Challenge Entry · July 2026
Creation by seinsaini57
Voting status
Voting for the July 2026 Challenge has closed.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Saya menggunakan material PLA dan TPU untuk menghasilkan model ini dalam tempoh lebih kurang 4 jam. Perubahan yang telah saya lakukan pada bekas pengecas adalah seperti berikut:
1. Saya telah menambah satu lekuk pada bahagian hadapan bekas bagi memudahkan proses membuka penutup bekas.
2. Saya menggunakan konsep lekatan magnet sebagai mekanisme pengunci antara bahagian atas dan bawah bekas pengecas supaya penutup tidak mudah terbuka dengan sendiri.
3. Saya turut menambah satu fungsi baharu, iaitu Wireless Charging. Selain berfungsi sebagai tempat penyimpanan kabel pengecas, bekas ini juga boleh digunakan untuk mengecas telefon secara tanpa wayar.
4. Dengan penambahan fungsi Wireless Charging, saya telah memanfaatkan ruang di dalam bekas dengan menambah dua komponen yang berfungsi sebagai stand telefon. Stand ini menawarkan dua pilihan sudut kecondongan, iaitu 35° dan 45°, bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. Oleh itu, bekas ini bukan sahaja berfungsi sebagai bekas pengecas, malah boleh dijadikan sebagai pemegang telefon semasa melancong, makan atau melakukan aktiviti lain. Pengguna juga boleh mengecas telefon sambil menonton video atau kandungan kegemaran tanpa perlu memegang telefon. Stand ini boleh disimpan semula di dalam bekas dan turut menggunakan konsep lekatan magnet.
5. Saya juga menambah pemegang pada bahagian belakang bekas pengecas bagi memberikan cengkaman yang lebih selesa dan kukuh semasa digunakan. Pemegang ini turut menggunakan konsep lekatan magnet.
6. Selain itu, saya menambah empat unit vibration absorber yang diperbuat daripada filament TPU pada bahagian bawah bekas pengecas. Komponen ini berfungsi sebagai penyerap getaran dan membantu menstabilkan kedudukan bekas pengecas apabila diletakkan di atas permukaan yang sedikit bercerun atau bergerak.
7. Akhir sekali, saya mengaplikasikan konsep Iron Man pada reka bentuk bekas pengecas ini. Inspirasi tersebut diambil daripada reka bentuk Wireless Charging yang menyerupai Iron Man Arc Reactor dalam filem. Oleh itu, saya menambah simbol Iron Man pada bahagian belakang bekas pengecas bagi memberikan penampilan yang lebih menarik, moden dan premium, sekali gus menjadikannya lebih bergaya apabila digunakan oleh sesiapa sahaja.
Sekian, terima kasih.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from July 2026
Creation by nalproto
by nalproto
View entry →Creation by yusraien
by yusraien
View entry →Creation by Sam Atan
by Sam Atan
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.