Salam sejahtera semua ahli komuniti.
Selepas berbincang dengan pihak penaja, kami bersetuju untuk membuat sedikit perubahan pada sistem ganjaran Most Active User di Domechy.
Bermula bulan ini, pengguna yang telah menerima hadiah pada bulan sebelumnya akan memberi peluang kepada pengguna lain untuk menerima hadiah pada bulan berikutnya.
Contohnya, jika anda menerima hadiah pada bulan September dan masih berada dalam Top 4 pada bulan Oktober, kedudukan anda tetap dikekalkan, tetapi hadiah akan diberikan kepada pengguna seterusnya yang layak.
Anda masih boleh mengumpul mata seperti biasa dan kembali layak menerima hadiah pada bulan November.
Perubahan ini dibuat supaya lebih ramai ahli komuniti Domechy berpeluang menikmati ganjaran daripada penaja kami.
Terima kasih kerana terus aktif berkongsi projek, idea dan ilmu di Domechy! ❤️
Comments
Please log in to comment.