Cara Muat Turun FreeCAD: Perisian
CAD 3D Sumber Terbuka Percuma
Domechy Documentation Library | DCY-06
Pengenalan
Perisian CAD 3D merupakan alat penting dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk produk dan pembuatan digital. Ia membolehkan jurutera serta pereka menghasilkan model 3D dengan ketepatan tinggi, selain mempercepatkan proses reka bentuk dan iterasi.
Namun, antara kekangan utama bagi pengguna persendirian dan pelajar ialah kos lesen perisian CAD komersial yang tinggi. Walaupun sesetengah perisian menawarkan versi percuma, kebanyakannya hadir dengan had fungsi, had fail, atau penggunaan bukan komersial sahaja.
Sebagai alternatif, komuniti sumber terbuka telah membangunkan perisian CAD 3D percuma tanpa sekatan lesen. Salah satu perisian yang paling dikenali dalam kategori ini ialah FreeCAD.
Apakah itu FreeCAD?
FreeCAD ialah perisian pemodelan 3D parametrik sumber terbuka yang percuma. Ia digunakan secara meluas dalam:
Kejuruteraan mekanikal
Reka bentuk produk
Percetakan 3D
Seni bina dan rekabentuk teknikal
FreeCAD menyokong pemodelan parametrik, membolehkan pengguna mengubah dimensi dan ciri reka bentuk pada bila-bila masa tanpa membina semula model dari awal. Perisian ini tersedia untuk Windows, macOS dan Linux.
Langkah-langkah Muat Turun dan Pemasangan FreeCAD
1. Cari “FreeCAD” di Google. Pilih laman web rasmi FreeCAD (biasanya hasil carian pertama).
2. Di laman utama FreeCAD, klik butang Download.
3. Pilih versi sistem operasi yang sesuai:
- Windows
- macOS
- Linux
4. Setelah fail pemasangan selesai dimuat turun, buka fail installer daripada folder Downloads.
5. Jika tetingkap kebenaran pentadbir muncul, klik Yes, kemudian klik Next sehingga ke halaman akhir.
6. Klik Install untuk memulakan proses pemasangan.
7. Setelah pemasangan selesai, klik Finish.
FreeCAD kini telah berjaya dipasang dan sedia untuk digunakan.
Proses muat turun dan pemasangan FreeCAD adalah ringkas dan mesra pengguna. Tiada keperluan untuk mencipta akaun atau mendaftar lesen. Pengguna boleh terus memuat turun, memasang, dan mula menggunakan perisian ini tanpa sebarang sekatan.
Sesuai untuk pelajar, penggemar 3D printing, dan jurutera yang ingin menggunakan perisian CAD 3D secara percuma dan fleksibel.
Selamat mencuba.