Khat Cetakan 3D: Anak Tempatan Mengintegrasi Teknologi Dengan Seni Islam

Seni visual khat biasa dilihat sebagai hiasan di dinding-dinding rumah, muzium, mahupun masjid serta surau yang selalunya dihasilkan oleh tangan dan berus pada sebuah kanvas.

Namun bagi Nik Adam, berumur 39 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, mempunyai idea baharu dengan mengintegrasikan teknologi cetakan 3D dengan khat Islam.

Beliau merupakan pengasas kepada Tiganun dan menghasilkan reka bentuk produk khat Islam cetakan 3D.

Nik Adam pengasas Tiganun sedang menggunakan laptop di ruangan kerja cetakan 3D

Dari Fidget Spinner ke Mesin Pencetak 3D

Sebelum Adam mula kenal dengan cetakan 3D, beliau pernah terfikir bagaimana untuk reka produk ciptaan sendiri. Dari situ beliau mula ambil tahu tentang cetakan 3D melalui bahan-bahan video di platform YouTube yang menunjukkan para penggiat kreatif mencetak barangan mainan seperti fidget spinner.

Maka beliau mula meneroka lebih mendalam tentang mesin pencetak 3D Bambu Lab dan seronok melihat Bambu Lab mempunyai ekosistemnya yang tersendiri di mana sesiapa boleh muat turun model 3D dan cetak produk. Waktu ini teknologi cetakan 3D Bambu Lab sudah stabil dan digemari ramai. Beliau bukanlah pengguna terawal kerana mahukan teknologi itu berkembang maju dahulu selain ingin tunggu harga pencetak 3D turun.

Namun untuk reka produk sendiri tidak cukup setakat tahu menggunakan mesin pencetak 3D, seseorang mesti tahu menggunakan aplikasi pembuatan model 3D.

Jadi, Adam mencari banyak bahan video di platform YouTube untuk belajar reka bentuk produk dengan menggunakan aplikasi Fusion 360 dan cuba mendalaminya selama 2 bulan sebelum membeli mesin pencetak 3D.

Selepas membeli pencetak 3D pertamanya iaitu Bambu Lab A1 Mini, beliau dapat mengesahkan hasil reka bentuk produknya berjaya. Dari situ beliau belajar untuk menggunakan tetapan slicer dengan betul melalui penghasilan pelbagai reka bentuk produk sendiri.

Kini, beliau mempunyai tambahan mesin pencetak 3D iaitu Bambu Lab A1 dan juga Elegoo Centauri Carbon V1. Filament yang biasa digunakan beliau pula ialah Esun, Unitak, Sunlu dan Bambu Lab.

Proses reka bentuk model 3D replika Ka'abah menggunakan perisian 3D slicer di laptop
Ruangan kerja Nik Adam

Inspirasi Seni Geometri Islam Seluruh Dunia

Adam terjun ke dalam dunia cetakan 3D kerana ingin menunjukkan sisi kreatifnya walhasil telah lama melakukan kerja-kerja teknikal seperti kerja pembinaan.

Seni Islam ataupun Islamic Art menjadi minat utama beliau kerana seni geometri Islam yang terdapat pada dinding-dinding masjid di Morocco, Sepanyol, dan Uzbekistan menjadi inspirasi hebat baginya.

Dari inspirasi inilah terhasilnya aspirasi melahirkan khat Islam menggunakan teknologi cetakan 3D.

Tiganun: Aspirasi Seni Khat Selari Dengan Kemajuan Teknologi

Kini, Adam menubuhkan Tiganun sebagai platform khusus bagi beliau membuat pelbagai jenis inovasi khat melalui cetakan 3D yang bertujuan mencantikkan rumah-rumah di samping menjadi penghayatan baik bagi umat Islam.

Antara khat 3D yang beliau hasilkan ialah seni dinding Allah dan Muhammad dan khat 3D Bismillah.

Hasil seni hiasan dinding cetakan 3D khat Allah dan Muhammad berwarna emas dan hitam
Khat cetakan 3D Allah dan Muhammad

Proses Reka Bentuk Prototaip Khat Menggunakan Fusion 360

Bagi menghasilkan reka bentuk satu produk, biasanya Adam akan reka 4 hingga 6 prototaip berdasarkan kerumitan produk.

Proses reka bentuk produk khat Islam adalah proses yang straightforward — tulisan khat akan dijejak huruf-hurufnya (tracing), kemudian reka bentuk tulisan dan bingkai akan dibentuk dengan kreatif sebelum dicetak.

Beliau jarang bertemu dengan cetakan 3D yang gagal kerana menguruskan tetapan slicer dengan betul. Kegagalan cetakan 3D terjadi apabila filament tidak dijaga dengan baik, nozzle tidak dicuci bersih daripada lebihan filament dan stringing, dan juga tidak bersihkan hotplate yang menyebabkan filament tidak melekat.

Setiap produk akan slice sebanyak 10 hingga 15 kali sehingga beliau berpuas hati bagi mendapatkan proses cetakan 3D paling optimum dari segi kualiti, masa, dan penggunaan filament.

Hasil cetakan 3D hiasan dinding kaligrafi Islam tulisan khat Bismillah tulisan timbul
Khat 3D Bismillah

Cabaran Teknikal Penghasilan Reka Bentuk Khat 3D

Cabaran utama beliau adalah apabila sesetengah pelanggannya meminta bingkai yang lebih besar tetapi tidak berapa sesuai untuk cetakan 3D kerana akan nampak cut line iaitu kesan garisan cetakan.

Anggaran masa dari idea ke penghasilan satu produk akhir ialah beberapa hari dan paling cepat 1 hari. Pembentukan idea, kemudian reka bentuk model 3D di Fusion 360, kemudian cetakan 3D beberapa prototaip, pemilihan akhir warna filament yang digunakan (jika ada), fine tune small details, dan akhir sekali pemasaran produk di media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Seni Islam Sebagai Wadah Penghayatan Masa Kini

Secara kesimpulannya, Adam sangat gemar bereksperimen dengan reka bentuk produk. Cetakan 3D memberi beliau kepuasan hati yang tidak terhingga kerana dapat menjadi platform beliau menunjukkan sisi kreatifnya.

Beliau akan menghasilkan lebih banyak produk khat Islam surah-surah Al Quran dan reka bentuk tulisan yang lebih kompleks untuk menunjukkan kecantikan tulisan Allah SWT.

Tujuan beliau menghasilkan khat cetakan 3D sama seperti seni khat di masjid-masjid Morocco, Sepanyol, dan Uzbekistan — menjadikan seni Islam sebagai wadah penghayatan dan kecantikkan buat umat Islam di dunia.

Cara Dapatkan Produk Khat Islam Tiganun:

Layari laman web Tiganun di Take App dengan mengunjungi link di bawah:

https://take.app/tiganun

Ikuti perkembangan produk-produk khat Islam cetakan 3D oleh Tiganun di WhatsApp,

Instagram, TikTok, dan Facebook:

https://linktr.ee/tiganun.my

Pandangan sisi Nik Adam sedang melaraskan tetapan slicer model 3D menggunakan tetikus

Tulisan ini adalah sebahagian daripada siri Domechy memperkenalkan pencipta dan usahawan tempatan yang menggunakan teknologi cetakan 3D untuk menghasilkan produk sebenar. Hubungi kami di domechy3d@gmail.com sekiranya anda ingin berkongsi cerita perniagaan cetakan 3D anda di sini.

Nak beli pencetak 3D di Malaysia?

Kami telah menyusun senarai kedai 3D printing, pembekal filament, dan penyedia servis di seluruh Malaysia.

Lihat direktori →

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top