Berjaya siapkan feature cipta projek. Hari ni dan esok akan cuba sendiri untuk tambah baik beberapa bahagian dan perbaiki bug yang ada.
Lepas tu InsyaAllah akan mula buka feature ni kepada Beta tester.
Sekadar cubaan atau contoh untuk tengok sistem atau feature yang saya bina ni boleh digunakan atau tidak.
Projek ni lain sikit, sebab bukanlah projek reka cipta atau inovasi fizikal macam robotik atau projek 3D printing. Ini adalah projek saya untuk bina Domechy ini sebagai platform terbuka kepada semua orang, atau yang menggunakan konsep UGC (user generated content).
Saya akui saya bukanlah seorang website developer, dan saya membina platform ini perlahan-lahan di Wordpress dengan bantuan ChatGPT dan Claude.
Di sini saya nak dokumentasikan progress saya bina platform ini, sebagai cara saya ini uji fungsi atau feature ini sendiri.
Pemilik projek belum menyenaraikan bahan, komponen atau kuantiti yang digunakan.
Gunakan ruang ini untuk perbincangan umum tentang keseluruhan projek. Untuk membincangkan satu perkembangan tertentu, gunakan komen pada kemas kini tersebut.
Perbincangan projek
Sila log masuk untuk menghantar komen.