MX01: Projek 3D-print Solo yang traumatik.😭
Pada fasa awal kegemilangan COVID-19, sy pernah buat satu projek facemask; yelah masa tu kan mmg wajib pakai facemask, dan ramai antara komuniti 3D printing yang mula buat projek facemask ni. Kitonyo taknak lah ketinggalan kan.
Jadinya, sy pun design-lah facemask MX:01 ni; ade influence Gundam dan Cyberpunk sikit (tak boleh tiru sebijik, nnt kene saman). Memandangkan printer sy guna kan pada waktu tu cap ayam (WanHao Duplicator i3- yang dibeli pada tahun 2018), jadi post-processing tu mmg wajib lah sebab nak nampak cantik.
Lepas siap satu unit prototype awal, nampak cantik pulak (perasan) kejadiannya, kita pun gatal tangan la pegi show-off dekat facebook. Lepas tu, ramai lah pulak mintak open order. Niat asal, kita nak buka 30 oreder je, pastu ade yang memujuk kita buka lah 50...tup tup, barangkali dihasut setan tamak, kita pun open lah sampai 100. Dah la tamak, tak bijak pulak tu, deposit pun tak ambil; mmg pakai duit saving lah kiranya waktu tu. Panjang pulak cerita ni.
OK, long story short, korang ingatkan, kisah ni berlaku waktu zaman pandemik, zaman kene kurung, dan zaman payah untuk mendapatkan bahan2 mentah. Untuk buat 100 model tu beserta post-processing bukan satu tugas mudah ye kengkawan. Azab dia sampai COVID tu rasa macam demam biasa. Akhirnya, hanya 50-unit sempat disiapkan, dan beberapa puluh selamat dihantar, dan selebihnya jadi stok sampai hancur (ni kene cerita lain pulak trauma pemilihan material tidak sesuai).
Moral of the story; belajar lah, menuntut dengan orang pakar, bukan pakar 3D print sahaja, malah pakar berniaga, pakar management, pakar procurement. Belajar lah buat silap, dan belajar dari kesilapan tu. Wallahualam.
Wokey. Tengs
Comments
Menarik info ni. Harap ada masa boleh ceritakan detail apa punca masalah tu untuk sama2 kita belajar.
Btw kalau ada masa boleh create project untuk share cara design mask ni sekali. Hensem 😆
InsyaAllah. sy bab menulis ni lemah sikit; tapi akan usahakan untuk share apa2 yang boleh membantu komuniti. Tq Tq.
Takpe tengok posting ni pun dah baik sangat dah penulisan tu.
All the best! 🙌🏼
terima kasih! akan sy usahakan insyaAllah!
Please log in to comment.