Artikel Komuniti

Pemenang (R)Evolution Award FORMNEXT 2026 : Drywise dari Thought3D

Artikel ini membincangkan Drywise, satu product inovase dari Thought3D. Product ini memenanig Revolution Award di FORMNEXT 2026 yang baru berlangsung.

  1. 1.FORMNEXT Revolution Award
  2. 2. Drywise
  3. 3. Kenapa dia menang?
  4. 4. Profil pengguna yang patut beli Drywise.
  5. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Kandungan Artikel

  1. FORMNEXT Revolution Award
  2. Drywise
  3. Kenapa dia menang?
  4. Profil pengguna yang patut beli Drywise

1.FORMNEXT Revolution Award

 

 

Formnext Awards merupakan anugerah yang mengiktiraf inovasi, idea dan perkembangan baharu dalam industri Additive Manufacturing.

Ia memberi pengiktirafan kepada individu, syarikat startup dan inovasi yang menyumbang kepada perkembangan industri 3D printing. Kategori dan kriteria anugerah boleh berubah mengikut edisi

2. Drywise

 
 

 

Drywise ialah sistem pengeringan filament yang dipasang di antara spool filament dan 3D printer. Daripada mengeringkan keseluruhan spool, Drywise memproses bahagian filament yang akan digunakan untuk extrusion.

Konsep ini membolehkan filament dikondisikan hampir kepada keadaan optimum sebelum memasuki hotend.

Menurut Thought3D, Drywise direka untuk membantu pengguna mengurangkan ketidakpastian dalam pengurusan filament, khususnya apabila menggunakan bahan yang hygroscopic atau mudah menyerap kelembapan daripada udara.

Teknologi ini sangat menarik untuk aplikasi industri yang memerlukan:

  • Printing dalam tempoh yang panjang.

  • Penggunaan filament engineering.

  • Konsistensi kualiti komponen.

  • Pengurangan print failure.

  • Pengurangan masa persediaan bahan.

  • Pengurusan workflow printing yang lebih efisien

Lebih info berkenaan dengan Drywise boleh pergi ke website https://drywise.co/

3. Kenapa dia menang?

Drywise dipilih kerana pendekatannya terhadap pengurusan kelembapan filament melalui sistem in-line conditioning, yang menawarkan alternatif kepada kaedah pengeringan spool secara konvensional.

Anugerah tersebut diumumkan pada 19 November 2026 di Formnext, Frankfurt, dan Thought3D mengatasi finalis Boston Micro Fabrication serta Fyous.

4. Profil pengguna yang patut beli Drywise.

Pengguna yang mengalami masalah berikut:

  1. print tempoh panjang menggunakan filament yang senang stringy seperti PETG, NYLON, PA dan engineering filament yang lain.
  2. Drying filament menggunakan filament dryer yang biasa tetapi tidak dapat hasil yang memuaskan.
  3. Pengguna yang tidak ada masa untuk menunggu filament dikeringkan dalam dryer. 

Cost untuk produk ini adalah 1499£ lebih kurang RM6500-RM7000. 

In Line drying yang diperkenalkan Oleh Drywise adalah satu invosai yang penting dan berguna untuk dunia 3D printing.  Seperti teknologi toolhead changer yang merovlusikan 3d printing, In line drying akan revolusikan filament drying. 

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 0

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

Scroll to Top