Onde2Go!

← Back to Monthly Challenge Challenge October–November 2026

Challenge Entry · October–November 2026

Onde2Go!

NH_Farhan NH_Farhan 20 Nov 2026

Vote for this entry

Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.

Share this entry

About this entry

Hi warga Domechy, seperti yang sedia maklum Onde-onde merupakan kuih tradisi rakyat Malaysia: bebola hijau yang lembut dan kenyal, berintikan gula melaka cair dan disalut kelapa parut segar. Intinya juga boleh dipelbagaikan menggunakan labu atau keledek manis. Permainan ‘Onde 2 Go!’ diadaptasi dari kuih warisan ini.

Cara Bermain ‘Onde 2 Go!’
– Pemain disyorkan berumur 4 tahun dan keatas
– Boleh dimainkan seramai 2-4 orang pemain
– Pemain memutarkan roda untuk arahan yang perlu diikuti
– Setiap arahan perlu meletakkan kuih di atas pinggan imbang
– Terdapat juga arahan untuk mengeluarkan kuih dari pinggan imbang
– Pemain akan dikira kalah jika menyebabkan kuih terjatuh

Proses dan Prinsip Pembuatan
Setiap Kuih Onde-onde dibentuk dengan tangan menggunakan ‘air-dry clay’. Manakala kotak simpanan, papan imbang dan roda arahan dihasilkan daripada kotak kadbod terpakai yang dihiasi dengan kertas cetak bercorak. Dibawah pinggan imbangan diletakkan ‘balancer’ agar tidak mudah jatuh.

Selain hiburan seisi keluarga, ‘Onde2Go!’ turut melatih kemahiran motor halus kanak-kanak serta mengajar mereka berfikir dengan kritis sebelum bertindak. Selain itu, saiz yang kompak memudahkan permainan ini dibawa kemana sahaja.

Community discussion

Discuss this entry

Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

Want to make something too?

Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top