Artikel Komuniti

Bambu Lab A1 Boleh Print ABS Ke? Ini Perkara yang Anda Perlu Tahu

Bambu Lab A1 memang boleh digunakan untuk mencetak ABS, tetapi material ini tidak begitu sesuai untuk penggunaan biasa pada A1. Hal ini kerana A1 menggunakan reka bentuk terbuka, sedangkan ABS memerlukan suhu persekitaran yang stabil semasa proses cetakan.

  1. Kenapa ABS Sukar Dicetak Menggunakan A1?
  2. Masih Boleh Cuba Print ABS?
  3. Bolehkah A1 Diletakkan dalam Enclosure?
  4. Alternatif yang Lebih Sesuai
  5. Kesimpulan
  6. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Bambu Lab A1 memang boleh digunakan untuk mencetak ABS, tetapi material ini tidak begitu sesuai untuk penggunaan biasa pada A1. Hal ini kerana A1 menggunakan reka bentuk terbuka, sedangkan ABS memerlukan suhu persekitaran yang stabil semasa proses cetakan.

Kenapa ABS Sukar Dicetak Menggunakan A1?

ABS mudah mengecut apabila mengalami perubahan suhu. Disebabkan A1 tidak mempunyai enclosure, udara daripada kipas, penghawa dingin atau persekitaran boleh menyejukkan model secara tidak sekata.

Keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:

  • Bucu model terangkat atau warping

  • Layer retak dan terpisah

  • Model mengecut atau berubah bentuk

  • Cetakan tercabut daripada build plate

Masih Boleh Cuba Print ABS?

Boleh, tetapi lebih sesuai untuk model yang kecil, rendah dan mempunyai infill yang tidak terlalu tinggi. Elakkan mencetak model besar atau tinggi kerana risiko warping dan layer cracking akan menjadi lebih tinggi.

 

Untuk meningkatkan peluang cetakan berjaya:

  • Jauhkan printer daripada kipas dan penghawa dingin

  • Gunakan brim atau mouse ears

  • Pastikan build plate bersih

  • Gunakan gam jika diperlukan

  • Kurangkan penggunaan cooling fan

  • Pastikan filament berada dalam keadaan kering

  • Gunakan profil ABS yang betul

     

Bolehkah A1 Diletakkan dalam Enclosure?

Bambu Lab tidak mengesyorkan A1 diletakkan dalam enclosure yang tertutup sepenuhnya. Komponen elektronik A1 direka untuk beroperasi dalam persekitaran terbuka dan suhu yang terlalu tinggi boleh menjejaskan jangka hayat printer.

ABS juga menghasilkan bau dan pelepasan udara semasa dipanaskan. Oleh itu, pastikan printer digunakan dalam ruang yang mempunyai sistem pengudaraan keluar yang baik.

Alternatif yang Lebih Sesuai

Jika anda perlukan material yang lebih tahan lasak dan tahan panas berbanding PLA, PETG merupakan pilihan yang lebih praktikal untuk Bambu Lab A1. PETG lebih mudah dicetak dan tidak memerlukan enclosure seperti ABS.

Kesimpulan

Bambu Lab A1 boleh mencetak ABS, terutamanya untuk model kecil. Namun, ia bukan pilihan terbaik jika anda mahu mencetak ABS dengan kerap atau menghasilkan model yang besar.

Jika ABS merupakan material utama yang anda gunakan, printer bertutup seperti Bambu Lab P1S lebih sesuai. Untuk kebanyakan pengguna A1 pula, PLA dan PETG masih menjadi pilihan yang lebih mudah dan konsisten.

 

 

 

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 0

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

Scroll to Top