SOLIDWORKS Kini Percuma Untuk Pelajar Seluruh Dunia

Lapan tahun lepas, masa saya mula bekerja sebagai mechanical design engineer, SOLIDWORKS adalah software 3D CAD pertama yang saya belajar secara serius. Sampai sekarang, cara saya approach 3D design dan mechanical engineering banyak dibentuk oleh software ni.

SOLIDWORKS antara software CAD yang paling banyak digunakan oleh syarikat engineering dan manufacturing seluruh dunia. Kalau anda bercadang nak kerja dalam bidang mechanical design, product development, manufacturing, robotics atau bidang engineering yang lain, kemungkinan besar syarikat yang anda masuk nanti pun guna SOLIDWORKS.

Sebab tu berita ni penting. Mulai 1 Julai 2026, SOLIDWORKS Design Standard kini percuma untuk pelajar seluruh dunia. Kalau anda pelajar, saya sangat sarankan rebut peluang ni, belajar software ni betul-betul dan mula bina portfolio design sebelum masuk industri.

Apa Yang Berubah?

Sebelum ni, sesetengah pelajar memang dah boleh guna SOLIDWORKS secara percuma kalau universiti atau sekolah mereka sediakan akses melalui lesen SOLIDWORKS Education. Tapi ini bergantung sepenuhnya kepada institusi, dan bukan semua pelajar boleh install di laptop sendiri.

Pelajar yang tak dapat akses melalui institusi biasanya kena beli pakej pelajar individu. Pakej berbayar SOLIDWORKS Design Premium for Students sekarang berharga US$60 setahun.

Sebenarnya SOLIDWORKS dah mulakan tawaran percuma ni lebih awal di enam negara, antaranya Indonesia, India dan Brazil. Mulai 1 Julai 2026, tawaran ni dibuka ke seluruh dunia, dan ya, Malaysia ada dalam senarai. Pelajar yang layak sekarang boleh daftar terus dengan SOLIDWORKS dan dapat Design Standard secara percuma. Tak perlu lagi bergantung sama ada universiti anda sediakan lesen atau tidak.

Apa Yang Ada Dalam Versi Percuma?

Pakej percuma ni dipanggil SOLIDWORKS Design Standard for Students. Ini adalah aplikasi CAD desktop sebenar yang diinstall pada PC Windows, bukan versi browser yang dipermudahkan.

Ia ada semua tool utama yang pelajar perlukan untuk belajar mechanical CAD. Anda boleh buat sketch dan tukarkan kepada part 3D menggunakan feature macam Extrude, Revolve, Sweep dan Loft, termasuk feature biasa macam Fillet, Chamfer dan Patterns.

Sebab SOLIDWORKS ni sistem CAD parametric, semua dimensi dan feature kekal boleh diedit. Kalau anda ubah dimensi pada sketch awal, bahagian model yang lain boleh update ikut perubahan tu. Pada saya, ini antara konsep paling penting yang pelajar perlu faham bila nak beralih dari 3D modelling asas kepada mechanical design yang sebenar.

Versi percuma ni juga support assembly modelling. Anda boleh gabungkan banyak part, apply mates, periksa pergerakan, check interference dan kira properties macam berat. Jadi ia sesuai untuk design mekanisme, mesin, robot, fixture dan apa-apa produk yang ada banyak komponen.

Anda juga boleh hasilkan lukisan kejuruteraan 2D daripada model, termasuk projected view, section view, dimensi, tolerance, exploded assembly drawing, bill of materials dan item balloon. Selain tu, ada juga sheet metal, weldments, structural frame dan surface modelling. Semua ni workflow yang sama digunakan dalam industri engineering dan manufacturing profesional.

Satu perkara yang perlu diingat, simulation tak termasuk dalam versi percuma. Yang ada cuma SimulationXpress, tool stress check yang sangat asas. Untuk simulation sebenar, kena guna versi berbayar.

Versi Percuma Berbanding Versi Pelajar Berbayar

Versi percuma ni cukup untuk belajar 3D CAD, tapi ia tak merangkumi semua produk SOLIDWORKS.

CiriDesign Standard (Percuma)Design Premium (US$60 setahun)
Part dan assemblyAdaAda
Lukisan kejuruteraan 2DAdaAda
Sheet metal, weldments dan surfacingAdaAda
SOLIDWORKS SimulationTiadaAda
SOLIDWORKS CAMTiadaAda
SOLIDWORKS ElectricalTiadaAda
Rendering Visualize dan ComposerTiadaAda
Baucar exam CSWA dan CSWPTiadaAda

SOLIDWORKS Design Premium for Students masih ada untuk pelajar yang perlukan tool lebih advanced macam structural simulation, CAM, electrical design, rendering dan technical illustration.

