Challenge Entry · September 2026
UpNote (UpcycledNotebok)
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Di setiap pejabat yang sibuk, pembaziran kertas adalah perkara biasa. Laporan separuh cetak, agenda mesyuarat lama, dan nota ringkas mudah bertimbun. Kertas-kertas berselerak ini menyepahkan meja, bercampur dengan dokumen penting, atau berprestasi kurang praktikal kerana saiz A4 yang terlalu besar untuk dibawa ke mana-mana. Buku nota biasa juga mempunyai kelemahan: apabila halaman penuh, keseluruhan buku perlu diganti, manakala saiznya yang tebal sukar diselitkan ke dalam poket. Melihat timbunan kertas cetakan A4 terpakai yang bakal dibuang, timbul satu soalan: mengapa tidak memberi peluang kedua kepada kertas ini? Dengan melipat/potong kertas terpakai supaya bahagian kosong berada di luar dan melindunginya menggunakan penutup tegar rekaan khas, nota berselerak dapat diubah menjadi buku nota poket yang kemas dan padat. Apabila helaian kertas sudah penuh, cuma lepaskan ikatan dan gantikan dengan kertas terpakai yang baharu mencipta alat nota modular tanpa pembaziran yang memastikan idea anda sentiasa kemas dan mudah dibawa.
Sistem buku nota modular ini menggabungkan pencetakan 3D dan bahan kitar semula harian untuk menghasilkan alat tulis yang praktikal, mesra alam, dan ringkas:
Peranan Cetakan 3D: Membentuk penutup pelindung yang kukuh, menyediakan takuk/alur (groove) khas untuk mengunci/memegang getah yang mudah didapati oleh sesiapa
Komponen Murah & Mudah Didapati: Menggunakan kertas A4 terpakai (sebelah cetakan) yang dilipat untuk menyembunyikan cetakan lama, serta tali getah pejabat biasa sebagai pengikat fleksibel tanpa perlu alatan tambahan.
Spesifikasi Kertas: Kertas A4 belah dua menjadikan is menghampiri saiz A6x2 (105mm × 297mm), menghasilkan dwi-lapisan yang lebih tebal, kemas, dan sedia untuk ditulis.

simple and creative 👍🏼