Artikel Komuniti

Kenapa PLA Filament “Best Friend” Newbie dalam 3D Printing?

Ketahui apa itu PLA, antara jenis, sifat, kelebihan dan kelemahan PLA.

3D printer dah ada, tapi pening nak pilih filament mana?

Jawapannya: PLA (Polylactic Acid).

Ni material wajib cuba untuk semua pemula sebelum beralih ke material lain seperti PETG atau ABS. Kenapa? Jom kita borak!

Contoh PLA Filament

Sifat PLA yang sangat beginner friendly

Suhu Rendah: Hanya memerlukan suhu cetak sekitar 190°C – 220°C.

Kurang Bau: Usually diperbuat daripada sumber semulajadi (seperti kanji jagung/tebu), jadi ia tidak menghasilkan bau plastik yang menyengat.

Kurang Warping: Jarang melengkung atau tanggal dari print bed berbanding material lain.

Mesra Mesin Asas: Boleh print dengan baik menggunakan mana mana 3D Printer.

Then, kita kenali jenis PLA, Kelebihan & Kelemahan PLA

Berikut adalah variasi PLA yang biasa ada di pasaran dan apa yang anda perlu tahu:

 A. Standard PLA (Regular PLA)

Kelebihan:

Paling murah dan banyak pilihan warna.

Sangat mudah dicetak (sesuai untuk test print/kalibrasi).

Kelemahan:

Bersifat rapuh (brittle) dan mudah patah jika dilentur.

Tahan haba yang rendah (mudah lembik jika diletakkan di bawah cuaca panas terik atau dalam kereta).

B. PLA+ / PLA Pro (Enhanced PLA)

Kelebihan:

Versi “upgrade” daripada PLA biasa. Kebiasaannya lebih kuat, tahan lasak, dan tidak mudah rapuh.

Layer adhesion yang lebih mantap.

Kelemahan:

Harga sedikit mahal berbanding PLA biasa.

 C. Silk PLA

 Kelebihan:

Finishing yang berkilat (glossy/metallic look).

Model nampak “premium” dan kemas tanpa perlu dicat selepas printing.

 Kelemahan:

Agak rapuh berbanding PLA biasa/PLA+.

Kadang-kadang memerlukan suhu yang sedikit tinggi atau cooling fan yang optimum untuk hasil yang cantik.

D. Matte PLA

Kelebihan:

Finishing permukaan matte yang cantik

Hebat dalam menyembunyikan layer lines membuatkan model nampak lebih smooth dan premium.

Kelemahan:

Permukaannya sedikit kasar dan boleh menyebabkan risiko clogging (tersumbat) pada nozzle yang bersaiz kecil jika suhu tidak betul.

E. Wood PLA (Gabungan Serbuk Kayu)

Kelebihan:

Menghasilkan tekstur, rupa, malah bau seperti kayu sebenar.

Boleh digosok (sanded) dan diwarnakan (stained) seperti kayu.

Kelemahan:

Sangat rapuh.

Boleh menghauskan (wear out) nozzle tembaga biasa jika digunakan terlalu kerap kerana kandungan serbuk kayu di dalamnya.

4. Kesimpulan / Tip untuk Newbie di Domechy

Mulakan perjalanan 3D printing anda dengan Standard PLA atau PLA+ untuk tujuan test print dan uji setting.

Bila dah faham asas, barulah seronok cuba Silk atau Matte untuk projek home decor, figurine dan sebagainya.

**Gambar gambar diatas bukan gambar saya. Sumber dari google. Maklumat diatas adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya. Apa apa ralat atau kesalahan, boleh bagitahu saya.

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 3

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

3 Komen

  1. Ridzwan Normahazan 6 hari lalu

    nice sharing!

    • sruby 6 hari lalu

      terima kasih! harapnya dapat membantu ✨

  2. inhaf 5 hari lalu

    paling murah kasi ON!!!!😂

Scroll to Top