News & Reviews

Creality mBox untuk siapa sebenarnya?

Mesin baru dari Creality iaitu Creality mBox. Review tanpa mesin untuk mencari pengguna yang sesuai.

  1. Creality mBox, sesuai untuk Siapa?
  2. Specifikasi :
  3. Dari pemasaran Creality, mBox untuk siapa?
  4. Pemasaran mBox mengutamakan keselamatan dari 5 perspektif
  5. Siapa lagi patut beli?
  6. Apa lagi yang perlu ditelitikan sebelum membeli?
  7. Kesimpulan
  8. Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru
Creality mBox

Creality mBox, sesuai untuk Siapa?

Kita mula dengan mengenali mBox dan System yang berkaitan dahulu.

Specifikasi :

Build Plate :153mm x 153mm,

CoreXY model with AI detection, Auto leveling and calibration,

Nozzle : 0.4mm

Print speed max : 300mm/s

Applikasi : Creality Park App dan Creality Park Studio.

App menmpunyai AI powered model building function. Boleh buat cloud slicing dan hantar ke mesin. 

Creality Park Studio merupakan aplikasi di komputer untuk mBox tidak dapat dijumpai di webpage Creality.  Pada masa ini masih ade Crealiy Print sahaja.

full spec : https://www.creality.com/products/mbox

Dari pemasaran Creality, mBox untuk siapa?

Pemasaran mBox adalah tertumpu pada ibubapa yang ingin menarik minat anak terhadap STEM dan design. 

Pemasaran mBox mengutamakan keselamatan dari 5 perspektif

  1. Fully enclose model. Di mana, kanak kanak tidak dapat sentuh model atau mechanism semasa printing. 
  2. Notifikasi ibubapa. Pembukaan pintu semasa printing akan mengakibatkan prosess dihentikan dan notifikasi dihantar kepada ibubapa. 
  3. Cool plate printing. Berlainan daripada heatbed printer biasa, mBox hanya guna cool plate, yang memberi lekatan yang lebih kuat dan mengurangkan kemungkinan kelecuran masa mengambil hasil.
  4. Acitive carbon filtration. Filtration yang biasanya hanya ade di mesin midlevel adanya di mesin budak budak ini. Ini bertujuan mengurangkan pencemaran udara akibat printing. 
  5. PLA sahaja. Mesin ini hanya boleh print guna filament PLA. PLA mempunyai kelebihan dari segi warna yang lebih pilihan, biodegradasi, kurang bau.

Siapa lagi patut beli?

Walaupun mBox adalah dicipta untuk kanak kanak tetapi mBox juga sesuai untuk pengguna yang print barangan kecil seperti clicker, flexi, model orang etc. 

Pada harga 349USD (harga pengenalan 299USD) bersamaan dengan RM1400 (1200). Pengguna boleh mendapat mesin CoreXY yang ade AI detection yang lebih canggih (kerana design mBox ialah untuk kanak kanak, maka dia perlu lebih canggih). Cool plate printing yang di mesin lain perlu upgrade sendiri.  

Tambahan lagi ianya sesuai untuk dibawa ke Roadshow atau booth jualan. 

Apa lagi yang perlu ditelitikan sebelum membeli?

Dari segi seorang bapa yang sudah 2 tahun bermain dengan 3d printing. 

Kita perlu teliti masa yang diperlukan untuk print menggunakan mBox. Kadar printing 300mm/s dan kadar accelration yang rendah. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan model perlu ditelitikan.

Kanak-kanak sekarang, mempunyai kadar kesabaran yang sangat rendah. Kalaulah model yang ingin dihasilkan memerlukan 4-5 jam untuk print, adakah kanak kanak masih berminat untuk membuat model yang seterusnya?

Kesimpulan

Dari chat got, inilah kesimpulannya untuk Creality mBox

Print Time + Print Quality + Safety + Ease of Use + AI Features + Build Volume + Filament + Cost.

Happy printing.

* mBox sekarang dalam fasa introduksi di US. Maka, sebelum mBox sampai di Malaysia, kita akan ade actual review dari kawan-kawan printer di US.

Jangan terlepas artikel dan panduan terbaru

Dapatkan artikel, panduan dan model percuma terbaru Domechy terus ke peti masuk anda.

Comments 1

Ingin kongsikan pandangan anda atau membuat sebarang permintaan? Komen di bawah.

1 Komen

  1. inhaf 5 hari lalu

    kalau dia boleh kurangkan harga bawah 1k, mesti dapat sambutan lagi padu

Scroll to Top