Challenge Entry · October–November 2026
CATERPILLAR TURBO CHALLENGE
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
CATERPILLAR TURBO CHALLENGE
Permainan Tiupan Ulat Kertas
1. Nama Permainan
Caterpillar Turbo Challenge (Cabaran Ulat Pantas)
2. Umur Sasaran
Kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun
3. Objektif Permainan
1. Melatih koordinasi antara mata dan pergerakan peserta.
2. Mengembangkan kemahiran kawalan pernafasan melalui aktiviti meniup.
3. Meningkatkan fokus dan daya tumpuan kanak-kanak.
4. Memupuk semangat kesukanan dan persaingan secara sihat.
4. Bahan-bahan
1. Kertas warna.
2. Penyedut minuman (straw).
3. Gunting.
4. Pen marker.
5. Pita pelekat.
6. Garisan permulaan dan garisan penamat.
5. Cara Permainan
1. Setiap peserta diberikan seekor ulat yang diperbuat daripada kertas warna dan sebatang penyedut minuman.
2. Ulat kertas diletakkan di garisan permulaan yang telah ditetapkan.
3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta perlu meniup ulat kertas menggunakan penyedut minuman supaya ulat tersebut bergerak ke hadapan.
4. Peserta perlu terus meniup ulat masing-masing sehingga melepasi garisan penamat.
5. Peserta yang berjaya membawa ulat kertas melepasi garisan penamat terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
6. Kemahiran Perkembangandan kebolehan mengawal emosi. |
Permainan Caterpillar Turbo Challenge dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan bahasa. Dari aspek fizikal, aktiviti meniup ulat kertas dapat melatih kawalan pernafasan dan koordinasi pergerakan. Dari aspek kognitif pula, kanak-kanak dapat merangsang pemikiran dengan menggunakan strategi untuk menggerakkan ulat dengan lebih pantas. Selain itu, permainan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial melalui interaksi bersama rakan serta memupuk semangat persaingan yang sihat. Dari aspek emosi, kanak-kanak dapat membina keyakinan diri, kesabaran dan belajar menerima kemenangan atau kekalahan. Akhir sekali, kemahiran bahasa turut dikembangkan melalui pemahaman arahan dan komunikasi sepanjang aktiviti dijalankan.
7. Aspek Keselamatan
1. Pastikan penyedut minuman bersih dan digunakan secara individu.
2. Pastikan kawasan permainan rata, bersih dan bebas daripada objek yang boleh menyebabkan peserta terjatuh.
3. Gunakan gunting yang bersesuaian dan pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa aktiviti penyediaan bahan.
4. Elakkan peserta berlari atau menolak rakan ketika permainan berlangsung.
5. Pastikan ulat kertas tidak mempunyai bahagian tajam atau hujung yang boleh mencederakan peserta.
6. Guru atau fasilitator perlu mengawasi kanak-kanak sepanjang aktiviti.
8. Kesimpulan
Permainan *Caterpillar Turbo Challenge* merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan dapat memberikan pengalaman pembelajaran melalui bermain kepada kanak-kanak. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan pergerakan, melatih kawalan pernafasan serta mengembangkan kemahiran sosial dan emosi. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk keyakinan diri, kesabaran dan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
Carrom fight
by imran
View entry →Bola hidraulik picagari
by munsyi
View entry →Treasure Chess
by bettytheprintguy
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.