Cabaran Domechy Ogos 2026 — tengkunajib

← Back to Monthly Challenge Challenge August 2026 · Archive

Challenge Entry · August 2026

Creation by tengkunajib

tengkunajib tengkunajib 21 Aug 2026

Voting status

Voting for the August 2026 Challenge has closed.

Share this entry

About this entry

Memperkenalkan A.L.I (Alat Longkang Inovatif), sebuah alat separa automatik yang direka untuk membantu kerja pembersihan longkang, khususnya longkang bertutup yang sukar dicapai oleh manusia.

A.L.I dikawal oleh pengguna untuk bergerak sepanjang longkang sambil menolak dan mengumpulkan sampah ke hujung longkang bagi memudahkan proses pengutipan. Inovasi ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja serta risiko keselamatan ketika melakukan pembersihan secara manual.

A.L.I menggunakan kerangka besi yang kukuh, manakala penyodoknya diperbuat daripada filamen 3D printing yang boleh diubah suai mengikut bentuk longkang seperti V-type, U-type dan flat-type. Ini menjadikan A.L.I lebih fleksibel untuk digunakan dalam pelbagai keadaan longkang di Malaysia.

Bersempena Bulan Kebangsaan, A.L.I turut mengetengahkan identiti Malaysia melalui penggunaan warna merah, biru, putih dan kuning yang diinspirasikan daripada Jalur Gemilang. Ia melambangkan semangat patriotik serta kreativiti anak Malaysia dalam menghasilkan teknologi untuk manfaat masyarakat.

A.L.I – Inovasi Anak Malaysia, Untuk Malaysia.🇲🇾

Community discussion

Discuss this entry

Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

5 Comments

  1. MeistaX 3 weeks ago

    eh! saya kenal projek ni, diorang main dekat longkang UM haritu! 😂. Terbaik.

    • Ridzwan Normahazan 3 weeks ago

      kecik betul dunia main kat longkang tapi akhirnya bertemu di domechy hahaha

  2. MeistaX 3 weeks ago

    itu lah! so bagus lah ade domechy. hahaha

  3. tengkunajib 3 weeks ago

    Ehhh hahahaha haiii mcm kenal😂

  4. imanrizki 2 weeks ago

    Dok tertunggu2 video tunjuk cara guna..tak ada rupanya😄

Want to make something too?

Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.

Scroll to Top