Ridzwan Normahazan

1 October 2026

Cabaran Pencipta Domechy bulan Oktober. Kongsikan idea anda!

...

Jadi seperti yang sesetengah daripada anda semua tahu, Creality bakal menjadi penaja utama cabaran pencipta Domechy bulan ini. Hadiah yang bakal diterima pemenang adalah sebiji 3D printer daripada Creality.

Saya mencadangkan cabaran kali ini dibuka kepada semua orang, bukan kepada pemilik 3D printer semata-mata. Maksudnya, cabaran kali ini boleh dilakukan sama ada menggunakan 3D printer, cardboard, kayu dan bahan-bahan lain.

Tujuan saya mencadangkan format begini adalah untuk memberi peluang kepada seseorang yang belum memiliki 3D printer untuk memenangi 3D printer pertama mereka.

Kalau pertandingan diteruskan seperti sebelum ini, di mana seseorang itu perlu mencetak hasil reka bentuk menggunakan 3D printer terlebih dahulu, maka hanya orang yang sudah pun memiliki 3D printer sahaja yang boleh masuk.

Jadi...

Saya perlukan idea daripada korang.

Tema spesifik apa yang boleh kita lakukan untuk cabaran pencipta Domechy edisi oktober-november ini?
128 Views Comment 9

Comments

  • inhaf 3 weeks ago

    Menarik jugak tu, saya ada 3 cadangan
    – clock design(jam meja, jam dinding, jam tangan, )
    – weapon design(gun, sword, archery)
    – light design
    3 idea ni mudah sikit kalau nak buat guna basic material

    • Ridzwan Normahazan 3 weeks ago

      Terima kasih kongsikan idea 😄

  • ENCIK WAN 3 weeks ago

    Cipta Untuk Membantu — Design for Good
    Tema: Inovasi untuk manusia
    Hasilkan produk yang membantu golongan tertentu atau memudahkan aktiviti harian.
    Contoh: alat bantuan membuka penutup botol, pemegang khas untuk individu dengan pergerakan tangan terhad, alat bantu belajar atau aksesori ergonomik.
    Kelebihan: Impak ciptaan boleh dinilai berdasarkan manfaat sebenar kepada pengguna.

    • cipangoreng 3 weeks ago

      setuju.atau tiruvasi benda yg dah ade,tp upgred lg function dari brg asal

  • tigadimensi 3 weeks ago

    Saya cadangkan tema “Bina Sesuatu Yang Menyelesaikan Masalah Harian”.

    Peserta perlu hasilkan satu produk atau alat yang boleh selesaikan masalah sebenar dalam kehidupan seharian.

    Saya rasa tema macam ni sesuai sebab orang yang belum ada 3D printer pun boleh masuk, dan kita boleh nilai berdasarkan idea, kreativiti, fungsi dan cara mereka membina projek.

  • MeistaX 3 weeks ago

    sy cadangkan ‘Cosplay’ / ‘Props’ / ‘Toys’; since ada komuniti-komuniti sedemikian yang mmg dah dalam dunia pembuatan (makers), cuma mereka menggunakan bahan yang yang bergantung pada proses manual.

    • inhaf 3 weeks ago

      menarik, lebih practical untuk buat guna material yang simple2

      • mfirdausk94 3 weeks ago

        Tuan jgan lupa share stl last challenge. 😆😆

  • MeistaX 3 weeks ago

    Kan, so nak gabung material boleh, nak guna manual material boleh.

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top