Colour Ball Sorting Game

← Back to Monthly Challenge Challenge October–November 2026

Challenge Entry · October–November 2026

Colour Ball Sorting Game

nurulizzah nurulizzah 18 Nov 2026

Vote for this entry

Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.

Share this entry

About this entry

Saya membina permainan Colour Sorting Ball untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Permainan ini bertujuan membantu kanak-kanak mengenal dan mengelaskan warna seperti merah, kuning, hijau dan biru.

Permainan ini menggunakan empat cawan berwarna, 40 biji bola pom-pom (10 biji bagi setiap warna) dan dua penyepit plastik. Cara bermainnya adalah dengan mengambil bola pom-pom menggunakan penyepit dan memasukkannya ke dalam cawan yang mempunyai warna yang sama. Kanak-kanak perlu mengasingkan semua bola mengikut warna yang betul sehingga selesai.

Bahan yang digunakan ialah cawan plastik berwarna, bola pom-pom dan penyepit plastik. Permainan ini mudah dibina, ringan dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan serta kemahiran mengenal dan memadankan warna.

Community discussion

Discuss this entry

Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

Want to make something too?

Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top