Tips Pencarian Model 3D: Laman Web Terbaik Memuat Turun Fail 3D

Domechy Documentation Library | DCY-12

Walid Bin Wajdy

ditulis pada 3 Mac 2026

fail 3d percuma

Pencarian fail atau model 3D adalah proses yang wajib sebelum mencetak objek pada
pencetak 3D kita. Pelbagai laman web menawarkan fail-fail 3D yang boleh dimuat turun dan
dihantar kepada pencetak 3D untuk dicetak. Berikut adalah antara laman web anda boleh layari
bersama pros & cons:

1. MakerWorld.com

MakerWorld.com ialah laman web perkongsian model 3D yang dibangunkan oleh jenama
pencetak 3D terkenal, Bambu Lab. Laman web ini semakin popular kerana kemampuan
integrasi dengan pencetak 3D Bambu Lab serta Bambu Studio. Kebanyakan fail-fail 3D telah
dioptimumkan khas untuk pencetak 3D Bambu Lab, menjadikan proses cetakan objek lebih
mudah dan kurang risiko gagal.


Selain itu, MakerWorld juga mempunyai sistem ganjaran mata untuk pengguna yang aktif
memuat naik dan berkongsi model 3D.


Pros:
● Integrasi terus dengan mana-mana pencetak 3D Bambu Lab
● Banyak model telah diuji dan dioptimumkan
● Sistem ganjaran untuk pereka model


Cons:
● Lebih fokus kepada pengguna pencetak Bambu Lab
● Pilihan model 3D yang agak terhad
● Sesetengah profil cetakan mungkin tidak sesuai untuk jenama pencetak 3D lain

Muka hadapan laman web MakerWorld.com
Muka hadapan laman web MakerWorld.com

2. CrealityCloud.com

CrealityCloud.com merupakan laman web rasmi Creality yang menawarkan model-model 3D
untuk dimuat turun. Ia juga mempunyai beberapa features seperti cloud slicing dan ‘CubeMe’
yang mencetak objek 3D daripada sebuah gambar potret.


Pros:
● Boleh lakukan slicing secara atas talian (cloud slicing)
● Mempunyai aplikasi telefon pintar
● Komuniti pengguna Creality yang aktif

Cons:
● Fungsi dan fail 3D kebanyakan optimum hanya untuk pencetak 3D jenama Creality
● Sesetengah model 3D berbayar

Laman web CrealityCloud.com
Laman web CrealityCloud.com

3. Nexprint.com

Nexprint.com ialah platform yang menyediakan model-model 3D serta ekosistem cetakan 3D
tersendiri. Ia dikhususkan kepada pengguna pencetak 3D jenama Elegoo dan memberi fokus
kepada pengalaman pengguna yang lebih terkawal dan tersusun. Pengguna mempunyai pilihan
untuk membuka fail 3D dalam aplikasi Elegoo Slicer ataupun Orca Slicer.


Pros:
● Model 3D lebih tersusun dan mudah dicari
● Sesuai untuk pengguna dalam ekosistem Nexprint dan pencetak 3D Elegoo
● Fokus kepada pengalaman pengguna yang lebih mudah


Cons:
● Pilihan model mungkin terhad berbanding platform global
● Kurang komuniti terbuka berbanding laman web lain
● Kebergantungan kepada jenama pencetak 3D Elegoo

Muka hadapan laman web Nexprint.com
Muka hadapan laman web Nexprint.com

4. Thingiverse.com

Thingiverse.com adalah laman web yang sangat dikenali dengan tempat mencari model 3D
secara percuma. Malah, pengguna boleh berkongsi gambar hasil cetakan 3D di ruangan
‘makes’, menjadikan laman web ini tempat komuniti penggiat pencetak 3D.

Pros:
● Lebih 2.5 juta model 3D boleh dicari
● Fail-fail 3D percuma
● Komuniti yang besar

Cons:
● Pelesenan fail 3D yang longgar
● Kualiti model 3D yang tidak menentu

Gambar laman web hadapan Thingiverse.com
Gambar laman web hadapan Thingiverse.com

5. Cults3d.com

Laman web cults3d.com mempunyai kedua-dua jenis model 3D; percuma dan berbayar. Di sini
anda mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian model 3D. Jika anda ingin cetak
objek 3D yang simple, anda boleh muat turun fail 3D percuma. Sebaliknya, jika anda mencari
model 3D yang lebih detail dan cantik, boleh beli fail 3D berbayar. Pembayaran biasanya dalam
Euros atau USD, jadi anda perlu ada Paypal untuk membuat pembayaran antarabangsa.

Muka hadapan laman web Cults3d.com
Muka hadapan laman web Cults3d.com

Komuniti cults3d.com juga aktif; mereka mempunyai blog dan juga pelbagai pertandingan
cetakan 3D dan pemodelan 3D yang dibuka kepada semua negara termasuk Malaysia.

Pertandingan Cults3D
Pertandingan-pertandingan lepas yang diaturkan

Pros:
● Pilihan model 3D lebih luas
● Pelbagai pertandingan diadakan
● Peluang jana pendapatan sebagai penjual model 3D

Cons:
● Sesetengah fail 3D berbayar
● Perlu mempunyai aplikasi pembayaran antarabangsa

6. Do3D.com

Do3D.com ialah laman web yang khususnya menawarkan model-model 3D berkaitan budaya
pop (pop culture). Di sini lah anda boleh menerokai model 3D Marvel seperti Batman, Ironman,
Spider-Man, dan lain-lain. Model-model 3D yang ditawarkan juga dikawal; hanya pemodel 3D
mereka sahaja yang akan memuat naik fail 3D mereka, tidak seperti laman web lain yang mana
sesiapa boleh menawarkan atau menjual fail digital mereka.

Pros:
● Laman Web khusus berkaitan budaya pop
● Model-model 3D berkualiti tinggi

Cons:
● Kebanyakan fail 3D adalah berbayar
● Harga satu fail 3D lebih tinggi berbanding laman web lain

 

Muka hadapan laman web Do3D.com
Muka hadapan laman web Do3D.com

Kesimpulan

Pilihan platform untuk mencari model 3D banyak ditawarkan pada masa kini. Laman web
seperti MakerWorld, Creality Cloud, dan Nexprint lebih memberi pengkhususan kepada jenama
pencetak 3D masing-masing. Manakala Thingiverse, Cults3D, dan juga Do3D bercirikan konsep
terbuka kepada semua pengguna dan jenama pencetak 3D. Pilihan anda sahaja yang
menentukan cetakan 3D anda seterusnya.

Selamat meneroka!

Sekiranya anda masih baru dalam dunia 3D printing, anda boleh baca artikel berkenaan apakah itu teknologi 3D printing di sini.

Anda juga baca lebih banyak tips berkaitan 3D printing dalam artikel-artikel berikut:

 

Scroll to Top