Challenge Entry · October–November 2026
Match The Color
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
1. Idea Permainan
Permainan Match the Color merupakan satu aktiviti pembelajaran yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengenal pasti, mengecam dan memadankan warna. Permainan ini menggunakan bola berwarna-warni yang perlu dipadankan dengan warna yang sama pada penutup botol. Aktiviti ini dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan di samping meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata serta tangan kanak-kanak.
2. Kumpulan Umur Sasaran
Permainan ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 7 tahun, khususnya kanak-kanak prasekolah dan murid Tahun 1. Hal ini kerana permainan ini sesuai dengan tahap perkembangan mereka yang sedang mempelajari asas mengenal dan membezakan warna.
3. Cara Bermain
4. Letakkan kotak permainan di atas permukaan yang rata.
5. Sediakan bola yang mempunyai pelbagai warna.
6. Kanak-kanak perlu memilih satu bola daripada pilihan yang disediakan.
7. Padankan bola tersebut dengan penutup botol yang mempunyai warna yang sama.
8. Ulang langkah tersebut sehingga semua bola berjaya dipadankan dengan warna yang betul.
9. Bahan yang Digunakan
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan permainan ini ialah:
– Kotak terpakai.
– Water color (cat air).
– Bola berwarna-warni.
– Penutup botol plastik.
5. Bagaimana Kami Membinanya
Permainan ini dibina dengan menggunakan sebuah kotak terpakai sebagai tapak utama permainan. Seterusnya, penutup botol dikumpulkan dan diwarnakan menggunakan cat air dengan pelbagai warna seperti merah, kuning, biru, putih dan hitam. Setelah cat kering, penutup botol dilekatkan pada bahagian dalam kotak dengan susunan yang sesuai. Akhir sekali, bola berwarna-warni disediakan mengikut warna penutup botol yang telah dihasilkan. Permainan ini siap digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk aktiviti mengenal dan memadankan warna.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
Roket Ceria
by aszyqinzain
View entry →The Magnetic Numbering Tree
by fhksamad
View entry →Match book
by hasanahsidik
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.