebih terang dari sebelumnya

Sekian,anda boleh cuba dengan solar LED jenis lain,biasanya sama je walaupon bentuk lain.Tetapi pastikan jenis bateri samaada jenis rechargeable AA atau li ion 18650.

Materials & components list

3 items

Materials and components listed by the project owner.

Material / component Brand / model Purpose Quantity
Li lion 1s BMS — Stop charging bila dah penuh dan stop discaj minimum voltage 1
18650 battery Pro DIY — 1
Universal Solar Controller Generic Brand Kawal on off bila malam lampu on, charge bateri bila siang 1

Project files

CAD files, drawings, code and other assets shared by the project owner.

No project files yet

The project owner has not shared downloadable files yet.

Project updates

0 updates
No updates yet.

The project owner has not shared any progress yet.

Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.

Project discussion

  • Ridzwan Normahazan 1 month ago

    berguna ilmu ni. terima kasih kongsikan

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top