Challenge Entry · October–November 2026
Jom Kira, Jom Klip!
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
JOM KIRA, JOM KLIP!
1. Idea Permainan
Jom Kira, Jom Klip! merupakan satu permainan pendidikan yang direka untuk membantu kanak-kanak mempelajari asas matematik melalui kaedah pembelajaran secara bermain (*learning through play*). Permainan ini memberi penekanan kepada kemahiran mengenal nombor, membilang dan memadankan nombor dengan kuantiti yang betul melalui aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.
2. Kumpulan Sasaran
Permainan ini disasarkan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, khususnya kanak-kanak prasekolah yang sedang mempelajari kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor dan membilang.
3. Cara Bermain
Kanak-kanak perlu mengenal pasti nombor yang tertera pada kad, mengira jumlah titik yang terdapat pada kad tersebut dan memasangkan klip baju mengikut kuantiti nombor yang ditunjukkan. Sebagai contoh, bagi kad nombor 3, kanak-kanak perlu memasangkan sebanyak tiga klip baju. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua kad nombor berjaya diselesaikan.
4. Bahan yang Digunakan
Permainan ini menggunakan kad nombor yang diperbuat daripada kertas warna dan dilengkapi dengan simbol nombor serta titik yang mewakili kuantiti tertentu. Selain itu, klip baju plastik berwarna-warni digunakan sebagai bahan manipulatif untuk membantu kanak-kanak memadankan bilangan klip dengan nombor yang betul.
5. Proses Pembinaan Permainan
Permainan ini dibina dengan menyediakan beberapa keping kertas warna yang dipotong kepada saiz yang sesuai untuk dijadikan kad nombor. Seterusnya, nombor 1 hingga 5 ditulis pada setiap kad bersama simbol titik mengikut nilai nombor tersebut. Kemudian, klip baju plastik berwarna-warni disediakan sebagai bahan manipulatif untuk aktiviti membilang dan memadankan kuantiti. Akhir sekali, semua bahan disusun dan diperiksa bagi memastikan permainan boleh digunakan dengan mudah dan berkesan oleh kanak-kanak.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
RACE & SCORE
by Amira Nadia
View entry →Soccer Goal
by fina
View entry →KOTAK INGATAN - Sentuh, Jawab & Belajar!
by mazmitech
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.