Kad Ayam

← Back to Monthly Challenge Challenge October–November 2026

Challenge Entry · October–November 2026

Kad Ayam

aimanj91 aimanj91 20 Nov 2026

Vote for this entry

Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.

Share this entry

About this entry

PERMAINAN AYAM

Permainan AYAM merupakan inovasi pembelajaran Matematik berasaskan permainan kad yang menggabungkan penguasaan operasi asas Matematik, kepantasan berfikir, strategi dan persaingan secara menyeronokkan. Permainan ini menyasarkan murid sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun.

Pada peringkat asas, permainan dimainkan oleh dua hingga tiga orang pemain. Setiap pemain diberikan satu set kad nombor 1 hingga 20, manakala kad operasi tambah (+), tolak (−) dan darab (×) diletakkan di tengah-tengah. Pemain mengambil kad operasi secara rawak, kemudian setiap pemain memilih dan mendedahkan satu kad nombor secara serentak selepas kiraan 1, 2, 3. Pemain perlu menyelesaikan operasi berdasarkan nombor yang dipilih. Pemain yang memberikan jawapan paling pantas dan tepat memperoleh satu mata.

Apabila murid telah menguasai permainan asas, mereka akan memasuki peringkat pertandingan secara berkumpulan atau sekelas. Pada peringkat ini, setiap peserta bermula sebagai TELUR dan akan dipadankan dengan lawan secara rawak. Peserta yang menang akan meningkat ke peringkat ANAK AYAM. Seterusnya, mereka perlu mencabar peserta pada peringkat yang sama untuk berkembang menjadi AYAM, BAPA AYAM, DATUK AYAM dan akhirnya RAJA AYAM yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebaliknya, peserta yang kalah akan turun ke peringkat sebelumnya dan perlu berusaha memenangi perlawanan untuk menaikkan semula kedudukan mereka.

Permainan ini dibina menggunakan kad nombor dan kad operasi yang direka, dicetak, dipotong dan dilaminasi supaya tahan lama serta boleh digunakan berulang kali. Sistem hierarki watak pula menggunakan konsep evolusi dan pengumpulan kemenangan sebagai mekanisme motivasi.

Inovasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran pengiraan mental, ketepatan, kepantasan, keyakinan diri dan semangat daya saing positif dalam kalangan murid melalui pendekatan Game-Based Learning dan Gamifikasi.

Community discussion

Discuss this entry

Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

1 Comments

  1. cikgu Aizack 4 days ago

    Mudah nak ditiru. Bagus idea simple je tapi menarik konsep permainan ayam tu. nama “bapa ayam” menarik saya. hahaha

Want to make something too?

Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top