Challenge Entry · September 2026
TAP - Tak Ingat No Parent? Tap Je
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Idea ni bermula dengan satu situasi yang mungkin parent pernah laluinya..anak masih di sekolah, tiba-tiba perlu call parent sebab balik lambat, kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. “Cikgu, boleh pinjam phone? Saya nak call parent…”
Tapi anak sekolah rendah biasanya susah nak ingat nombor phone yang panjang-panjang. Kalau tulis dekat kertas pula, masa nak guna baru perasan kertas dah hilang.. Ada masa bila dah kalut, satu nombor pun kita tak ingat..
Jadi saya terfikir, kenapa tak simpan nombor penting dalam sesuatu yang anak memang bawa setiap hari? Kita boleh cakap boleh simpan kat phone, but in case phone habis bateri? atau anak memang tak boleh bawa phone?
Maka saya buat “TAP” keychain dengan NFC yang disimpan dan dilindungi di dalam badan 3D print. Kalau phone tak ada NFC macam mana? dekat belakang kita ada letak QR code bila scan boleh terus keluar nombor untuk di call.
Design prototype ni saya buat simple dulu untuk proof of concept, tapi nanti boleh customize nama, bentuk dan warna ikut kesukaan anak-anak.
Yang penting, kita sebagai parent tak susah hati..
Sebagai anak, Tak ingat Nombor Parent? Tap Je.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from September 2026
Skadis board with magnet
by zhi3d
View entry →DRAWNIX V3 CNC Pen Plotter
by ENCIK WAN
View entry →KANTAN - Cahaya Warisan Malaysia
by kitamade
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.