#3DPrintNews

Creality SPARKX i7: Pencetak 3D Terbaru Creality

Walid Bin Wajdy

ditulis pada 28 Feb 2026

Syarikat Creality telah mengeluarkan pencetak 3D paling terkini untuk tahun 2026 iaitu Creality SPARKX i7. Topik tentang pencetak 3D ini sedang hangat didebatkan.

Rupa pencetak 3D Creality SPARKX i7

Spesifikasi Utama Creality SPARKX i7:

Isipadu cetakan: 260 × 260 × 255 mm
Kelajuan maksimum: Sehingga 500 mm/s
Nozzle: Suhu maksimum sekitar 30 °C
Heatbed: Suhu sehingga 10 °C
Reka bentuk: Terbuka
Bunyi operasi: Serendah 45 dB (mod senyap)
Paparan: Skrin sentuh kapasitif 2.85 inci
Kamera AI: 720p bersama lampu

Pencetak 3D Creality SPARKX i7 ditawarkan dalam 3 versi yang dipanggil sebagai SPARKX i7 Trio:

  • SPARKX i7 Color Combo (Multicolor Printing): Versi pencetak 3D yang membolehkan pengguna mencetak lebih dari satu warna dalam satu masa, sehingga 4 jenis warna.
  • SPARKX i7 Autofill Combo (Reload Mid-Print): Versi pencetak 3D yang akan mengisi semula filament yang sudah habis secara automatik.
  • SPARKX i7 Travel Light and Far: Versi asas pencetak 3D.
SPARKX i7 Color Combo, Autofill Combo, dan versi asas.
(dari kiri): SPARKX i7 Color Combo, Autofill Combo, dan versi asas.

Features SPARKX i7

Mesin SPARKX i7 mudah dikelola terutamanya ketika ingin menukar bahagian kecil yang rosak seperti hotend dan extruder lever (quick-swap feature). Kerja teknikal yang terperinci tidak diperlukan, menjadikan mesin ini sesuai untuk pemula dalam bidang 3D printing. Selain itu, mesin pencetak 3D ini juga mempunyai lampu jalur RGB di bahagian bawah hadapan yang akan menyala sebagai isyarat menunjukkan tahap perkembangan cetakan yang sedang berjalan.

Nyalaan lampu jalur RGB terletak di bahagian hadapan bawah mesin SPARKX i7

Creality Cloud adalah solusi yang ditawarkan kepada pengguna pencetak 3D mereka selain daripada mesin pencetak itu sendiri. Ia adalah solusi berbentuk cloud system di mana pelbagai features yang berkaitan cetakan 3D ditawarkan kepada pengguna seperti fail-fail 3D yang sudah sedia untuk dicetak, built-in slicer, dan kawal sehingga 20 mesin pencetak 3D dalam satu masa secara atas talian.

Paling menarik sekali ialah features untuk mencetak objek 3D hanya dari gambar potret kita atau apa-apa sahaja gambar yang dipanggil sebagai CubeMe. CubeMe juga menjaga gambar peribadi kita daripada digunakan dalam data cloud mereka dengan memadamkan gambar yang dimuat naik serta model 3D yang dihasilkan sebaik sahaja cetakan 3D selesai.

Harga Pasaran

SPARKX i7 ditawarkan pada harga USD 399 iaitu sekitar RM 1550. Namun, harga di Malaysia sekitar RM 2150 selepas import. Mesin ini lebih murah jika dibandingkan dengan mesin pencetak 3D lain yang mempunyai kemampuan setara.

Kesimpulan

Mesin pencetak 3D SPARKX i7 sesuai untuk mereka yang:

  • Mahu mesin pencetak 3D yang boleh digunakan terus dari kotak.
  • Cetakan 3D pelbagai warna (multi color printing).
  • Mempunyai bajet yang sedikit rendah.
  • Minat mencetak objek figura 3D dari gambar sendiri.

Namun, mesin ini masih diperdebatkan oleh ramai pengguna di Internet tentang kemampuannya dalam pencetakan 3D kerana baru dikeluarkan pada awal tahun 2026. Oleh itu, mesin ini boleh dipertimbangkan untuk dibeli, dan boleh juga tunggu beberapa bulan lagi untuk mendengar pendapat lebih ramai orang dalam penggunaan SPARKX i7.

Scroll to Top