Challenge Entry · October–November 2026
Pinball Arked Kitar Semula
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Idea utama disebalik penciptaan mesin pinball kadbod ini adalah bertujuan untuk menghidupkan semula permainan arked klasik yang saya selalu bermain ketika sekolah rendah di dalam komputer.Projek diinspirasikan daripada konsep meja pinball,mainan ini direka untuk beroperasi secara mekanikal tulen tanpa memerlukan apa apa bateri,wayar atau komponen elektronik.Ini juga boleh menjadi pengganti hiburan yang menyeronokkan yang akan membantu kurangnya kebergantungan kanak kanak terhadap peranti digital dan skrin.Selain itu,rekaan ini turur menerapkan beberapa elemen pendidikan stem secara tidak langsung melalui pengaplikasian prinsip fizik asas seperti keanjalan spring,momentum dan sudut pantulan ketika bermain
Cara Bermain
Mainan ini direka untuk kanak kanak berumur 6-12 tahun dimana fasa mereka sangat aktif dalam meneroka sesuatu mekanisme berfungsi serta gemar akan permainan yang mencabar koordinasi mata dan tangan.
Bahan Bahan yang digunakan
Untuk Memulakan permainan,papan pinball seharusnya diletakkan di tempat yang rata.Kemudian,sebiji guli diletakkan di hadapan pelancar sebelah kanan.Pemain perlu memampatkan spring dan melepaskan bagi meluncurkan guli ke bahagian atas papan.Sebaik sahaja guli melepasi pintu sehala dan meluncur mengikut lengkungan atas,guli akan melantun secara rawak pada deretan garisan lidi,dan akan memusingkan tiga bilah kipas batang aiskrim serta mungkin melanggar bumper penutup botol di bahagian tengah.Apabila guli turun menghampiri zon merah di bahagian bawah,pemain perlu pantas menekan tuas kadbod di sisi kiri dan kanan untuk menggerakan flipper bagi melantunkan semula guli ke atas dan mengelakkannya jatuh ke bawah.
Binaan ini menggunakan barangan terpakai dan bahan kraf yang mudah didapati,dengan struktur utama menggunakan kadbod terpakai yang dipotong dan dilapis untuk membentuk dinding,tappak serta penghadang laluan. Komponen mekanikal pula dihasilkan daripada gabungan spring gegelung besi, batang lidi kayu, dan penutup botol plastik yang berfungsi sebagai pelancar serta bumper lantunan. Selain itu, batang aiskrim kayu digunakan untuk membina tiga kipas berputar dan pintu sehala, pin logam kecil dijadikan penghalang di zon atas, manakala guli kaca digunakan sebagai bola permainan. Semua sambungan dicantum kukuh menggunakan gam panas (hot glue) dan keseluruhan permukaan papan diwarnakan dengan cat warna biru, kuning, ungu, dan merah bagi membezakan setiap zon permainan.
Cara Pembinaan
Proses pembinaan dimulakan dengan memotong kotak kadbod terpakai bagi membentuk kerangka segi empat tepat beserta dinding sisi yang kukuh, diikuti pemasangan lengkungan kadbod di bahagian atas supaya guli dapat meluncur lancar tanpa tersekat di penjuru. Di sebelah kanan, satu lorong khas dibina untuk menempatkan mekanisme pelancar yang terdiri daripada batang lidi, spring gegelung, dan penutup botol yang ditebuk tengahnya sebagai penyokong supaya tolakan spring kekal lurus, lengkap dengan pintu sehala berengsel di hujung saluran bagi menghalang guli berpatah balik. Seterusnya, zon permainan dibahagikan dan diwarnakan mengikut bahagian sebelum deretan pin logam dicucuk di zon kuning, tiga kipas batang aiskrim berputar dipasang pada paksi tengah, serta dua bumper penutup botol dan blok pemandu sisi dilekatkan di bahagian tengah. Akhir sekali, sepasang flipper berwarna merah dipasang pada paksi di zon bawah dan disambungkan terus kepada tuas penolak yang menembusi dinding luar kiri dan kanan kotak supaya dapat digerakkan dengan mudah semasa bermain

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
Mainan Engkol Tangan Rama-Rama
by azrulshah
View entry →4-in-1 Sensory Lacing Cards
by ainuldhiyahh
View entry →The Magnetic Numbering Tree
by fhksamad
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.