snapmaker u1 3D printer
Walid Bin Wajdy

ditulis pada 12 May 2025

Jenama mesin pencetak 3D yang sebelum ini jarang disebut dalam pasaran pengguna adalah Snapmaker. Namun bagi tahun 2026, mereka telah memperkenalkan mesin pencetak 3D baru iaitu Snapmaker U1 yang mula menarik perhatian komuniti 3D printing kerana menggunakan sistem pencetakan yang agak berbeza berbanding kebanyakan mesin lain di pasaran.

Berbeza dengan sistem multicolor biasa yang menggunakan satu nozzle untuk beberapa filament, Snapmaker U1 menggunakan empat toolhead berasingan melalui sistem yang dipanggil Snapswap.

Spesifikasi Utama Snapmaker U1​

Isipadu cetakan: 270 × 270 × 270 mm
Kelajuan maksimum: Sehingga 500 mm/s
Sistem Cetakan: CoreXY
Extruder: Sebanyak 4 unit berasingan
Nozzle: Suhu maksimum sekitar 300°C
Heatbed: Suhu sehingga 100°C
Reka bentuk: Tertutup
Paparan: Skrin sentuh kapasitif 3.5 inci
Kamera: 2MP

Sistem Snapswap

Snapmaker U1 mempunyai kebolehan untuk mencetak objek sehingga empat warna berbeza menggunakan empat filament berlainan seperti mesin pencetak 3D multicolor yang lain. Namun, keistimewaan utama mesin ini adalah sistem Snapswap, iaitu sistem yang menggunakan empat toolhead atau extruder berasingan.

Pendekatan ini berbeza dengan kebanyakan mesin pengguna lain yang biasanya menggunakan satu nozzle bersama sistem AMS atau filament switching untuk menukar warna.

Gambaran sistem Snapswap yang terdiri daripada empat biji toolhead

Dengan menggunakan toolhead khusus untuk setiap filament, proses pertukaran warna dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pada masa yang sama membantu mengurangkan pembaziran filament purge berbanding sistem single-nozzle multicolor.

Selain daripada mencetak pelbagai warna, sistem ini juga membolehkan pengguna menggunakan beberapa jenis bahan filament berbeza dalam satu cetakan. Sebagai contoh, pengguna boleh menyediakan PLA, PETG, TPU atau ABS pada toolhead berasingan bergantung kepada keperluan cetakan.

Walau bagaimanapun, penggunaan beberapa jenis material dalam satu objek masih bergantung kepada keserasian bahan dan tetapan cetakan yang sesuai.

Snapmaker Orca & Aplikasi Snapmaker

Mesin pencetak Snapmaker U1 turut hadir bersama dua aplikasi tersendiri, iaitu Snapmaker Orca dan Snapmaker App.

Snapmaker Orca dibangunkan berasaskan enjin Orca Slicer yang sudah popular dalam komuniti 3D printing, manakala Snapmaker App digunakan untuk kawalan melalui telefon pintar.

Aplikasi slicer Snapmaker Orca

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh:

  • Mengawal mesin dari telefon pintar
  • Menghantar fail cetakan secara wireless
  • Memantau proses cetakan secara remote
  • Merekodkan video time-lapse cetakan

Pendekatan ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih moden dan hampir serupa dengan ekosistem mesin pencetak 3D generasi baru yang lain. 

Snapmaker App
Aplikasi slicer Snapmaker Orca

Harga Pasaran

Snapmaker U1 dipasarkan pada harga sekitar 850 USD untuk pasaran antarabangsa. Berdasarkan harga preorder dan anggaran cukai serta kos penghantaran, harga di Malaysia dijangka berada sekitar RM4000 ke atas bergantung kepada distributor tempatan.

Julat harga ini meletakkan Snapmaker U1 dalam kategori yang hampir sama dengan beberapa mesin CoreXY pengguna lain seperti Bambu Lab P2S.

Kesimpulan

Snapmaker U1 sesuai untuk pengguna yang:

  • Mempunyai bajet sederhana hingga tinggi
  • Berminat dengan sistem multicolor printing
  • Mahukan pembaziran filament yang lebih rendah
  • Ingin mencuba sistem multi-toolhead sebenar

Walaupun reka bentuk luarannya mengingatkan ramai pengguna kepada mesin Bambu Lab, pendekatan Snapswap yang menggunakan empat toolhead berasingan memberikan identiti tersendiri kepada Snapmaker U1.

Buat masa ini, Snapmaker U1 masih merupakan platform yang agak baru berbanding jenama yang lebih matang seperti Bambu Lab. Namun begitu, sistem Snapswap menjadikannya antara mesin pencetak 3D yang menarik untuk diperhatikan sepanjang tahun 2026.

Scroll to Top