Learning Light for Jawi with Wayang Motifs
Quick build reference
The useful details collected from this project without turning every update into a formal report.
What this project makes
Final Year Project (Industrial Design)
Overview
Penerangan Projek
FYP ini memfokuskan pembelajaran tulisan Jawi untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan menggabungkan elemen warisan Melayu, khususnya motif Wayang Kulit (bayang).
Projek ini tercetus daripada keperluan untuk menjadikan pembelajaran Jawi lebih menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Konsep cahaya dan bayang diinspirasikan daripada Wayang Kulit digunakan bersama bahan pembelajaran interaktif untuk membantu kanak-kanak mengenal huruf dan perkataan Jawi.
Pada awalnya, terdapat 20 idea awal yang saya perlu hasilkan melalui proses lakaran. Daripada 20 idea tersebut, 4 konsep dipilih untuk dinilai dengan lebih lanjut sebelum satu konsep akhir dipilih untuk dibangunkan dan menghasilkan prototaip. Selepas memilih konsep akhir, saya membangunkan design tersebut dalam SolidWorks sebelum meneruskan ke proses prototaip.


Produk ini dibangunkan menggunakan 3D printing dengan bahan PETG, serta mengintegrasikan komponen seperti Arduino, LED, joystick, servo motor dan lain-lain bagi menghasilkan interaksi dan pergerakan pada produk.





Sejujurnya prototaip yang dihasilkan masih mempunyai banyak kekurangan dan masalah teknikal, saya melihat projek ini sebagai satu asas untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Saya berharap dapat memperbaiki dan mengembangkan projek ini setelah memperoleh lebih banyak ilmu, kemahiran dan pengalaman.
The project owner has not listed the materials, components or quantities used yet.
Project files
CAD files, drawings, code and other assets shared by the project owner.
The project owner has not shared downloadable files yet.
Project updates
0 updatesThe project owner has not shared any progress yet.
Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.
Project discussion
Please log in to comment.
wah projek ni menarik. boleh saya kongsikan projek ni dekat Facebook page saya?
Haza min fadli rabbi. Boleh boleh 👍
best nya dapat buat project yang boleh mix dengan teknologi🤩🤩
Alhamdulillah, best! satu cabaran & ilmu baru sebab kena belajar sendiri 😄