Versi berbayar ni juga termasuk satu percubaan pensijilan CSWA dan satu CSWP. SOLIDWORKS sekarang letak harga exam pada US$99 satu percubaan kalau beli berasingan, jadi dua baucar tu sahaja dah lebih mahal dari harga pakej US$60. Pelajar yang guna versi percuma tetap boleh ambil exam pensijilan, cuma kena bayar berasingan.

Bagi kebanyakan pelajar yang baru nak mula, versi percuma Design Standard ni dah lebih dari cukup. Part, assembly dan lukisan kejuruteraan adalah asas kepada kebanyakan kerja mechanical design pun.

Siapa Yang Layak Daftar?

Lesen percuma ni untuk pelajar yang layak, iaitu yang sedang belajar di institusi pendidikan formal pada peringkat rendah, menengah atau selepas menengah.

Borang pendaftaran merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah vokasional, kolej teknikal, program ijazah dan program pascasiswazah. Anda cuma perlu isi maklumat asas macam alamat email, nama sekolah atau universiti, negara, tahap pendidikan dan bidang pengajian.

Malaysia ada dalam senarai negara yang disokong, bersama Jepun dan kebanyakan negara lain di seluruh dunia. SOLIDWORKS mungkin akan minta bukti yang anda masih pelajar. Pelajar berumur 13 hingga 17 tahun perlukan penglibatan ibu bapa atau penjaga untuk guna software ni.

Berapa Lama Lesen Percuma Ini Sah?

Setiap pendaftaran bagi anda akses selama setahun. Kalau anda masih pelajar yang layak bila lesen tamat, boleh daftar semula untuk setahun lagi, cuma SOLIDWORKS mungkin minta pengesahan status pelajar.

Proses daftar pun senang. Sign in dengan 3DEXPERIENCE ID, yang boleh dibuat secara percuma, isi borang, dan anda akan terima link download, serial number unik serta panduan installation.

Anda perlukan PC Windows untuk install. Pengguna Mac, Chromebook dan tablet tak boleh install versi desktop ni. SOLIDWORKS ada produk berasingan berasaskan browser dipanggil xDesign for Students, tapi yang tu berharga US$60 setahun.

Boleh Ke Guna Untuk Projek Komersial?

Tak boleh. Lesen percuma ni khas untuk kegunaan pendidikan sahaja. Ia tak boleh digunakan untuk aplikasi komersial atau penyelidikan, termasuk design atau testing produk yang nak dijual, dilesenkan atau diedarkan secara komersial. File yang disimpan dalam versi pelajar pun ada watermark sebagai file pendidikan, jadi jangan cuba selitkan dalam kerja client berbayar.

Untuk belajar, tugasan sekolah, projek pendidikan peribadi dan bina portfolio, semua tu tak ada masalah. Sesiapa yang buat kerja client berbayar atau product development komersial tetap perlukan lesen komersial yang betul.

Apa Yang Pelajar Patut Belajar Dulu?

Anda tak perlu mula dengan mesin yang kompleks atau advanced surface modelling. Mula dengan sketch, dimensi dan feature asas macam Extrude, Revolve, Fillet dan Pattern.

Lepas tu, belajar cara buat assembly dan apply mates dengan betul. Bila dah selesa dengan part dan assembly, mula hasilkan lukisan kejuruteraan 2D yang lengkap dengan dimensi, tolerance dan section view.

Nasihat paling besar dari saya, buat beberapa projek peribadi yang lengkap, jangan hanya ikut tutorial semata-mata. Design sesuatu yang selesaikan masalah sebenar, assemble komponennya, siapkan lukisan, kemudian hasilkan dengan 3D printing atau apa-apa kaedah yang anda ada.

Portfolio dengan beberapa projek siap boleh tunjukkan kepada employer yang anda faham lebih dari sekadar interface software. Ia buktikan anda mampu ambil satu idea, jadikan design dan sediakan untuk pembuatan.

Bagi pelajar yang minat mechanical design, lesen percuma ni peluang yang sangat baik. Sekarang anda boleh praktis SOLIDWORKS di rumah, bina projek sendiri dan asah skill yang akan terus berguna bila mohon internship atau kerja engineering nanti.

Nak beli pencetak 3D di Malaysia?

Kami telah menyusun senarai kedai 3D printing, pembekal filament, dan penyedia servis di seluruh Malaysia.

Lihat direktori →

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Get new Domechy articles, guides and free models straight to your inbox.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

Scroll to Top