#3DPrinterNews
Elegoo Centauri Carbon 2 Combo Rasmi Dilancarkan: Printer Multicolor Bawah USD500?
Ridzwan Normahazan
ditulis pada 27 Jan 2026
Selepas beberapa bulan dinanti-nantikan, Elegoo Centauri Carbon 2 Combo akhirnya dilancarkan secara rasmi. Model ini merupakan versi naik taraf kepada Centauri Carbon asal, dengan fokus utama pada percetakan multicolor / multi-material dalam bentuk mesin tertutup (enclosed) pada harga yang lebih mampu milik.
Spesifikasi Utama Elegoo Centauri Carbon 2 Combo
Antara spesifikasi penting Centauri Carbon 2 Combo:
- Isipadu cetakan: 256 × 256 × 256 mm
- Kelajuan maksimum: sehingga 500 mm/s
- Nozzle: hardened steel, suhu maksimum sekitar 350 °C
- Heated bed: sehingga 110 °C
- Reka bentuk: fully enclosed untuk kestabilan suhu
- Bunyi operasi: sekitar 45 dB (relatif senyap)
- Paparan: skrin sentuh kapasitif 5 inci
Keupayaan Multicolor & Multi-Material
Versi Combo merujuk kepada sokongan sistem multicolor / multi-material, membolehkan:
- Cetakan pelbagai warna dalam satu model
- Penggunaan bahan sokongan berbeza
- penciptaan reka bentuk yang lebih kompleks
Ini menjadikan Centauri Carbon 2 Combo sesuai untuk:
- mereka yang ingin mencipta reka bentuk pelbagai warna
- mereka yang ingin mencetak bahan yang lebih kukuh dan tahan haba
- mereka yang mementingkan visual dan kebolehan praktikal
Walaupun bukan sistem multicolor pada printer ini bukanlah sistem tool-changer, ia tetap membuka pintu kepada multicolor pada kos yang lebih rendah.
Sokongan Bahan Cetakan
Dengan suhu nozzle dan heated bed yang tinggi serta enclosure tertutup, printer ini menyokong:
- PLA
- PETG
- ABS / ASA
- Beberapa bahan fiber-reinforced (bergantung tetapan & aliran udara)
Ini bermaksud ia bukan sekadar printer untuk projek visual yang cantik, tetapi masih relevan untuk projek yang berfungsi.
Perisian & Ekosistem
Elegoo menyepadukan printer ini dengan ekosistem perisian mereka sendiri seperti:
- Elegoo Slicer / Nexprint
- Sokongan kawalan asas melalui aplikasi / rangkaian
Fokusnya adalah kemudahan penggunaan, terutama untuk pengguna yang tidak mahu terlalu banyak konfigurasi manual.
Harga & Posisi Pasaran
Harga rasmi diumumkan sekitar USD 449 Amerika Syarikat, iaitu:
- Jauh lebih rendah berbanding kebanyakan printer multicolor enclosed
- Meletakkan Centauri Carbon 2 Combo sebagai salah satu pilihan multicolor dengan struktuk coreXY paling mampu milik setakat ini
Dari sudut pasaran, ia jelas menyasarkan pengguna yang:
- Mahu multicolor
- Mahu enclosure
- Tetapi belum bersedia membayar harga premium
Namun begitu, kita masih belum mempunyai maklumat berkenaan harga jualan di Malaysia.
Adakah Printer Ini Untuk Anda?
Berdasarkan spesifikasi dan harga setakat yang diumumkan ini, Elegoo Centauri Carbon V2 Combo ini sesuai untuk:
- Pengguna pertengahan yang mahu naik taraf dari printer biasa
- Content creator / designer yang perlukan multicolor
- Maker yang mahukan enclosure tanpa kos tinggi
Printer ini mungkin kurang sesuai untuk anda sekiranya:
- Anda perlukan tool-changer untuk print lebih banyak warna
- Fokus utama adalah produksi industri berskala besar
Kesimpulan
Elegoo Centauri Carbon 2 Combo merupakan satu langkah strategik Elegoo untuk menurunkan halangan kemasukan ke dunia multicolor printing. Dengan spesifikasi kompetitif dan harga agresif, ia berpotensi menjadi antara printer paling menarik dalam segmen bawah USD500 untuk tahun ini. Sepanjang pengumuman pelancaran printer ini juga menyaksikan Elegoo menekankan bahawa printer ini adalah disasarkan untuk kegunaan keluarga, berbanding kegunaan profesional.