Challenge Entry · October–November 2026
Bedil Buluh @ Caplong Moden - Permainan Tradisional Zaman Dulu-dulu
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Ini adalah permainan tradisional popular pada zaman bawah 90an, zaman takde gadget. Bedil buluh diperbuat dari buluh yang hidup meliar dalam kampung. Mengimbau kenangan ketika saya dan adik masih kecil di Terengganu,ayah saya mengajar dan membuat dua set untuk main perang-perang.Ibaratnya seperti permainan paintball zaman ni.
Pemilihan jenis buluh juga memainkan peranan penting, ada yang guna buluh padat untuk buat laras, ada yang guna buluh yang diameter lebih kecil untuk buat laras. Bergantung kreativiti. Untuk peluru zaman moden menggunakan kertas surat khabar yang direndam air. Buah cenerai barang rare susah nak dapat dah.
Bedil Buluh terdiri dari 3 komponen penting iaitu :
1.Pemegang / Hulu
2.Laras
3.Badan
Hulu dan laras biasanya diambil dari buluh yang sama kerana sama diameter, laras diambil dari buluh yang dindingnya lebih tebal dan diraut bagi sama dengan dinding hulu dan badan. Boleh juga guna laras dari buluh yang lebih halus dari hulu/badan.
Konsepnya sama seperti picagari menggunakan daya tekanan udara.
Proses Pembuatan
Saya menggunakan app Layerling untuk membuat dua jenis silinder berdiameter sama,untuk laras saya menggunakan batang besi silinder dari pencucuk solar terbuang kerana lebih durable.
Kemudian untuk membuatkan ianya kedap udara, saya design satu stopper untuk dipasang di hujung besi silinder menggunakan material TPU. Hulu dan badan diperbuat dari material PETG.
Untuk membolehkan badan lebih grip,saya tambah texture pada luaran silinder badan dan hulu. Serta pelapik antara hulu dan badan untuk menambahkan ciri keselamatan ketika menolak laras. Akhir sekali,saya design cap pada bawah hulu untuk tujuan customization nama atau logo (Material TPU).
Cara permainan dimainkan :
Sesuai untuk dimainkan kanak-kanak umur 7 tahun ke atas dengan pengawasan orang dewasa.
Boleh dimainkan seberapa ramai yang boleh di kawasan outdoor halaman rumah atau padang.
Peluru diperbuat rendaman kertas surat khabar atau tisu di dalam air. Kemudian digentel dan disumbat dari belakang badan buluh.
Kemudian tolak laras sampai hujung,dimasukkan lagi sekali peluru.Kemudian, game on! Tolak dan pomm! Rinse dan repeat!

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
Finger Choice Game
by hasbi
View entry →GUESS WHO ?
by akif
View entry →Match book
by hasanahsidik
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.