Salam semua, posting pertama ni sy nak share tentang 'first consumer gred desktop FDM 3D printer' yang sy pernah beli dan guna dulu. Korang pernah dengar printer "UP! plus"? Tak kan? Pada 2013, sy ada sikit dana untuk beli keperluan kajian, so long story short, pembekal pun bagilah printer yang ni berdasarkan kemampuan dana tersebut. Printer ni nama dia UP! Plus 2.
Korang tengok lah, bed dia pun pakai bed berlubang2 lagi (azab oii nak pisahkan model dari bedsheet), material waktu tu ABS dia bagi, PLA tak familiar pun zaman tu. Build dimension? 140 x 140 x 135 mm. Habis besar dah tu. Kelajuan printing? maaf cakap, laju lagi siput sedut melarikan diri dari besen. Helmet Ironman yang sy print tu pun dah dekat 10 jam, padahal cenonet je saiz. Zaman ni tak silap sy, Benchy tu dah ade rasanya, tapi orang tak jadikan lagi standard untuk test accuracy.
Memandangkan dia jenis rangka terbuka, tengoklah 'Bender' tu, memang bend betul jadi. Nak buang support dari model? boleh istighfar dulu. Nak setting/calibrate? ambil kursus programming dulu (saja buat teruk). Bab harga taknak kalah, dulu seingat sy, pembekal cas sy dalam RM 7200 untuk mesin ni (mesti lah dia up harga kan!), dan sy check harga dia dalam RM 3000++ untuk harga sebenar.
Apa-apa pun, dari 3D printer ni lah sy banyak belajar pasal konsep asas, dan kesabaran melayan perangai-perangai 3D printing ni.
Wokey! Tengs.
Comments
fuh ni baru level otai ni. 2013 dah start main 3D printing. Saya main 2020 pun ingat dah lama haha.
tapi best tengok throwback macam ni. Nampak jauh mana dah teknologi 3D printing ni berkembang. dulu bermula dengan kumpulan pengguna sangat kecil, niche dan teknikal. sekarang sape2 pun dah boleh guna dengan mudah, harga pun jauh lagi mampu milik.
Haha tak lah otai pun. tak silap sy waktu zaman sy belajar dah wujud 3D printing ni. circa 90-an pun dah ada di Malaysia, cuma, lebih berfokus pada industrial grade. waktu sy belajar dan awal kerja, 2006-2012 z-powder (powder) machine lebih menonjol dalam bidang additive manufacturing ni; cuma yelah, nak guna servis tu mahal, apatah lagi nak beli. Terima kasih atas komen.
Wahh menarik. Printer apa ni tuan MeistaX?
ni printer UP! Plus 2. (mcm Plus Ultra (reference My Hero Academia) dah bunyi dia). Syarikat ni pun tak femes mana sekarang kalau bab2 3D printing ni, dulu pun kita mintak pembekal je supply 3D printer, so tak ade pilihan sangat. Boleh check weblink ni:
https://www.tiertime.com/up-plus-2/
Please log in to comment.