#Guide
Faktor Pertimbangan Untuk Beli 3D Printer
Semakin ramai di Malaysia mula mengenali 3D printing. Sebelum beli 3D printer, mari kita lihat faktor penting yang patut dipertimbangkan.

Ridzwan Normahazan
Sep 01, 2025 ー bacaan 5 minit

TL;DR
Kalau nak beli 3D printer, pertimbangkan faktor-faktor ini dulu:
- Kapasiti cetakan – saiz barang yang nak dicetak.
Keserasian bahan – Pilih 3D printer yang boleh cetak bahan yang kita inginkan.
Multicolor printing – berguna tapi mahal.
Kemudahan guna – auto bed leveling, touchscreen, Wi-Fi.
Komuniti pengguna – lebih mudah dapat panduan bila ada masalah.
Kos jangka panjang – filamen, nozzle, upgrade parts.
Saiz & ruang – pastikan ada tempat sesuai untuk letak printer.
Tahap bunyi – pilih yang senyap kalau nak guna dalam bilik.
Keselamatan & bau – resin/ABS perlukan pengudaraan baik.
Servis & waranti – senang dapat spare parts kalau rosak.
Perisian (slicer) – pastikan printer disokong perisian yang dikenali ramai.
Tujuan projek – hobi kecil vs kegunaan bisnes.
Apa Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli 3D Printer
Baru-baru ini saya dapat satu soalan daripada seorang penonton video saya berkenaan apa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli 3D printer, baik untuk kegunaan peribadi mahupun tujuan perniagaan.
Saya telah membuat satu video untuk menjawab soalan ini secara ringkas, dan dalam artikel kali ini saya akan kongsikan semula isi penting tersebut beserta beberapa tambahan faktor lain yang mungkin berguna untuk anda.
5 Perkara Utama Yang Saya Akan Pertimbangkan
1. Isi Padu atau Kapasiti Cetakan (Print Volume)
Sekarang kita ada banyak pilihan 3D printer dengan saiz berbeza, dari model mini sampai yang besar boleh cetak perabot. Semakin besar saiz printer, semakin tinggi harga.
Jadi, fikir dulu: adakah anda hanya mahu cetak barang kecil seperti mainan atau pemegang telefon, atau nak cetak benda besar macam kerusi dan sut cosplay? Bila saiz projek dah jelas, baru padankan dengan bajet dan pilihan printer di pasaran.
2. Keserasian Bahan Cetakan (Material Compatibility)
Tak semua 3D printer boleh guna bahan yang sama. Untuk bahan biasa macam PLA, PETG, dan TPU, printer asas tanpa enclosure pun dah cukup (contohnya Bambu Lab A1 Mini).
Tapi kalau nak cetak aksesori kereta, kita perlukan bahan tahan lasak seperti ABS. ABS sensitif pada suhu, jadi lebih baik pilih printer dengan enclosure untuk kawalan suhu dalaman.
3. Cetakan Banyak Warna (Multicolor Printing)
Multicolor printing berguna kalau nak cetak figura hiasan atau nak mudahkan pembuangan support. Tapi kosnya agak tinggi.
Contoh harga Bambu Lab A1:
Printer basic: $299
AMS Lite (multicolor unit): $249
Printer + AMS: $449
Kalau bajet agak terhad, cetakan satu warna pun dah memadai. Tapi kalau mampu, multicolor unit memang boleh mudahkan kerja dan luaskan potensi cetakan.
4. Kemudahan Penggunaan
Ciri seperti touchscreen, Wi-Fi transfer, dan terutama sekali auto bed leveling sangat penting. Bed leveling secara manual dulu jadi musuh utama pengguna sekitar tahun 2020 dahulu. Bila tapak tak rata, lapisan pertama tidak melekat dengan baik, maka hasil akan rosak.
Sekarang banyak printer dah ada auto bed leveling, jadi masalah ni semakin jarang berlaku.
5. Komuniti Pengguna Jenama Berkenaan
Jenama yang terkenal biasanya ada komuniti besar. Ini penting untuk pemula kerana kalau ada masalah, senang cari panduan dan solusi.
Jenama baru mungkin ada features menarik, tapi risikonya ialah kurang sokongan komuniti bila anda perlukan bantuan.
Ini adalah 5 faktor yang saya kongsikan dalam video saya. Dalam blog kali ini, saya nak tambah beberapa faktor lain yang boleh kita pertimbangkan sebelum membeli 3D printer.
Faktor Tambahan
6. Bajet Jangka Panjang
Harga mesin hanyalah permulaan. Jangan lupa kos filamen, bekal nozzle, gam bed, dan mungkin upgrade parts. Pastikan anda kira kos pemilikan jangka panjang, bukan mesin sahaja.
7. Saiz & Ruang Letak Mesin
Pastikan ada ruang kerja yang sesuai. Printer besar perlukan meja kukuh dan kawasan stabil. Untuk resin printer, pengudaraan juga penting kerana bau bahan kimia agak kuat.
8. Tahap Bunyi (Noise Level)
Ada printer yang tidak terlampau bising, ada juga yang bising seperti pembersih vakum. Kalau anda bercadang letak di bilik tidur atau ruang belajar, pastikan pilih model dengan “silent stepper drivers”.
9. Keselamatan & Bau
Resin printer menghasilkan bau kuat dan perlukan pengudaraan baik atau enclosure dengan penapis. FDM lebih selamat, tapi bahan seperti ABS dan ASA juga keluarkan bau. Untuk kegunaan rumah, PLA paling mesra.
10. Sokongan Servis & Waranti
Kalau rosak, bolehkah anda claim mudah? Adakah spare parts dijual di kedai tempatan? Jenama besar biasanya lebih senang untuk dapatkan sokongan teknikal dan spare parts.
11. Perisian (Slicer) & Integrasi
Perisian slicer ialah otak yang tentukan kualiti cetakan. Pastikan printer anda disokong oleh perisian popular seperti Cura, PrusaSlicer, atau Bambu Studio. Lagi bagus kalau ada cloud transfer atau remote monitoring.
12. Tujuan & Sasaran Projek
Tanya diri anda sekali lagi: nak guna untuk apa sebenarnya?
Hobi kecil → mesin bajet dengan PLA sudah cukup.
Bisnes → pilih printer lebih dipercayai dengan bahan tahan lasak dan penyokong (support) yang kukuh.
Tujuan akan menentukan printer mana yang paling sesuai untuk anda.
Penutup
Akhirnya, tiada 3D printer yang sempurna untuk semua orang. Yang ada hanyalah 3D printer yang paling sesuai dengan bajet, ruang, dan tujuan anda.
Kalau anda baru nak mula, saya cadangkan fokus pada kemudahan guna dan sokongan komuniti supaya perjalanan lebih lancar.